Mengisahkan Rostam, murid 4 Mawar yang sering mendapat tempat tercorot dalam peperiksaan. Hal ini menyebabkan dia sering diejek oleh kawan-kawan sekelasnya. Namun, Rostam juga mempunyai kelebihan. Dia dapat membaca al-Quran dengan lancar dan dapat melagukannya seperti musabaqah.
Suatu hari, Rostam terjumpa sebatang pensel. Sejak Rostam memiliki pensel itu, dia semakin tekun belajar. Prestasi Rostam semakin meningkat. Melihatkan keadaan itu, Zarina menuduh Rostam berjumpa bomoh dan kerana pesel ajaib yang dimilikinya. Dia cuba merampas pensel ajaib Rostam. Namun, sebenarnya Rostam berusaha bersungguh-sungguh sejak dia menjumpai pensel itu. Prestasinya meningkat bukan kerana bantuan pensel ajaib, tetapi kerana usaha Rostam. Kewujudan pensel itu hanyalah kebetulan.