Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5136-66-5
Tarikh Terbit: 2 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 288
Kategori: Novel Dewasa, Novel Ketenteraan
Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
.
Sekatan ke atas Iran bukan sahaja membuatkan Presiden Ahmadinejad berasa marah dan bermati-matian mempertahankan Iran, tetapi rakyat juga turut merasakan tidak puas hati ke atas gesaan Barat terhadap projek nuklear negara mereka. Sekumpulan pelajar Universiti Allameh Tatabai, Iran telah merancang menggagalkan idea jahat pakatan jahat Israel, Amerika dan British ke atas Iran. Shahpour Bakhtiar mengetuai mahasiswa dan mahasiswi gabungan empat buah universiti membuat rapat umum menentang kehadiran El-Baradei, wakil IAEA sebagai boneka Amerika yang akan menggagalkan projek nuklear mereka.
Berjayakah mereka menyelesaikan misi itu? Mampukah Shahpour Bakhtiar mengetuai kumpulannya untuk menghalang niat jahat pakatan Amerika dan sekutu-sekutunya?
Ashadi Zain adalah konsultan usahawan, dengan tumpuan pada pembangunan usahawan muda. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai jurujual dan pernah memimpin lebih daripada seribu ejen jualan di bawah kumpulannya. Selain itu, beliau pernah terlibat dalam beberapa rancangan radio, termasuk sebagai deklamator puisi.
Tulisan beliau juga pernah tersiar dalam media cetak. Antaranya adalah dalam majalah Milenia Muslim. Novel beliau, iaitu Dari Kepala Batas ke New Haven juga disirikan dalam Utusan Malaysia. Pada tahun 2004 pula, buku beliau yang ditulis secara bersama dengan Dato�Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, iaitu Cerita-cerita Motivasi Untuk Usahawan berjaya dinobatkan sebagai buku bisnes terbaik dalam majalah Maskulin. Sebuah lagi buku beliau, iaitu Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan turut tersenarai sebagai antara sepuluh buku bisnes terbaik.
Ashadi Zain sudah berjaya menghasilkan 14 buah buku, secara solo dan juga secara bersama dengan penulis-penulis lain. Antaranya Siri Adam Kecil
Siri Adam Kecil merupakan cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanak. Buku-buku yang telah diterbitkan di bawah siri ini adalah seperti yang berikut:
a. Debaran Buku Biru...
b. Lari Dari Rumah
c. Hampir Kena Tangkap
d. Bertarung Dengan Kerengga
e. Konspirasi Doktor
7. Siri Budak Psikik
Siri psychic fantasy yang sarat dengan misteri, aksi dan fantasi yang mendebarkan! Buku-buku yang telah diterbitkan di bawah siri ini adalah seperti yang berikut:
a. Ke Alam Supraconscious
b. Dendam Hevignas
8. Semulia Hati Guru
Antologi certot (cerita kontot) mengenai insan mulia yang bergelar guru(berdasarkan kisah benar).
9. Dari Kepala Batas ke New Haven
Novel yang mampu menjana motivasi sesiapa jua yang membacanya.
Ashadi Zain boleh dihubungi di adam@ashadi.zzn.com atau psikik@ashadi.zzn.com
(blog: http://penulis-bestseller.blogspot.com/ )
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet