Persembahan Hebat dengan Power Point (Edisi Kemas Kini)

oleh Syahrul Nizam Junaini

Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-967-369-028-2
Tarikh Terbit: 8 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 192

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kerjaya

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Kandungan

Prakata

Ciri-ciri Persembahan Hebat

Kaedah, Persekitaran dan Khalayak

Reka Bentuk Visual yang Berkesan

Komunikasi Menggunakan Teks

Panduan Reka Bentuk Multimedia

Nada Suara dan Kemahiran Penyampaian

Menambah Seri Pada Persembahan

Mengurus Persembahan

Persembahan Hebat Tanpa PowerPoint

Penambahbaikan Berterusan

Rujukan

Sinopsis

Kini, tidak ada bidang kerjaya yang terkecuali daripada membuat persembahan. Pensyarah, doktor, pegawai komunikasi korporat, ahli perniagaan, pereka bentuk, jurutera, pelajar dan sesiapa sahaja pasti tidak terlepas daripada membuat persembahan dengan Power Point. Tujuannya ialah meningkatkan kredibiliti dan meluaskan pengaruh persekitaran.

 

Persembahan Hebat dengan Power Point (Edisi Kemas Kini) membimbing kita bagi memantapkan persembahan di depan khalayak dengan fokus:

Idea simpel, pembentangan menakjubkan

Formula praktikal bagi memukau audiens

Idea kecil, namun dengan hasil yang gempar

Seni mencipta pembentangan berkualiti

 

Syahrul Nizam Junaini, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi. Beliau menghimpunkan semula komunikasi efektif, dikutip dari pengalaman sepanjang menuntut dalam Ijazah Sarjana Komunikasi Media di University of Bradford, United Kingdom. Tambahan pula dengan posisi beliau sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ikuti buah fikiran beliau selanjutnya di www.SyahrulNizam.com

Info Penulis

Syahrul Nizam Junaini, kepakarannya dalam ilmu pengaruh dan seni komunikasi persuasif tidak dapat disangkal lagi. Sejurus karya terlarisnya Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni muncul di pasaran, ia laku seperti pisang panas. Dengan memiliki Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom, kini beliau adalah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau berjaya mentransformasi beribu-ribu orang yang membaca bukunya, menghadiri bengkelnya, dan menonton bicaranya dalam rancangan Motivasi Pagi TV3. Ikuti tip berkaitan komunikasi berpengaruh hasil kajian beliau di www.SyahrulNizam.com.

Buku lain oleh penulis ini

Temubual bersama penulis