Pikat Remaja dengan Kata-Kata

oleh Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Hilmi Isa

Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-0142-61-6
Tarikh Terbit: 5 Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 168

Kategori: Bantu Diri

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Pendahuluan

BAB 1: Perhubungan Manusia:Cara Menjadi Manusia yang
Dicintai oleh Manusia Lain

Belajar Memimpin daripada Rasulullah
Belajar Memimpin daripada Solat
Pandangan Manusia adalah Seni
Sekiranya Kita Terluka, Kita Akan...
Manusia Perlu Dipercayai
Langkah-Langkah Mengukuhkan Institusi Kekeluargaan

BAB 2: Teknik-Teknik Komunikasi Berpengaruh

Apakah yang Remaja Perlu Rasakan?
Kaedah bagi Membuatkan Orang Lain Suka Bercakap dengan Kita
Mengapakah Kita Tidak Mahu Mendengar?
Sekiranya Kita Tidak Mahu Mendengar Apa yang Mulut Manusia Mahu Ucapkan, Hati Mereka akan Menangis
Kaedah Menjadi Pendengar yang Disayangi
Kaedah Pujian yang Disukai oleh Remaja
Personaliti-Personaliti Manusia

BAB 3: Kaedah-Kaedah Pendidikan daripada al-Quran dan Hadis

Pesanan Luqman kepada Anaknya
Nasihat-Nasihat Luqman dalam al-Quran
Kandungan Pesanan Luqman
Kesimpulan
Kaedah Mengajar Ilmu Akidah kepada Anak-Anak
Teknik Menanam Sikap pada Diri Anak-Anak
Panduan Al-Quran dan Hadis dalam Memberikan Motivasi
Teknik Rasulullah Menyampaikan Nasihat

BAB 4: Teknik-Teknik Bijak Mendidik Remaja pada Zaman Moden

Empat Gaya Pendidikan Anak-Anak
Apakah Perbezaan antara Tegas dan Garang?
Kaedah Menanam Kepercayaan Diri yang Tinggi dalam Diri Remaja
Kaedah Mencegah Remaja daripada Terjebak dengan Perbuatan Zina
Kuasa-Kuasa yang Kita Miliki
Strategi Menghadapi dan Menangani Konflik dengan Remaja

Kesimpulan
Biodata Penulis

Sinopsis

"Ini akibatnya asyik dileteri. Semua benda sudah tidak mendatangkan kesan."

"Pelbagai kaedah sudah digunakan, tetapi dia masih tidak berubah."

"Apa lagi yang perlu kita lakukan? Saya sudah buntu."

 

Semakin banyak isu melibatkan remaja, semakin keliru mahu menanganinya. Tindakan remaja ternyata sukar ditebak. Daripada isu semudah ' susah mahu bangun tidur' sehingga kepada isu berat seperti isu akhlak dan sosial, ternyata ini adalah cabaran hebat untuk masyarakat.

 

Buku ini mengupas dari pelbagai perspektif, cara, dan teknik mendekati remaja. Bersandarkan al-Quran, hadis, dan kajian psikologi, buku ini mampu menawarkan sudut pandang yang luas.

 

Melalui buku ini, pembaca memperoleh:

  • Teknik menyampaikan motivasi gaya Rasulullah
  • Menyampaikan nasihat cara Luqman al-Hakim
  • Falsafah kepimpinan yang diterapkan melalui solat
  • Perbezaan antara sifat tegas dan garang
  • Teknik-teknik komunikasi berpengaruh berdasarkan personaliti remaja
  • Kaedah berkesan memuji para remaja
  • Tip-tip luar biasa dalam mendidik remaja era moden
  • Rahsia memikat remaja supaya menjadi lebih rapat dengan mereka

Pikat Remaja dengan Kata-Kata adalah bingkisan istimewa untuk ibu bapa dan para pendidik. Buku ini pasti menyuntik semangat, memberi ilham, dan manfaat yang luar biasa hebat, dalam mencorakkan generasi pada masa hadapan.

Info Penulis

Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad dilahirkan pada tanggal 23 Jun 1964 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Beliau mendapat didikan awal daripada Sek. Keb. Seberang Takir dan Sek. Men. Keb. Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu.  Pada tahun 1988 beliau menerima ijazah dalam bidang kejuruteraan Sumber Mineral daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kecemerlangan akademiknya membolehkan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di University of Queesland, Brisbane, Australia di bawah tajaan IDP Australia.  Pada tahun 1994, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah, Ph.D, dalam bidang kejuruteraan perlombongan.  Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kampus Kejuruteraan, USM, tetapi akhirnya pada tahun 1995, meletakkan jawatannya kerana menceburkan diri dalam bidang motivasi secara sepenuh masa. Beliau adalah pengasas kursus Motivasi Alihan Pelajar yang dimulakan sejak tahun 1996 lagi dan melahirkan lebih 50,000 pelajar di seluruh negara. Kursus ini berjalan hampir setiap minggu dan dikendalikan oleh MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. di mana beliau sendiri adalah Pengarah Urusannya.  Beliau sering dijemput oleh pihak TV3 dalam program Motivasi Pagi, MHI, Wanita Hari Ini dan al-Hidayah. Pihak TV1 pula pernah menjemput beliau dalam segmen Inspirasi Pagi dan Selamat Pagi Malaysia. Beliau juga pernah muncul di Astro Ria dalam program Malam Ini Bersama Linda, Malam ini Z&R dan Bersama Anita. Suara beliau sering kedengaran di radio IKIM.FM, Perak FM, Nasional FM dan banyak lagi.  Beliau juga sering menjadi penulis tamu dalam majalah Ibu Bapa, Cermin, RAPI, Majalah-I, Keluarga, Feminin, Variasi, Wawancara, Mingguan Perdana, Inspirator, Nur dan lain-lain. Pelbagai syarikat, organisasi, persatuan, jabatan-jabatan kerajaan, sekolah-sekolah, kolej dan universiti sering menjemput beliau bagi memberikan ceramah. Ceramah beliau banyak menyentuh aspek pelajar, remaja, kekeluargaan, keibubapaan, keusahawanan dan pembentukan sikap.

Buku lain oleh penulis ini

  • Motivasi Alihan Pelajar
    RM 17.50 / RM 20.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-88-3
    ISBN-10: 983-3604-88-9
    Tarikh Terbit: 27 Apr 2007
  • Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
    RM 15 / RM 18 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-93-7
    ISBN-10: 983-3604-93-5
    Tarikh Terbit: 23 Jun 2008
  • Motivasi Alihan Pelajar Gaya Smart Study
    RM - / RM - (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5564-60-4
    Tarikh Terbit: 02 Oct 2011
  • Pikat Remaja dengan Kata-Kata
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-0142-61-6
    Tarikh Terbit: 05 Jan 2012
  • Pikat Remaja dengan Kata-Kata
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-0142-61-6
    Tarikh Terbit: 05 Jan 2012

Temubual bersama penulis