
Penilaian pembaca (Keputusan daripada 9 orang pembaca):




Harga: RM 16 / RM 18
ISBN-13: 978-983-3892-57-0
Tarikh Terbit: 29 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 256
Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Islami
Pada setiap yang berlaku, Tuhan ada sebabnya. Pada setiap sebab yang manusia fahami, Tuhan ada hikmahnya. Itu kisah yang terpapar dalam novel ini, sebuah novel yang sarat dengan makna sederhana, perjuangan dan pengorbanan.
Bermula kisahnya pada saat Ramadan, lelaki sederhana yang masih basah matanya dengan kematian ayahnya, dijemput ke kota bagi menjadi imam di sebuah surau yang lesu.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
السلام عليكم
Bismillahirahmanirrahim.
Maaf saya tak pandai berbasa-basi. Apatah lagi memberi pendapat dan pandangan. Namun cukuplah saya sebagai seorang pengagum.
Saya teruja mencari selama ini, siapa diri saya dan apa perjuangan saya. Hampir sahaja saya tewas dan lemas dalam pencarian itu. Namun akhirnya saya temui jawapan dalam “Punya Cinta Ramadan”
Maaf kalau saya keterlaluan, apatah lagi di hadapan empunya “Cinta Ramadan”.
Tetapi bagi saya , saya melihat Ramadan dan Walid di dalam jiwa mereka ada saya. Bezanya kami bertiga adalah, Walid yang hebat di bekalkan ilmu yang tinggi hingga ke Timur Tengah manakala Ramadan seorang al-Hafiz.
Sedangkan saya , tidak mempunyai pendidikan agama walau dari sekolah rendah agama. Dalam kejahilan dan serba kekurangan saya inilah, saya di amanahkan untuk merubah tanah kering di wadi sahara yang sudah lama kehilangan cinta Tuhan.
Membaca novel ini saya rasa dekat. Saya di kelilingi oleh orang seperti Haji Roslan dan Wak Bilal. Selama ini saya bertemu dengan golongan orang yang berpegang pada pegangan ustaz Baihaqi untuk menjadi golongan altruistic. Bertemu juga dengn golongan yang berpegang kepada pesan walid, jangan berkira-kira dalam membuat kebajikan atau penat lelah yang di bimbangkan sedangkan Allah sendiri Maha Pemurah.
Saya bertemu manusia pengkhianat seperti Haji Abdullah. Saya juga bertemu golongan yang menghidupkan surau yang mati untuk manafaat orang lain dan mempermudahkan jalan orang lain untuk menuntut ilmu Allah yang ganjaranya syurga Allah.
Apa pun, ribuan terima kasih kerana menemukan saya dengan “cinta Ramadan” . Akan saya jadikan ianya azimat dalam meneruskan perjuangan ini. Ianya bukan sekadar novel remaja biasa, bahkan akan saya bariskan sebaris di rak buka saya dengan kitab-kitab lama Imam Al Ghazali!





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Assalamualaikum.. Ramadhan seorang syabab yang diidamkan semua. Susah sebenarnya ingin menjadi Syabab yang serba boleh sebagai imam dan anak serta hak masyarakat. Punya Kasih Ramadhan benar benar buka mata pembaca bahawa bukan senang sebenarnya hidup sebagai syabab serba boleh ni. Pasti ada sahaja fitnah dan orang tidak suka akan kita.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Punya Cinta Ramadan…Ismi Ramadan meninggalkan mamanya bersendirian untuk mendalami ilmu Al-Quran di sebuah sekolah pondok di negeri Pantai Timur, demi wasiat arwah ayahnya yang mahu dia menjunjung Al-Quran untuk pedoman hidup. Walaupun, dirinya masih bersedih akan kehilangan ayahnya yang amat dikasihinya itu, Ramadan redha meneruskan wasiat dan sentiasa memegang kata-kata nasihat dari arwah ayahnya.
Sepanjang bulan Ramadhan, dia dihantar untuk menjadi Iman di sebuah taman perumahan di ibu kota. Kedatangannya di terima baik penduduk di tempat itu. Namun, tidak bagi Haji Abdullah yang tidak mahu untuk menerima sesuatu perubahan. Malah, Haji Abdullah seakan sangsi akan kemampuan anak muda sepertinya.
Dengan perbagai halangan, Amar rakannya dari Maahad yang menjadi imam kedua membuat onar dan Ismi Harith yang tiba-tiba datang kerana mahukan jawatan imam di surau itu kerana bagi Ismi Harith, dia lebih layak memegang jawataan imam kerana taraf pengajiannya lebih tinggi berbanding Ramadan. Dan halangan yang benar-benar menguji ketabahan Ramadan apabila pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan, solat tarawih tidak dapat dilakukan di surau tersebut gara-gara Haji Abdullah yang menolak pembaharuan yang dicadangkan.
Pada masa yang sama, hadirnya Insyirah anak kepada Imam Baihaqi yang dalam diam meminati dan mengagumi Ramadan. Bagi Ramadan Imam Baihaqi bagai kelibat arwah ayahnya yang amat dirinduinya. Dapatkah Ramadan berbakti untuk menerangi rumah Allah yang selama ini agak kusam… dan bagaimana pula perhubungannya dengan Insyirah… semuanya terkandung dalam naskah ini.Penulis juga mahu mengajak para pembaca memuliakan dan menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup.