Harga: RM 19.00 / RM 21.00
ISBN-13: 978-967-401-040-9
Tarikh Terbit: 17 Oct 2011
Jumlah Muka Surat : 104
Kategori: Kanak-Kanak
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Putera Fariri & Donat Salsabila sesuai dibaca bagi yang berumur 10 hingga 12 tahun.
Putera Fariri bermimpi seorang puteri di sebuah negeri yang bernama Negeri Laksana Bulan sedang bersedih kerana mahu makan donat kegemarannya. Ketika itu tidak ada seorang pun yang tahu membuat donat. Malah kuih donat pun belum pernah mereka lihat. Apatah melihat bayangnya.
Sesudah meminta izin daripada ayahanda dan bondanya, Puteri Fariri mahu mengembara mencari puteri yang muncul dalam mimpinya dan mahu menyediakan kuih donat kegemaran puteri itu. Pelbagai rintangan yang dilalui Putera Fariri bagi sampai ke negeri di mana puteri itu berada.
Sehingga pada suatu ketika, Putera Fariri diselamatkan daripada lemas di tengah lautan oleh seorang nakhoda kapal yang mempunyai niat jahat kepada Putera Fariri.
Adakah hasrat Putera Fariri mahu membantu puteri yang datang dalam mimpinya itu berhasil?

Aliff Danial dilahirkan di Kelantan dan berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang matematik bagi ijazah sarjana muda dan sarjana di Universiti Kobe, Jepun. Buat masa sekarang beliau sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mendapatkan ijazah doktor falsafah dalam bidang yang menggabungkan matematik, ekonomi dan kewangan Islam. Pada masa yang sama beliau juga sedang menabur bakti untuk anak-anak bangsa sebagai pensyarah matematik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Buat pengetahuan peminat-peminat buku Aliff Danial, beliau dibesarkan dengan buku-buku cerita fantasi dan hikayat-hikayat Melayu. Beliau juga dibesarkan dengan cerita-cerita rakyat yang diceritakan oleh datuk-datuk, nenek-nenek, ayah dan ibu. Semua cerita ini menghiasi hidup beliau. Cerita-cerita ini juga menjadi motivasi dan teman hidup sepanjang perjalanan beliau. Beliau mempunyai satu cita-cita yang besar iaitu mahukan anak-anak dunia membesar dengan cerita-cerita beliau sepertimana beliau membesar dengan cerita-cerita yang ditulis oleh mereka yang hebat.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet