Harga: RM 24.00 / RM 27.00
ISBN-13: 978-967-5406-59-1
Tarikh Terbit: 18 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 152
Kategori: Kanak-Kanak, Fantasi
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Bab 1: Istana yang Suram
Bab 2: Taman yang Indah
Bab 3: Rahsia Pokok Besar
Bab 4: Mencari Buku Lama
Bab 5: Pengembaraan Mencari Kristal Ajaib
Bab 6: Ular yang Besar
Bab 7: Pertolongan daripada Zuhr
Bab 8: Kristal Ajaib
Mengisahkan seorang puteri yang baik hati bernama Qairina. Dia mempunyai seorang kawan yang comel iaitu seekor arnab putih bernama Roid.
Di Istana Celesta, Puteri Qairina tidak seperti puteri-puteri yang lain. Dia dilayan seperti hamba oleh seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan iaitu Randika. Randika berjaya merampas takhta kerajaan Hedona dengan memisahkan Raja dan Permaisuri daripada Puteri Qairina.
Namun, Puteri Qairina mempunyai satu misi penting. Dia mahu menyelamatkan ayahanda dan bondanya. Pelbagai ujian dilalui Puteri Qairina semasa mahu menyelamatkan kedua-dua ibu bapanya. Adakah Puteri Qairina berjaya dalam misinya?
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Apakah hobi Puan Anna pada masa lapang?
Pada masa lapang, saya suka membaca bahan-bahan sastera dan umum.
Makanan yang digemari Puan Anna?
Tom Yam semestinya.
Apa yang selalu Puan Anna lakukan ketika bosan?
Saya suka melayari internet.
Dari mana dapat ilham menulis?
Ilham saya perolehi daripada pembacaan, menonton filem dan memerhati pengalaman orang lain.
Apa yang Puan Anna paling takuti?
Serangga.
Warna kegemaran?
Saya paling sukakan warna merah hati.
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet