Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: ISBN 978-983-192-285-9
ISBN-10: ISBN 983-192-285-9
Tarikh Terbit: 28 Mar 2008
Jumlah Muka Surat : 368
Kategori:
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Fenomena silih bergantinya pengawal di kota bertembok tinggi berjeriji besi itu seringkali menjadi bahan tontonan sepasang mata bundar, milik seorang gadis sunti, di sebalik jendela berjerjak besi, iaitu Tuan Puteri Salsabila. Begitu jugalah aktiviti harian di sekitar kota. Terutamanya suasana hiruk-pikuk, tawar menawar dan lelongan yang terdapat di pasar dan tepian jalanan. Begitu mengasyikkan. Terasa begitu kepingin sekali hati Si Tuan Puteri untuk berada di tengah-tengah kebingitan dan kerancakan suasana di luar sana. Adakah Puteri Salsabila berjaya menyamar menjadi rakyat biasa? Apakah taktik yang digunakan bagi merealisasikan impiannya?
| Profesor Madya Dr. Umi Kalthum Ngah dilahirkan di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Beliau bertugas sebagai ahli akademik di Universiti Sains Malaysia sejak tahun 1981. Kini beliau menyemai bakti di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Di samping tugas harian sebagai ahli akademik, beliau juga meluangkan masa menghasilkan buku dan bahan penulisan di akhbar harian, khususnya ruangan Jendela Hikmah dan Bicara Hati, Berita Harian. Malah menghasilkan bahan penulisan adalah cara beliau menangani tekanan dan kebuntuan, yang mana usaha ini dimulai ketika menyudahkan tesis doktor falsafah beliau dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia yang baru diterimanya. Beliau tidak mendapat pendedahan formal dalam bidang penulisan tetapi berkat tunjuk ajar dan menghadiri kuliah berkala anjuran PTS dan bimbingan Puan Ainon Mohd, beliau berjaya menghasilkan beberapa buku yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa, buat tatapan remaja dan kanak-kanak.
Semoga bahan-bahan penulisan beliau dapat mengisi ketandusan bahan bacaan bermutu untuk masyarakat, khususnya generasi muda dalam membina jati diri Muslim di negara yang tercinta ini. http://www.blogger.com/profile/03523713556114432675 |
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet