Rahsia Cinta Tiga Segi Muhammad: Meneladani Keperibadian Nabi Muhammad Sebagai Manusia

oleh Muhammad Hasan al-Basri

Harga: RM 12.90 / RM 14.90
ISBN-13: 978-967-5564-07-9
Tarikh Terbit: 6 Dec 2010
Jumlah Muka Surat : 120

Kategori:

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

-

Sinopsis

Cinta Segi Tiga

Nabi Muhammad itu rahmat. Rahmat untuk seluruh alam. Muhammad datang dan dunia menjadi bercahaya kerananya.

Apabila kita baca sejarah, apabila kita lihat kisah, kita menjadi lebih tahu perihal nabi. Terpenting, kita lebih tahu perihal cinta-cintanya. Cinta-cintanya yang agung.

Namun semuanya begitu tinggi, begitu mulia, sehingga kita tertanya-tanya: Mampukah kita menjadi sebaik rasul?

Usah risau, usah bimbang. Ini kerana budayawan besar Indonesia, Emha Ainun Najib pernah berpesan,

"Penting untuk kita melihat Muhammad sebagai manusia. Muhammad tidak menjadi nabi tiba-tiba tetapi beliau melalui satu proses yang ditempuh dengan perjuangan. Beliau berjuang menjadi manusia yang jujur, tekun, bersih dan bekerja keras sehingga digelar al-Amin..."

Rahsia Cinta Segi Tiga Rasulullah berbicara perihal nabi. Ia membawa kita menelusuri sejarah kasih nabi. Daripada aspek kepimpinan Nabi Muhammad kepada hidupnya sebagai manusia biasa. Daripada dakwahnya sesama manusia kepada perjalanannya bertemu Tuhan di langit. Daripada keteguhan, keberanian dan kehebatannya dalam perjuangan dan hijrah, kepada kelembutan, kesabaran dan keterbukaannya dengan keluarga, teman bahkan lawan.

Inilah kisah kasih yang menyeluruh, melangit dan membumi.

Kita dibawa mengenali nabi daripada kata-katanya sendiri. Kita dibawa mengenali nabi daripada ahli keluarganya yang mulia. Kita dibawa mengenali nabi daripada sahabat-sahabatnya yang mencintai dan dicintai.

Akhirnya, kita sedar. Nabi itu bukan idola. Beliaulah manusia yang sememangnya menjadi teladan semua.

Info Penulis

Buku lain oleh penulis ini

  • Rahsia Air Mata Khusyuk
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-94-4
    ISBN-10: 983-3604-94-3
    Tarikh Terbit: 27 Nov 2009
  • Menuai Hidayah Iman
    RM 19.90 / RM 21.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5564-59-8
    Tarikh Terbit: 22 Jul 2010
  • Rahsia Cinta Tiga Segi Muhammad: Meneladani Keperibadian Nabi Muhammad Sebagai Manusia
    RM 12.90 / RM 14.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5564-07-9
    Tarikh Terbit: 06 Dec 2010
  • Ilmu Hikmah
    RM 11.00 / RM 13.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-0142-30-2
    Tarikh Terbit: 04 Mar 2011
  • Biografi Nafsu Manusia
    RM 16.50 / RM 18.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-0142-75-3
    Tarikh Terbit: 10 Aug 2011
  • Andai Syurga & Neraka Tidak Pernah Ada
    RM 21.90 / RM 24.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5564-67-3
    Tarikh Terbit: 03 Oct 2011

Temubual bersama penulis