S.P.A.R.K. (Skuad Pengatur Acara Rifqie dan Kawan-Kawan)
oleh Izzat AR


Versi Cetak

RM15.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 17.00
Format: Trade Book

ISBN-13:

Tarikh Terbit: 1 Nov 2011

Jumlah Muka Surat: 232


Versi eBook

RM 12.90

Format: EPUB / PDF
e-ISBN:
Tarikh Terbit: 20 Nov 2014


Rifqie, 16 tahun, adalah anak tunggal kepada PW1 Arman dan Puan Maryah. Mereka tinggal di Taman Cendana. Rifqie rapat dengan seorang pesara tentera iaitu Mejar (B) Aminudin atau Pak Amin, yang mengusahakan Chalet Sri Anom di Kampung Girang, yang terletak bersebelahan dengan Taman Cendana.
 
Rifqie bersahabat dengan Ehsan, Ashton, dan Neesha. Ehsan anak yatim yang tinggal dengan ibunya, Mak Salmah dan adik-adiknya. Ashton adalah anak kacukan Cina dan India.
 
Rifqie gagal beberapa kali dalam ujian bulanan subjek Prinsip Akaun. Ini membuatkan bapanya marah dan menghukumnya dengan menarik balik gajet-gajet miliknya, dan menahan wang belanja. Rifqie susah hati kerana dia mahu mengumpul wang bagi menyertai rombongan sekolah ke Singapura pada hujung tahun.
 
Pak Amin pula menghadapi situasi chalet yang hampir rugi kerana kurang pengunjung dan dua orang pekerjanya melarikan diri. Selain itu, Pak Amin juga tinggal sebatang kara kerana isterinya Mak Anom sudah meninggal dunia. Anak-anak Pak Amin, Farina dan Farish pula bekerja di luar negara dan sudah lama tidak pulang ke tanah air. Oleh itu, Rifqie sering menjadi peneman Pak Amin di Chalet Sri Anom.
 
Rifqie mendapat idea menubuhkan SPARK: Skuad Pengurus Acara Rifqie dan Kawan-kawan. Dia mengajak rakan-rakannya menjual koleksi komiknya bagi mendapatkan modal membeli peralatan untuk SPARK.
 
Apakah perubahan-perubahan baru yang diperkenalkan oleh anak-anak muda kumpulan S.P.A.R.K? Dapatkan jawapannya daripada naskhah terbaru ini sekarang!

.

Buku Berkaitan


Berita


Errata