Harga: RM 5.50 / RM 6.50
ISBN-13: 978-983-3372-64-5
ISBN-10: 983-3372-64-3
Tarikh Terbit: 17 Jul 2009
Jumlah Muka Surat : 48
Kategori: Resipi
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Asam Rebus Keladi
Brokoli Goreng
Buncis Goreng
Goreng Tauge Kasar
Kacang Bendi Goreng
Kangkung Goreng Belacan
Kubis Goreng
Nanas Tumis Air
Pajeri Nanas
Peria Goreng Lada Hitam
Peria Masak Taucu
Rendang Nangka
Sup Cendawan
Tempoyak Daun-daun
Terung Goreng
Tumis Bayam
Lemak Cili Api Jantung Pisang
Lemak Cili Api Rebung
Lemak Cili Api Pisang Muda
Lemak Cili Api Pucuk Paku
Masak Lemak Petola
Masak Lemak Sayur Campur
Masak Lemak Labu Kuning
Dapatkan set buku resipi Senangnya Memasak yang menghidangkan 23 resipi pilihan seisi keluarga dengan harga RM5.50 setiap naskhah. Dengan ilustrasi langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Chef Hanieliza, pastinya aktiviti memasak menjadi lebih mudah dan santai.

Chef hanieliza berasal dari Kuala Lumpur dan sudah menetap di Kerteh, Terengganu selama 26 tahun. Chef Hanieliza mula aktif dalam bidang masakan sejak berumur 26 tahun. Pengalamannya dalam bidang yang diminatinya ini amat luas. Antaranya beliau aktif menjadi guru masakan di tempat Kerteh, Terengganu selain aktif menulis resipi masakan dalam blognya (http://hanieliza.blogspot.com), dan fotopages (http://hanieliza.fotopages.com) selain aktif dalam forum masakan di internet.
Chef Hanieliza sudah menghasilkan dua buah buku iaitu Aneka Talam & Lapis pada tahun 2006 terbitan Alaf 21 dan terlibat dengan Majalah JELITA sebagai chef jemputan untuk Hidangan Pengantin pada Ogos 2007 dan Juadah Terengganu pada September 2008. Chef Hanieliza juga pernah menjadi chef jemputan untuk Majalah SAJI yang menghidangkan 23 Masakan dan Kuih-muih Terengganu pada Mei 2008. Selain itu, beliau pernah menjadi chef jemputan di TV2 dalam rancangan RENGKAS PAGI, terbitan Nafalia Corporation. Chef Hanieliza juga pernah memenangi pertandingan memasak di Dungun dan Kerteh.
Sejak Jun 2009, hingga Ogos 2009, beliau sudah menghasilkan 10 buah buku Senangnya Memasak dengan PTS Millennia Sdn. Bhd. Dalam tempoh tiga bulan sahaja, buku-buku resipinya sudah habis terjual 10 ribu naskhah dan 5 daripadanya sudah diulang cetak. Sejak menjadi penulis buku resipi Senangnya Memasak, beliau aktif dijemput bagi melakukan demo masakan di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 dan Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Selain itu, beliau juga dijemput membuat demo masakan di MPH Mid Valley dan Popular Ikano sempena Pesta buku Popular. Chef Hanieliza sering menerima komen positif, ucapan tahniah dan ucapan terima kasih daripada peminat-peminat setianya termasuk pembaca yang pernah mencuba resipi-resipi dalam buku resipi Senangnya Memasak.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet