Shamsiah Fakeh

oleh Azzah AR

Harga: RM 20 / RM 23
ISBN-13: 978-967-5783-44-9
Tarikh Terbit: 20 May 2011
Jumlah Muka Surat :

Kategori:

Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

-

Sinopsis

Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata, “Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku.” Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan Shamsiah Fakeh adalah susuk yang pernah menjadi pemimpin, pejuang dan tetap seorang perempuan. Sebagai pemimpin beliau berkata, “Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.” Sebagai pejuang, “Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka.” Sebagai seorang perempuan, “Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak.” Masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis pada fikiran kita? Novel ini punya jawapannya.

Info Penulis

Azzah AR atau nama penuhnya Azzah Abdul Rahman, dilahirkan pada tahun 1979 di sebuah rumah di Taman Anggerik, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Kemudian mendewasa dan menimba pengalaman hidup di merata pelusuk negara. Memiliki kelulusan akademik Sarjana Muda Komunikasi Multimedia daripada Open University Malaysia. Sejak tahun 2007, beliau mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang latihan iaitu Digital Apprentice Management Services, HERO Edutaining Services dan Kedai Buku Bacha. Selain itu, beliau juga mengasaskan aktiviti kesukarelawanan berkaitan buku iaitu Baca@Komuter dan Baca@Sekolah. Dalam bidang penulisan, antara karya yang sudah diterbitkan adalah Pilih Jangan Tak Pilih, Celoreng Biru, dan Kesatria Ajaib: Kuasa Lobak Kecil, selain menjadi penulis artikel dalam MajalahNiaga.Com. Shamsiah Fakeh adalah karya pertama beliau bersama PTS Litera Utama. Berinteraksi dengan beliau di Facebook: Azzah 'Izzat' AR.

Buku lain oleh penulis ini

  • Shamsiah Fakeh
    RM 20 / RM 23 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5783-44-9
    Tarikh Terbit: 20 May 2011

Temubual bersama penulis