Harga: RM 19.00 / RM 22.00
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3376-29-0
Tarikh Terbit: 27 Jul 2005
Jumlah Muka Surat : 182
Kategori: Bisnes & Pengurusan, Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Prakata
Bahagian 1
Bab 1: Apa Itu Surat?
Jenis-jenis Surat Perniagaan
Surat Rasmi
Bab 2: Bahasa Surat
Pilihan Ayat dalam Menulis Surat
Bab 3: Struktur Ayat
Pengenalan
Idea Utama
Rumusan Tindakan
Penutup
Format Surat Rasmi
Format Surat Rasmi 2
Bab 4: Mengurus Surat
Menguruskan Surat Masuk
Menguruskan Surat Keluar
Bab 5: Mengurus Kompelin
Menulis Kompelin
Menguruskan Kompelin
Bab 6: Surat Jualan
Kelemahan Surat Jualan
Surat Jualan yang Berkesan
Bab 7: Surat Pertanyaan dan Jawapan
Surat Memohon Katalog dan Sebut Harga
Surat Balasan kepada Pertanyaan
Bab 8: Surat Makluman dan Iringan
Apa Itu Surat Makluman dan Iringan?
Contoh-contoh Surat Iringan
Bab 9: Notis dan Iklan
Notis
Iklan
Risalah atau Leaflets dan Lembaran Maklumat
Bab 10: Surat Memohon Pekerjaan
Menulis Surat Permohonan Pekerjaan
Permohonan Jawatan Kosong
Permohonan Jawatan yang Diiklankan
Resume
Bab 11: Dokumen Mesyuarat
Notis dan Agenda Mesyuarat
Minit Mesyuarat
Bab 12: Edaran, Majalah dan Buletin
Edaran Mengumumkan Perubahan dalam Organisasi Perniagaan
Buletin atau Newsletter
Bab 13: Surat Tuntutan Bayaran Perniagaan
Objektif Surat Tuntutan Hutang atau Kredit
Pembalasan Surat Tuntutan Bayaran
Bab 14: Penggunaan E-mel dalam Komunikasi
Kelemahan dalam Penggunaan E-mel
Mewujudkan 'Rappo' Elektronik
Bab 15: Penyediaan Itenari atau Jadual Perjalanan
Bahagian 2
Bab 16: Apa itu Laporan?
Panduan Menulis Laporan (Sumber: Plain English Guide To Writing Report)
Cara Menulis Laporan ataupun Teori
Bab 17: Format Laporan Secara Umum
Format Laporan
Bab 18:Laporan Tugas Luar
Jenis Laporan
Bab 19: Laporan Perbelanjaan Penyelidikan
Maklumat dalam Laporan
Lampiran Laporan
Bab 20: Laporan Projek Tahun Akhir
Pengenalan
Penyediaan Laporan
Format Laporan
Rujukan
Indeks
Buku ini sesuai dijadikan buku panduan kepada pelajar sekolah dan siswa siswi dalam mengendalikan persatuan. Ia memandu pengguna menyediakan minit mesyuarat, dokumen perniagaan dan laporan dengan teratur serta mengikut format yang betul.
En Samsudin Wahab dilahirkan di sebuah pekan kecil barat daerah Baling bersempadan daerah Kulim, Kedah pada 31 Oktober 1966. Bukanlah dari keluarga berada, lahir di sebuah kawasan perladangan dan kampung berlatarbelakangkan penoreh getah dan sawah padi. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Malau, Kulim di ikuti Sekolah Menengah Labu Besar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim di Kedah antara tahun 1979 hingga tahun 1984. Ketika mengikuti pengajian rendah dan menengah, beliau banyak menghabiskan masa membantu keluarga di sawah dan ladang getah. Berkat usaha gigih beliau selepas SPM beliau telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (Sekarang ini Universiti Putra Malaysia) dalam program B. Sc. (Perniagaantani) dan bergraduat pada tahun 1989.
Pada tahun 1992 setelah 3 tahun menceburi sektor perkilangan, En Samsudin telah berjaya mendapat tempat untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Bermula dari tarikh lulus Diploma Pendidikan ini beliau menceburi kerjaya sebagai Guru Akaun, Perdagangan dan Ekonomi di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang, Kupang, Baling Kedah. Pada tahun keempat menjadi guru, beliau menyambung pengajian secara separuh masa di Universiti Utara Malaysia, Kampus Sungai Petani. Selepas hampir enam tahun mengajar di sekolah menengah, En Samsudin mohon bertukar ke Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan mengajar di Jabatan Perdagangan selama 2 tahun mulai 1999 hingga 2001.
Setelah lulus program separuh masa Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di UUM pada akhir 2000, En Samsudin mencuba nasib untuk memohon jawatan pensyarah di IPTA tempatan. Akhirnya beliau berjaya dalam temuduga sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA dan ditempatkan di Kampus Terengganu pada 1 July, 2001. Walaupun baru menjadi warga kampus di UiTM Terengganu, En Samsudin percaya bahawa kejayaan terletak dimana-mana saja dengan syarat ada usaha ke arah itu. Akhirnya dengan pengalaman yang ada dalam bidang pendidikan, En Samsudin berjaya menulis beberapa buah buku untuk bacaan umum antaranya Pengurusan Dan Teknologi Pejabat, Mengurus Dan Mentadbir Pejabat, Mengurus Majlis Dan Acara Rasmi serta buku Panduan Protokol Dan Tatatertib Majlis. Kesemua buku diterbitkan oleh PTS mulai tahun 2003.
Sebagai pensyarah juga En Samsudin banyak melibatkan diri dalam bidang penyelidikan dan telah berjaya membentangkan beberapa hasil penyelidikan di seminar kebangsaan dan seminar antarabangsa. Antara negara-negara yang pernah dikunjungi oleh En Samsudin untuk pembentangan kertas kerja ialah Indonesia, Thailand dan Korea. Antara kertas penyelidikan En Samsudin yang telah banyak mendapat tawaran pembentangan ialah mengenai Cabaran Penerapan Teknologi Pejabat di Dalam Organisasi , Strategi Pembelajaran Komputer di Kalangan Staf Senior, Tinjauan Amalan Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Kaunter Awam dan Cabaran ICT kepada Usahawan Melayu di Pantai Timur.
Anugerah yang pernah diterima oleh En Samsudin Wahab sepanjang perkhidmatannya di Universiti Teknologi MARA ialah Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2003 dan Anugerah Penyelidik Harapan UiTMT Tahun 2003. Sekarang En Samsudin sedang menikuti pragram PhD. secara sambilan di universiti tempatan.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet