Katalog

Tadika Berkualiti

Format: Paperback
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3376-05-3
Tarikh Terbit: 14 Nov 2005
Jumlah Muka Surat : 152

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Keusahawanan, Pendidikan, Prasekolah

Siri:

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

RM 17.00

Harga Sabah/Sarawak: RM 20.00

Beli Online

Buku ini mengupas aspek-aspek yang perlu dititikberatkan bagi menubuhkan tadika yang berkualiti. Sesuai bagi mereka yang ingin menubuhkan tadika, guru-guru prasekolah dan ibu bapa yang ingin memilih tadika yang berkualiti untuk anak-anak mereka.

Prakata
Bab 1 Pembentukan Tadika Berkualiti
Statistik Prasekolah
Tadika dalam Akta Pendidikan 1996
Kurikulum
Latihan Perguruan
Rumusan

Bab 2 Mengenali Murid Prasekolah
Perkembangan Bahasa
Perkembangan Kognitif
Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Kreativiti Berdasarkan Lukisan
Rumusan

Bab 3 Kurikulum Prasekolah
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Kaedah Penyampaian
Penggunaan Teknologi
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Ruang Pembelajaran
Isu Perlaksanaan
Rumusan

Bab 4 Etika Guru Prasekolah
Ciri Keperibadian Guru
Kemahiran Guru
Peranan Guru
Ciri-ciri Guru Prasekolah
Rumusan

Bab 5 Penubuhan dan Pendaftaran
Keperluan Agensi
Rumusan

Bab 6 Pemilihan Tadika Berkualiti
Pemilihan Tadika Berkualiti
Keputusan anda
Senarai semak
Borang Senarai Semak
Instrumen Penilaian Kualiti Pengajaran Panitia Pendidikan Prasekolah

Bab 7 Lampiran
Lagu �Anak Ayam�
Rujukan

Pendidikan awal kanak-kanak khususnya pada peringkat prasekolah dianggap semakin penting kepada ibu bapa. Ini dapat dilihat daripada peningkatan bilangan kelas prasekolah anjuran kerajaan dan swasta. Pemilihan tadika oleh ibu bapa kebanyakannya berpandukan populariti pada mata masyarakat. Budaya ini tidak pernah memikirkan soal kualiti pendidikan yang perlu mengambil kira kesesuaian perkembangan kanak-kanak. Hal ini memberi kesan kepada pendidikan yang tidak seragam dan menjejaskan masa depan kanak-kanak serta negara.

Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan satu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan bertujuan bagi menyelaras dan menyeragamkan kurikulum pendidikan prasekolah di negara kita. Keseragaman kurikulum ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang menjana generasi akan datang yang berketerampilan daripada segi sahsiah dan intelektual.

Kami berharap kupasan dan pemerhatian pada keperluan bagi menentukan tadika berkualiti ini dapat menjadi panduan kepada mereka yang terlibat dengan pendidikan prasekolah. Prasekolah yang berkualiti dapat membantu kanak-kanak supaya bersedia bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang.

Antara aspek yang dikupas di dalam buku ini: - Statistik, akta yang berkaitan dan latihan perguruan prasekolah. - Memahami murid-murid prasekolah daripada segi perkembangan bahasa, kognitif, sosioemosi, fizikal dan kreativiti. - Kurikulum serta kaedah-kaedah penyampaian yang digunakan. - Etika guru prasekolah, penubuhan dan pendaftaran.

Turut disertakan panduan dan borang senarai semak bagi ibu bapa memilih tadika berkualiti untuk anak-anak mereka.

Karya Lain Penulis Ini

Buku berkaitan yang anda mungkin berminat