Harga: RM 42.00 / RM 45.00
ISBN-13: 978-967-0127-01-9
Tarikh Terbit: 7 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 480
Penerbit: PTS Darul Furqan
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
1. Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 164 1
2. Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 183-187 19
3. Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 219-220 65
4. Tafsir Surah Ali-Imran 28-29 83
5. Tafsir Surah An-Nisaak Ayat 1-4 101
6. Tafsir Surah An-Nisaak Ayat 5-6 115
7. Tafsir Surah An-Nisaak Ayat 34-36 131
8. Tafsir Surah An-Nisaak Ayat 58-59 159
9. Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 33-35 177
10. Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 38-40 193
11. Tafsir Surah At-Taubah Ayat 17-18 213
12. Tafsir Surah At-Taubah Ayat 60 227
13. Tafsir Surah At-Taubah Ayat 122-123 241
14. Tafsir Surah An-Nahl Ayat 125-128 259
15. Tafsir Surah Al-Hajj Ayat 77-78 281
16. Tafsir Surah An-Nur Ayat 1-3 297
17. Tafsir Surah An-Nur Ayat 6-9 313
18. Tafsir Surah An-Nur Ayat 30-31 333
19. Tafsir Surah Luqman Ayat 12-15 355
20. Tafsir Surah Al-Ahzab Ayat 4-5 371
21. Tafsir Surah Yasin Ayat 38-40 391
22. Tafsir Surah Sad Ayat 10-11 403
23. Tafsir Surah Muhammad Ayat 33-35 413
24. Tafsir Surah Al-Hujurat Ayat 6-10 425
25. Tafsir Surah Al-Hujurat Ayat 11-12 443
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Al-Israa: 9)
Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhui setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi.
Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami.
Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.

Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff bertugas sebagai Profesor di Jabatan al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau memperoleh ijazah B.A (Hons.) Usuluddin daripada Universiti Malaya, M.A. University of Jordan dan PhD University of Wales, United Kingdom.
Beliau aktif menulis dan menerbitkan buku-buku antaranya Sejarah Khalifah Rasulullah, Prof Dr Amin Qudhah (terjemahan), Isu-Isu Semasa Dari Perspektif Islam,Tafsir Surah az-Zariyat, Prof Dr. Ahmad Hasan Farhat (terjemahan), Surah Al-Waqi’ah:Terjemahan dan Huraian, Muhammad Abduh:Pengaruhnya Kepada Pembaharuan Politik Islam Di Malaysia, Biografi Muhammad Bin Abdullah, Isu-Isu Gender: Perspektif Ulama Al-Azhar, Faktor Berbilang Riwayat Pada Matan Al-Hadith, Bilakah Waktu Janin Ditiupkan Roh?, Pengantar Kepada Usul al-Tafsir Karya Imam Ibn Taimiyah (terjemahan), Tazkirah untuk orang mengaji: Karya Sonhadji, ,A Study of Tafsir Abr Al-Athir And Sonhadji s Methodology in Tafsir Al-Quran, Tafsir Al-Munir Juz Amma, Tafsir Ayat-ayat Ahkam, Kunci Mengenal al-Qur’an dan banyak artikel dalam kertas kerja seminar dan ceramah.
Hasil kegigihan beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet