Membantu anak atau pelajar mengingati apa yang diajar dengan cara mudah dan menyeronokkan.
Blurb Belakang:
Apakah bahasa yang digunakan oleh memori kita? Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil, ataupun bahasa Cina? Tidak ada satu pun, bukan? Menurut pakar memori dunia, Kevin Trudeau, memori berkomunikasi melalui gambar.
Teknik Memori SmartStudy adalah ciptaan Osman Affan dan hasil gabungan kerja dan ilham beribu-ribu pelajar dalam program SmartStudy Memory Skills. Buku ini turut memuatkan ilustrasi menarik lagi melucukan, tips mengingat, latihan, dan contoh bagi setiap teknik yang diajar.
Teknik Memori SmartStudy: (buat dalam peta minda)
Akronim Akrostik Audionim Cerita kreatif Nombor ceria Hafal fakta di dalam jadual
Osman Affan adalah jurulatih profesional dalam bidang motivasi dan teknik kemahiran belajar. Beliau mengasaskan SmartStudy pada tahun 2003 dan mula mengajar teknik-teknik kemahiran belajar dan motivasi kepada pelajar pada peringkat sekolah rendah, menengah, kolej, dan universiti.