Tok Janggut

oleh Abdul Latip bin Talib

Harga: RM 20 / RM 23
ISBN-13: 978-983-3892-86-0
Tarikh Terbit: 23 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 400

Kategori: Novel Dewasa, Novel Sejarah

Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai, akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan memimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.

Sinopsis

Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas lahir di Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun. Setahun sebelum itu, pada tahun 1909, berlakunya perjanjian Inggeris-Siam yang menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris, manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah kuasa Siam. Campur tangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatah lagi apabila Inggeris membuat perubahan yang bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam. Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai, akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan memimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.

Info Penulis

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Buku lain oleh penulis ini

  • Ikramah-Penentang Jadi Pembela
    RM 22.90 / RM 25.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-068-8
    ISBN-10: 983-192-068-6
    Tarikh Terbit: 01 Jan 1970
  • Tariq-Menang ataupun Syahid
    RM 23.90 / RM 26.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-057-2
    ISBN-10: 983-192-057-0
    Tarikh Terbit: 19 Mar 2007
  • Hikayat Amir Hamzah (1)-Menentang Jin di Bukit Qaf
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-116-6
    ISBN-10: 983-192-116-X
    Tarikh Terbit: 07 Jan 2008
  • Salahudin-Penakluk Jerusalem
    RM 26.90 / RM 29.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: ISBN 978-983-192-045-9
    ISBN-10: ISBN 983-192-045-7
    Tarikh Terbit: 08 Feb 2008
  • Hikayat Amir Hamzah (2) - Asqar Dewa Bermata Tiga
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: ISBN 978-983-192-164-7
    ISBN-10: ISBN 983-192-164-X
    Tarikh Terbit: 15 Feb 2008
  • Hikayat Amir Hamzah (3) - Memerangi Dewa Semandun
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: ISBN 978-983-192-213-2
    ISBN-10: ISBN 983-192-213-1
    Tarikh Terbit: 29 Feb 2008
  • Khalid-Memburu Syahid
    RM 32.90 / RM 35.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-056-5
    ISBN-10: 983-192-056-2
    Tarikh Terbit: 24 Jun 2008
  • Abu Bakar - Sahabat Sejati
    RM 26.90 / RM 29.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-10-8
    ISBN-10: 967-513-610-3
    Tarikh Terbit: 31 Jul 2008
  • Leftenan Adnan Wira Bangsa
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-16-0
    Tarikh Terbit: 19 Aug 2008
  • Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-11-5
    Tarikh Terbit: 05 Sep 2008

Temubual bersama penulis