Tuk Mudin Datang

oleh Ida Munira Abu Bakar

Harga: RM 14 / RM RM16
ISBN-13: 978-967-366-031-5
Tarikh Terbit: 19 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 184

Kategori: Kanak-Kanak

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

 13 Bab

Sinopsis

"Saya tidak sabar menanti dua minggu lagi. Nanti saya boleh sembahyang di barisan hadapan di dalam surau," kata Hanif yang tidak sabar mahu dikhatankan.

 

"Awak ini, perkara yang menyakitkan pun awak suka. Saya tidak mahu dikhatankan. Saya mahu lari," kata Shukri pula. Badannya mengeliat kegelian apabila sebut fasal berkhatan. Dia berasa takut bercampur malu. Badannya yang gempal itu kelihatan comel sekali apabila berjalan.

 

"Mana awak boleh lari. Nanti pasti ramai orang yang kepung kita. Orang dewasa lebih besar badannya daripada kita. Mahu  tidak mahu, kita perlu hadapi juga. Semua orang lelaki Islam perlu berkhatan," kata Fadhil pula yang sebenarnya belum bersedia dikhatankan.

 

Berjayakah tiga sekawan itu dikhatankan? Apakah yang berlaku kepada kawan mereka, Robert? 

Info Penulis

Penulis muda ini berasal dari Negeri Sembilan. Menceburi bidang penulisan seawal usia 14 tahun bermula dengan puisi. Mendapat Diploma Komunikasi dan Media dan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kini bertugas sebagai editor di samping bergiat aktif sebagai penulis.

Antara karya beliau: 2001-sekarang: Puisi dan cerpen karya beliau sering dimuatkan di dalam majalah terbitan Karangkraf, DBP dan juga suratkhabar.  2004: Kumpulan Puisi Pendatang Malam Novel Hostel Bersama Antologi Puisi Apas dan Sajen 2005: Antologi Cerpen Salju Jabal Musa Antologi Puisi Tunas Jiwa Antologi Puisi Laut ( Akademi Laut Malaysia)  2007: Kumpulan Puisi Cinta (DBP)

Buku lain oleh penulis ini

  • Ros Oktober
    RM 13.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3653-15-7
    ISBN-10: -983-3653-15-4
    Tarikh Terbit: 25 Apr 2006
  • Pelangi
    RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 983-3653-39-1
    ISBN-10: 983-3653-39-1
    Tarikh Terbit: 30 Nov 2006
  • Misi Piramid
    RM 21.90 / RM 24.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3653-72-0
    ISBN-10: 983-3653-72-3
    Tarikh Terbit: 14 Mar 2007
  • Bayi Botol Kicap
    RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3653-67-6
    ISBN-10: 983-3653-67-7
    Tarikh Terbit: 16 Apr 2007
  • Budak Span - Kem Chimera
    RM 13.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3654-95-6
    ISBN-10: 983-3654-95-9
    Tarikh Terbit: 21 Jul 2009
  • Budak Span dan Kasut Saraf
    RM 13.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-22-5
    Tarikh Terbit: 26 Jan 2010
  • S Untuk….
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-001-5
    Tarikh Terbit: 29 Mar 2010
  • Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
    RM 25.90 / RM 28.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-54-6
    Tarikh Terbit: 30 Jul 2010
  • Tuk Mudin Datang
    RM 14 / RM RM16 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-366-031-5
    Tarikh Terbit: 19 Aug 2010
  • Putera Danish dan Villa Fantasi
    RM 25.00 / RM 28.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-58-4
    Tarikh Terbit: 11 Jan 2011

Temubual bersama penulis

Hobi Puan Ida Munira?
Suka membaca majalah, buku-buku umum dan akhbar.

Apa yang Puan Ida lakukan ketika bosan?
Suka makanan masam antaranya Tom yam dan laksa

Apabila bosan apa yang Puan Ida lakukan?
Ida suka membeli-belah bersama keluarga

Apa yang paling Puan Ida takuti?
Pastinya Allah.