Usahawan Cilik: Raja Sosej dan Ratu Mayonis

oleh Shamsuddin Abdul Kadir, Nor’Aini Mohammed Noor / Hani Sofea

Harga: RM 14.50 / RM 16.50
ISBN-13: 978-967-369-107-4
Tarikh Terbit: 23 Dec 2011
Jumlah Muka Surat : 184

Kategori: Kanak-Kanak, Kanak-Kanak Umum, Usahawan Cilik

Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

.

Sinopsis

Sebelum ini Zaim selalu mengejek-ejek Wafiq kerana ibarat mengharapkan wang poket daripada Encik Naqib.

Oleh sebab tertekan dengan ejekan Zaim, Waif mengambil peluang bagi berniaga sosej segera di asrama.

Ini kerana pelajar asrama selalu berasa lapar kerana tiada kudapan menarik apabila kantin asrama selalu bermasalah.

Wafiq dikenali sebagai raja Sosej kerana kehebatannya memberi inovasi kepada sosej -  roti sosej, sandwich sosej, keju sosej ,sosej madu dan sebagainya. Apa yang menambahkan kelazatan makanan ini ialah, mayonis!

Sedikit demi sedikit, Wafiq mengumpul wang dengan hasil itu. Zaim akhirnya menjadi rakan niaga Wafiq selepas berasakan keikhlasan Wafiq.
Ketahui rahsia Wafiq berniaga dengan enam topi berfikirnya!

Info Penulis

Shamsuddin Abdul Kadir, jurulatih atau penceramah kewangan peribadi dan motivasi kerjaya. Biarpun beliau graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau berpengalaman hebat dalam bidang kewangan, pentadbiran, pemasaran, operasi dan hartanah. Dengan segala kepakaran itu, beliau kongsikan ilmu itu kepada sesiapa sahaja melalui kursus, bengkel dan ceramah seperti:
• Kursus menyelesaikan hutang peribadi
• Pelaburan hartanah
• Motivasi kerjaya
• Pengurusan stres
• Motivasi dimensi
• Panduan menguruskan hidup (berdasarkan gaji bagi orang perseorangan, kakitangan kerajaan dan swasta)

Maka, lahir satu teori unik yang mudah diikuti oleh semua rakyat Malaysia, sesuai bagi semua golongan. Teori ini dinamakan Teori Smart Kaya, iaitu sebuah prinsip pelonjak kekayaan yang khusus bermodalkan dengan apa sahaja yang ada di tangan.

Ekoran daripada itu, beliau diundang khas bagi menyampaikan tazkirah kewangan Islam di masjid dan surau serta aktif menulis di dalam majalah berkala tempatan termasuk Dewan Ekonomi. Beliau juga selalu
dijemput ke ruang konti Radio IKIM dan Radio 24 dalam segmen Bicara Buku dan Bicara Bijak. Rancangan televisyen pula ialah Motivasi Pagi, MHI (TV3), ‘Gen X’ remaja (RTM) dan banyak lagi.

Kini, beliau aktif menyampaikan kursus dan ceramah di pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan NGO (non-profit organisation). Beliau turut menjayakan kursus motivasi bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Antara organisasi yang tidak melepaskan peluang ini adalah:
• Lembaga Hasil dalam Negeri
• Majlis Sukan Negara
• Akademi Percukaian Malaysia
• Majlis Perbandaran Port Dickson
• Universiti Teknologi Malaysia Melaka
• Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM)
• Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam
• Sekolah Rendah Agama Padang Jawa, Klang, dan banyak lagi.

Bagi mengundang penulis berbicara dalam mana-mana acara, hubungi beliau dengan menghantar e-mel ke alamat info@shamsuddinkadir.com ataupun layari laman web www.shamsuddinkadir.com.

Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang ini ditulis bagi menyelesaikan kekusutan yang dialami oleh orang yang berhutang. Ia juga bertujuan memberi jawapan yang bersesuaian sekiranya kita tidak
mempedulikannya. Hutang ibarat api, kecil-kecil menjadi kawan, besar jadi lawan.

Buku-buku beliau yang sedang dalam pembikinan adalah:
• Menjana mesin duit yang bekerja 24 jam walaupun kita sedang tidur.
• Dilema seorang pekerja.
• Tidak perlu duit bagi membuat duit

dan banyak lagi yang akan menemui kita semua.

Sekiranya kita ada sebarang masalah berkaitan duit dan ingin berkongsi bersama penulis dan pembaca lain, kemukakan soalan ke e-mel ataupun tinggalkan jejak di laman web beliau. Beliau akan menjawab masalah kita dengan mantap dan segera.

www.shamsuddinkadir.com
E-mel: info@shamsuddinkadir.com
Bagi latihan ataupun training, dipersilakan Tuan dan Puan melayari www.sk.my ataupun emelkan ke info@sk.my
Tel: 03 4142 5300 Fax : 03 4142 7300

Memiliki Sijil Kemahiran dalam Elektronik Instrumen daripada Institut Kemahiran MARA, Cawangan Besut, Terengganu.

Antara buku yang dihasilkan adalah beliau adalah Gerhana Hati Lara yang menggunakan nama pena, Hani Sofea. Beliau juga menulis buku Miss Epal, yang tersohor dengan gaya kepimpinan yang bercirikan orang timur. Kini beliau aktif menulis pelbagai buku dalam siri Usahawan Cilik.

Buku lain oleh penulis ini

  • Kaya dengan Rumah
    RM 17.00 / RM RM20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-36-3
    ISBN-10: 983-3586-36-8
    Tarikh Terbit: 08 Feb 2008
  • Buat Duit Dengan Rumah
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-07-3
    ISBN-10: 983-3586-07-4
    Tarikh Terbit: 25 Aug 2008
  • Usahawan Cilik: Biskut Ajaib
    RM 11.50 / RM 13.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-95-0
    Tarikh Terbit: 17 Sep 2008
  • Usahawan Cilik: Garaj Aiman
    RM 13.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-91-2
    Tarikh Terbit: 17 Oct 2008
  • Usahawan Cilik - Tukang Gunting Terbang
    RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-36-6
    Tarikh Terbit: 20 Apr 2009
  • Hidup Tenang Walaupun Berhutang (Edisi Kemas Kini)
    RM 20.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-010-7
    Tarikh Terbit: 25 Mar 2010
  • Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini)
    RM 20.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-023-7
    Tarikh Terbit: 25 Jun 2010
  • Usahawan Cilik: Raja Sosej dan Ratu Mayonis
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-107-4
    Tarikh Terbit: 23 Dec 2011
  • Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
    RM 25.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-411-020-8
    Tarikh Terbit: 14 Jun 2012
  • Usahawan Cilik: Biskut Ajaib
    RM 11.50 / RM 13.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-95-0
    Tarikh Terbit: 17 Sep 2008
  • Usahawan Cilik: Garaj Aiman
    RM 13.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-91-2
    Tarikh Terbit: 17 Oct 2008
  • Usahawan Cilik - Tukang Gunting Terbang
    RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-36-6
    Tarikh Terbit: 20 Apr 2009
  • Miss Epal
    RM 13.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-19-9
    Tarikh Terbit: 26 Mar 2010
  • Usahawan Cilik: Raja Sosej dan Ratu Mayonis
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-107-4
    Tarikh Terbit: 23 Dec 2011

Temubual bersama penulis