Usahawan Cilik: Burger Del

oleh Faizal Dzasrik

Harga: RM 15 / RM 17
ISBN-13: 978-967-369-041-1
Tarikh Terbit: 28 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : -

Kategori: Kanak-Kanak, Bisnes, Usahawan Cilik

Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

-

Sinopsis

Keluarga Encik Fadhil (Fadhil – ayah, Seha – mak dan anak-anak lelakinya Farid & Farhan) sudah sekian lamanya menjadi penjaja warung burger terkenal di taman perumahan mereka di Taman Taming Jaya, Balakong.

Namun begitu, populariti mereka terjejas teruk selepas sebuah lagi warung burger baru yang lebih menarik dibuka berhampiran mereka. Pesaing mereka adalah keluarga Encik Hisham (Hisham – ayah, Jun – mak dan anak-anak perempuannya Nani & Lisa). Daya penarik keluarga Encik Hisham terletak kepada anak-anak perempuannya yang ‘manja, manis dan mesra pelanggan’.

Kebanyakan pelanggan-pelanggan terutamanya pekerja-pekerja kilang berhampiran ‘jatuh hati’ dan banyak membeli burger daripada mereka. Keluarga Encik Fadhil tidak berpuas hati. Anak-anak Encik Fadhil, Farid dan Farhan merancang ‘strategi demi strategi’ bagi mengembalilkan kemahsyuran warung burger mereka.

Info Penulis

Faizal Dzasrik dilahirkan pada 3 Oktober 1982 di Kuantan, Pahang Darul Makmur Karya-karya ~ 1. Ini Suatu Cerita (Syok! ~ PTS One) 2. Yong Tau Foo (Syok! ~ PTS One) *Dalam proses penulisan 'kemunculan semula' untuk novel-novel komedi, keusahawanan, fantasi dan sosial kehidupan bersama unit-unit PTS (Selepas lebih dua tahun berehat kerana efek sakit pendarahan dalam otak akibat kemalangan yang dialami sejak 3 tahun lalu) 1999 - SPM - SMK Anderson, Ipoh, Perak 2001 - Matrikulasi Perakaunan - Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang 2006 - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor 2007 - English Language of Proficiency Certificate - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor ~ Dilahirkan dalam keluarga seni (sebelah ibu) dan kepimpinan (sebelah bapa). ~ Aktif dalam bidang seni persembahan sejak kecil. Bermula dengan aktiviti nyanyian, lakonan, tarian, pengucapan awam dan perbahasan. ~ Meningkat dewasa, mula mewakili sekolah dalam mendeklamasikan Puisi Sains & Sejarah peringkat Negeri Selangor. ~ Pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan mewakili sekolah untuk sebuah Program Usahawan Muda peringkat Negeri Selangor. ~ Selepas menamatkan pengajian perakaunan di UiTM, memilih untuk berkecimpung dalam bidang seni penulisan kreatif sepenuh masa dan terlibat dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan.

Buku lain oleh penulis ini

  • Yong Tau Foo
    RM 21.90 / RM 21.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3653-82-9
    ISBN-10: 983-3653-82-0
    Tarikh Terbit: 27 Apr 2007
  • Ini Suatu Cerita
    RM 24.90 / RM 27.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3653-81-2
    ISBN-10: 983-3653-81-2
    Tarikh Terbit: 30 Apr 2007
  • Usahawan Cilik: Burger Del
    RM 15 / RM 17 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-041-1
    Tarikh Terbit: 28 Sep 2010

Temubual bersama penulis