Usahawan Cilik - Homestay Bayu
oleh A. Razak Adam


Versi Cetak

RM14.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 16.00
Format:

Trade Book


ISBN-13: 978-967-5226-03-8

Tarikh Terbit: 26 Dec 2008

Jumlah Muka Surat: 160


Versi eBook

Belum Terbit


Zamri dibesarkan di kawasan perkampungan nelayan yang diminta menjaga rumah peninggalan Pak Busu. Dia tidak menyangka rumah tinggal itu tiba-tiba mendatangkan keuntungan padanya selepas beberapa kali disewa kepada pengunjung yang kebetulan datang atas tujuan kenduri kahwin dan sebagainya. Ini mendorong Zamri untuk lebih serius dan mula mengumpul sedikit wang untuk mengubahsuai rumah dan sebagainya. Usahanya itu tambah berbaloi apabila dia dapat memberikan layanan yang baik kepada pasukan bola jaring daripada sekolah lain yang datang bertanding ke sekolahnya. Rumah tumpangannya mula menjadi sebutan dan mendapat pujian daripada guru. Timbul pula idea untuk membersihkan kawasan tanah ibunya di tepi pantai untuk disewa kepada mana-mana persatuan yang berminat untuk mengadakan program perkhemahan. Kini keadaan ekonomi keluarganya bertambah baik begitu juga meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan sekitarnya.

-