Harga: RM 13.50 / RM 15.50
ISBN-13: 978-983-3586-91-2
Tarikh Terbit: 17 Oct 2008
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori: Kanak-Kanak, Bisnes, Usahawan Cilik
Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Angan-angan
Bilik operasi
Misi bermula
Duit tabung
Dugaan...
Promosi
Musuh mengintai
Pak Ngah datang
Rakan kongsi
Tidak berputus asa
Strategi Aiman
Flyers
Rahsia terbongkar
Halangan
Lesen dan tapak baru
Jadi popular
Pak Cik Omar yang mendebarkan
Kebakaran
Orang tamak selalu rugi
Buku pusaka
“Aiman! Kamu lihat ini. Buku baru ini sudah buruk! Seperti buku terpakai. Mahal tetapi sudah tidak berguna.”
Buku buruk! Buku terpakai! Buku sudah tidak berguna lagi! Ketiga-tiga perkataan itu berlegar-legar dalam fikirannya. Tanpa sedar, dia mendapat idea daripada insiden itu.
“Jualan garaj?” soal pakciknya menerusi talian telefon.
“Betul. Saya tidak main-main. Tolong rahsiakan perkara ini daripada ibu dan ayah,” bisik Aiman di corong telefon
“Saya akan pastikan matlamat saya ini tercapai. Tentu seronok,”
“Saya perlu membuktikan kepada ibu dan ayah yang umur bukan halangan bagi saya berniaga,” luah Aiman sendirian dengan yakin.
Misi bermula....
Shamsuddin Abdul Kadir, jurulatih atau penceramah kewangan peribadi dan motivasi kerjaya. Biarpun beliau graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau berpengalaman hebat dalam bidang kewangan, pentadbiran, pemasaran, operasi dan hartanah. Dengan segala kepakaran itu, beliau kongsikan ilmu itu kepada sesiapa sahaja melalui kursus, bengkel dan ceramah seperti:
• Kursus menyelesaikan hutang peribadi
• Pelaburan hartanah
• Motivasi kerjaya
• Pengurusan stres
• Motivasi dimensi
• Panduan menguruskan hidup (berdasarkan gaji bagi orang perseorangan, kakitangan kerajaan dan swasta)
Maka, lahir satu teori unik yang mudah diikuti oleh semua rakyat Malaysia, sesuai bagi semua golongan. Teori ini dinamakan Teori Smart Kaya, iaitu sebuah prinsip pelonjak kekayaan yang khusus bermodalkan dengan apa sahaja yang ada di tangan.
Ekoran daripada itu, beliau diundang khas bagi menyampaikan tazkirah kewangan Islam di masjid dan surau serta aktif menulis di dalam majalah berkala tempatan termasuk Dewan Ekonomi. Beliau juga selalu
dijemput ke ruang konti Radio IKIM dan Radio 24 dalam segmen Bicara Buku dan Bicara Bijak. Rancangan televisyen pula ialah Motivasi Pagi, MHI (TV3), ‘Gen X’ remaja (RTM) dan banyak lagi.
Kini, beliau aktif menyampaikan kursus dan ceramah di pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan NGO (non-profit organisation). Beliau turut menjayakan kursus motivasi bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Antara organisasi yang tidak melepaskan peluang ini adalah:
• Lembaga Hasil dalam Negeri
• Majlis Sukan Negara
• Akademi Percukaian Malaysia
• Majlis Perbandaran Port Dickson
• Universiti Teknologi Malaysia Melaka
• Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM)
• Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam
• Sekolah Rendah Agama Padang Jawa, Klang, dan banyak lagi.
Bagi mengundang penulis berbicara dalam mana-mana acara, hubungi beliau dengan menghantar e-mel ke alamat info@shamsuddinkadir.com ataupun layari laman web www.shamsuddinkadir.com.
Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang ini ditulis bagi menyelesaikan kekusutan yang dialami oleh orang yang berhutang. Ia juga bertujuan memberi jawapan yang bersesuaian sekiranya kita tidak
mempedulikannya. Hutang ibarat api, kecil-kecil menjadi kawan, besar jadi lawan.
Buku-buku beliau yang sedang dalam pembikinan adalah:
• Menjana mesin duit yang bekerja 24 jam walaupun kita sedang tidur.
• Dilema seorang pekerja.
• Tidak perlu duit bagi membuat duit
dan banyak lagi yang akan menemui kita semua.
Sekiranya kita ada sebarang masalah berkaitan duit dan ingin berkongsi bersama penulis dan pembaca lain, kemukakan soalan ke e-mel ataupun tinggalkan jejak di laman web beliau. Beliau akan menjawab masalah kita dengan mantap dan segera.
www.shamsuddinkadir.com
E-mel: info@shamsuddinkadir.com
Bagi latihan ataupun training, dipersilakan Tuan dan Puan melayari www.sk.my ataupun emelkan ke info@sk.my
Tel: 03 4142 5300 Fax : 03 4142 7300
Memiliki Sijil Kemahiran dalam Elektronik Instrumen daripada Institut Kemahiran MARA, Cawangan Besut, Terengganu.
Antara buku yang dihasilkan adalah beliau adalah Gerhana Hati Lara yang menggunakan nama pena, Hani Sofea. Beliau juga menulis buku Miss Epal, yang tersohor dengan gaya kepimpinan yang bercirikan orang timur. Kini beliau aktif menulis pelbagai buku dalam siri Usahawan Cilik.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet