Harga: RM 13.50 / RM 15.50
ISBN-13: 978-967-5137-61-7
Tarikh Terbit: 5 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 176
Kategori: Kanak-Kanak, Young Aisyah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
1. Masa Itu Nyawa
2. Siapa Perlu Berkhatan
3. Kampung Pinang Sebatang, Kami Datang
4. Mari Kita Berkebun
5. Cerita Buat Sahabat
Cuti sekolah yang panjang baru sahaja bermula. Aisyah Sofia merancang mengadakan suatu aktiviti. Dia mengajak kawan-kawannya turut serta. Ke mana mereka hendak pergi? Apa yang terjadi kepada Abu? Adakah dia ikut serta atau dia ditinggalkan?
Saridah Hamid adalah anak jati Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 9 Februari 1964. Bersekolah rendah di SR Jalan Bangsar, SM Sri Pantai, Kerinchi, KL dan Sek. Men. Methodist Boys School, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan terakhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Media dan Komunikasi Massa (Kewartawanan). Pernah bertugas sebagai wartawan majalah dan akhbar tabloid. Juga terlibat sebagai penolong penerbit, Unit Ehwal Semasa TV, RTM. Kini bekerja secara bebas sebagai editor.
Mula menulis sejak 1990 dalam menghasilkan artikel, rencana, wawancara, puisi, cerpen dan juga skrip program TV. Pernah menghasilkan buku adaptasi yang bertajuk, Selembut Bicara, Bahtera Nabi Nuh dan 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga bersama PTS Islamika.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet