FAQ

Bagaimana Saya Mahu Jadi Penulis PTS?

Terima kasih kerana berminat menulis bersama PTS.

Sila hantar kertas cadangan anda kepada kami mengikut butiran berikut:

1. Judul buku
2. Sinopsis atau penerangan berkenaan tajuk yang ingin ditulis
3. Anggaran muka surat
4. 1 ataupun 2 bab contoh
5. Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran
6. Kelebihan buku berbanding buku di pasaran
7. Sasaran pembeli

Emel kertas cadangan mengikut unit penerbitan yang sesuai dengan cadangan itu seperti di bawah:

 

 

Saya penulis. Bagaimana jika saya mahu tulis kategori baru?

Pada umumnya, kami mempunyai fokus dan juga konsep sendiri. Tetapi, kami juga berminat untuk mendengar idea baru daripada penulis. Sila hantar emel yang menerangkan konsep buku anda tadi ke , dan kami akan cuba cari editor yang berminat dengan manuskrip anda.



Bagaimana saya mahu mendapatkan khidmat nasihat berkenaan penerbitan dan industri buku?

Kami mengesyorkan supaya layari www.universitipts.com. Pengunjung berpeluang mendapat maklumat berkenaan potensi industri buku, bengkel penulisan, berita semasa, dan menghantar pendapat. 

Berapakah royalti yang diberi PTS?

  1. Penulis dibayar royalti berdasarkan jualan

  2. Kadar royalti adalah seperti berikut:

  • 7% daripada harga runcit buku (5,000 naskhah yang terjual)

  • 10% daripada harga runcit buku (5,001 – 10,000 naskhah yang terjual)

  • 11% daripada harga runcit buku (10,001 naskhah ke atas yang terjual)

Apakah syarat-syarat bagi manuskrip diterbitkan?

Karya tuan akan dinilai terlebih dahulu. Aspek penilaian adalah daripada segi kandungan, jalan cerita, gaya bahasa, dan potensi jualannya.

Apakah cara PTS mencari manuskrip?

Manuskrip dicari melalui dua cara iaitu solicited dan unsolicited. Solicited adalah manuskrip yang dirancang penerbit dan editor akan mencari penulis yang sesuai. Manakala unsolicited pula adalah cadangan baru daripada penulis. Pihak editor akan menilai cadangan itu sesuai dengan misi penerbitan dan pasaran pembaca.

Saya pelajar, mencari latihan industri dalam bidang penerbitan, adakah pihak PTS menawarkannya? 

Ya, kami menawarkan latihan industri bagi pelajar-pelajar yang mahu mengetahui bidang penerbitan dan industri buku. Oleh itu sila hantar surat permohonan kepada Shazarina Mohd Azmy, ataupun melalui pos ke alamat berikut:

Human Resource Department

No.3 Jalan Industri Batu Caves 1/6,

Taman Perindustrian Batu Caves,

68100 Batu Caves Selangor.

Tel: 03-6188 0316 Fax: 03-6189 0316


Saya ingin bekerja dengan PTS?

Sila layari www.pts.com.my dan klik bahagian jawatan kosong dari masa ke semasa. Kami mencari bakat-bakat baru untuk tim editorial, pemasaran, pembangunan laman web, dan rekabentuk (design) dari masa ke semasa.

Di mana saya dapat beli buku-buku terbitan PTS?

Rujuk kepada FAQ Jualan.


Saya beli buku yang rosak. Bagaimana saya mahu menggantikan dengan yang baru?

Pertama sekali, kami memohon maaf kerana naskah yang anda beli itu rosak. Kami sentiasa memastikan yang kualiti percetakan kami adalah tinggi dan sempurna. Walaupun begitu, kami tetap mengalami masalah dalam proses cetakan dari masa ke semasa, dalam kuantiti yang minimal.

Polisi kami adalah menggantikan satu kepada satu (one to one) bagi buku yang rosak daripada segi cetakan.

Anda boleh menukar buku tadi melalui 2 cara:

Pertama, pergi semula ke kedai di mana pembelian asal dibuat. Kemukakan bukti resit dan buku asal. Pekedai buku akan menukarkan buku yang rosak dengan naskhah baru.

Kedua, pulangkan buku yang rosak tadi kepada khidmat pelanggan kami;

Customer Service PTS
No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3.
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Telefon: 03-4142 7416
Faksimili: 03-4142 7415
email:

Sila nyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon anda. Sila juga nyatakan dari mana naskhah anda dibeli, ini akan membantu kami bagi mengesan kesilapan yang berlaku di kedai buku.

Kami akan menggantikan buku yang rosak tadi melalui pos.

Bagaimana saya mahu beli buku secara pesanan pos ataupun online?

Kami mengesyorkan supaya layari www.bookcafe.com.my.

Saya penjual buku. Bolehkah saya dapatkan buku PTS dari Pemborong?

Pesanan turut dapat dilakukan kepada pengedar-pengedar utama PTS di seluruh negara. Sila layari
www.pts.com.my di bawah seksyen Pengedar untuk senarai lengkap pengedar-pengedar PTS, atau:

Pengedar-pengedar Buku Utama

Ar-Risalah Product Sdn Bhd

http://www.hidayah.com.my/home.php

03-4042 0733

Cresent News (KL) Sdn Bhd.

http://www.crescentbook.com

Tel: 03-6184 2448

Mehraj Book Distributors

Tel: 03-9287 8786

CHC Book Distributors

Tel: 03-8023 8533

Fajar Pakeer Sdn Bhd

Tel: 03-6258 1194

MPH Distributors

http://www.mph.com.my/distributors/

Lembah Klang

Tajrid Enterprise

Tel: 03-4041 9167

Melaka

Syarikat Buku Thai Kuang

Tel: 06-284 0033

Johor

Badan Cemerlang Sdn Bhd

http://www.badan-cemerlang.com

Tel: 07-07-236 0449

City Megazone

/

Tel: 07-224 4927

Pustaka Azhar

Tel: 07-221 0244

Kelantan

Syarikat Jaffar Rawas Sdn Bhd

Tel: 09-748 1073

Kedah

Hasani Edar Sdn Bhd

Tel: 04-425 3702

Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Tel: 04-733 2726

Saya pembaca buku. Bagaimana saya boleh mendapat diskaun?

Kebanyakan kedai buku utama ada membuat jualan murah dan promosi dari masa ke semasa. Sila rujuk laman web mereka untuk maklumat terkini.

Anda juga boleh menunggu sehingga kedai buku membuat jualan gudang (warehouse sale) yang biasanya memberikan diskaun baik untuk pelbagai jenis buku.

Selain daripada kedai buku, anda juga boleh pergi ke pesta buku yang berlangsung di peringkat nasional dan negeri sepanjang tahun. Rujuk ke laman http://www.klibf.com untuk maklumat pesta buku.

Saya pembaca buku. Kedai buku berhampiran maklumkan yang mereka sudah kehabisan stok?

Bagi kedai buku besar, biasanya mereka ada menyediakan khidmat pesanan untuk para pelangan. Anda boleh memesan buku dari kaunter.

TIP: anda juga boleh membuat panggilan telefon sebelum pergi ke kedai buku. Kebanyakan kedai buku utama ada menyenaraikan alamat dan nombor telefon outlet mereka dalam laman web masing-masing.

Sebagai alternatif, anda boleh pesan secara pos dari kedai buku online kami di http://www.bookcafe.com.my.

Saya pembaca buku. Di mana saya boleh beli buku terbitan PTS ?

Anda boleh beli buku terbitan kami di semua kedai-kedai buku utama seluruh negara. Sila layari laman web kami, http://www.pts.com.my dan semak di bawah seksyen Pengedar.

Kebanyakan kedai buku utama ada menyenaraikan alamat dan nombor telefon outlet mereka dalam laman web masing-masing.

Jika ada sebarang masalah mendapatkan buku PTS, anda boleh menghantar email ke alamat , nyatakan kawasan tempat tinggal anda, dan kami boleh memberikan alamat kedai buku yang berhampiran.

Siapa PTS?

PTS hari ini adalah gabungan beberapa syarikat penerbitan dan pengedaran, atau dikenali juga sebagai Kumpulan PTS.

Aktiviti penerbitan PTS dijalankan oleh:

  • PTS Millennia Sdn Bhd menerbitkan buku-buku popular.

  • PTS Professional Publishing Sdn Bhd menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan pendidikan.

  • PTS One Sdn Bhd, menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja.

  • PTS Litera Utama Sdn Bhd, menerbitkan karya-karya terjemahan antarabangsa.

  • PTS Islamika (Imprint) menerbitkan buku-buku agama dan falsafah.

  • PTS Fortuna (Imprint) menerbitkan buku-buku fiksyen tempatan.

Aktiviti jualan dan edaran buku-buku kumpulan PTS dijalankan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Saya penjual buku. Saya berminat untuk mengedar buku PTS. Apakah syarat-syaratnya?

Anda mesti mempunyai lesen perniagaan dan sudah menjual buku sebelum dapat menjadi pengedar kami.

Pesanan dapat dilakukan melalui fax ke nombor 03-6189 0316 atau emel ke . Kami akan maklumkan terma dan syarat di dalam jawapan emel nanti.

Penghantaran pesanan hanya akan dilakukan apabila pembayaran proforma invois sudah dilakukan. Sila fax/emel resit pembayaran atau slip bank-in kepada kami sebagai rujukan.

Saya pembaca buku. Kedai buku berhampiran maklumkan yang mereka sudah kehabisan stok?

Bagi kedai buku besar, biasanya mereka ada menyediakan khidmat pesanan untuk para pelangan. Anda boleh memesan buku dari kaunter.

TIP: anda juga boleh membuat panggilan telefon sebelum pergi ke kedai buku. Kebanyakan kedai buku utama ada menyenaraikan alamat dan nombor telefon outlet mereka dalam laman web masing-masing.

Sebagai alternatif, anda boleh pesan secara pos dari kedai buku online kami di http://www.bookcafe.com.my.

Saya pembaca buku. Bagaimana saya boleh mendapat diskaun?

Kebanyakan kedai buku utama ada membuat jualan murah dan promosi dari masa ke semasa. Sila rujuk laman web mereka untuk maklumat terkini.

Anda juga boleh menunggu sehingga kedai buku membuat jualan gudang (warehouse sale) yang biasanya memberikan diskaun baik untuk pelbagai jenis buku.

Selain daripada kedai buku, anda juga boleh pergi ke pesta buku yang berlangsung di peringkat nasional dan negeri sepanjang tahun. Rujuk ke laman http://www.klibf.com untuk maklumat pesta buku.

Saya pembaca buku. Di mana saya boleh beli buku terbitan PTS ?

Anda boleh beli buku terbitan kami di semua kedai-kedai buku utama seluruh negara. Sila layari laman web kami, http://www.pts.com.my dan semak di bawah seksyen Pengedar.

Kebanyakan kedai buku utama ada menyenaraikan alamat dan nombor telefon outlet mereka dalam laman web masing-masing.

Jika ada sebarang masalah mendapatkan buku PTS, anda boleh menghantar email ke alamat , nyatakan kawasan tempat tinggal anda, dan kami boleh memberikan alamat kedai buku yang berhampiran.

Senarai Kategori FAQ
Carian Buku-Buku PTS

Baru Terbit Akan Terbit Buku Terlaris