PTS hari ini adalah terdiri dari gabungan beberapa anak syarikat, yang dipunyai oleh syarikat induk PTS Consultants Sdn Bhd.
Aktiviti syarikat bawah kumpulan PTS ini dibahagikan kepada penerbitan dan juga edaran.
Aktiviti penerbitan PTS dijalankan oleh:
- PTS Millennia Sdn Bhd menerbitkan buku-buku popular.
- PTS Professional Publishing Sdn Bhd menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan Pendidikan.
- PTS One Sdn Bhd, menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja.
- PTS Litera Utama Sdn Bhd, menerbitkan karya-karya terjemahan antarabangsa.
- PTS Islamika (Imprint) menerbitkan buku-buku Islam.
- PTS Fortuna (Imprint) menerbitkan buku-buku fiksyen dewasa.
Aktiviti jualan dan edaran buku-buku kumpulan PTS dijalankan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Selain mengedar produk terbitan PTS, kami juga mengedarkan buku-buku dari penerbit lain yang strategik seperti:
- Walasri.com untuk buku-buku bisnes MLM.
- Wirabukit untuk buku-buku sastera.
- Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad untuk buku-buku Pendidikan.
- Kumpulan Mizan (Indonesia) untuk buku agama dan umum.
Rangkaian edaran PTS kini meliputi kedai-kedai buku utama seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.