PTS Sekarang

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd ditubuhkan dalam tahun 2000 oleh Pn Ainon Mohd dan Prof Abdullah Hassan sebagai penasihat.

Pada hari ini, kumpulan PTS menerbitkan sebanyak 300 tajuk setiap tahun dalam kategori buku kanak-kanak, remaja, novel dewasa, bisnes & pengurusan, pendidikan, agama, popular, pembangunan diri, motivasi dan komik. Buku-buku ini terdiri dari tulisan pengarang tempatan dan juga terjemahan dari pengarang antarabangsa.

Rangkaian edaran PTS merangkumi kedai-kedai buku korporat, dan juga kedai buku tempatan yang berjumlah lebih dari 300 buah diseluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Aktiviti penerbitan PTS dijalankan oleh:

  • PTS Millennia Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku popular.
  • PTS Professional Publishing Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan pendidikan.
  • PTS One Sdn Bhd yang menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja.
  • PTS Litera Utama Sdn Bhd yang menerbitkan novel dewasa
  • PTS Islamika Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku Islam.
  • PTS Fortuna (Imprint) yang menerbitkan novel untuk pembaca lelaki.

Aktiviti jualan, edaran dan pemasaran buku-buku kumpulan PTS dijalankan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Baru Terbit Akan Terbit
Carian Perkataan Dalam Buku PTS