Karier@PTS
Staf Kontrak di Jabatan Pemasaran PTS
Jabatan Pemasaran PTS memerlukan 2 orang staf kontrak segera:
Bidang Tugas:
- membuat ulasan buku-buku PTS
- menyediakan profail penulis PTS
- menyediakan profail kedai buku dan pengedar buku PTS
- menyediakan profail staf PTS
- mengumpulkan artikel daripada penulis PTS
- memasukkan data pelanggan PTS ke pengkalan data PTS
Syarat Kelayakan:
- memiliki diploma atau ijazah daripada IPTA/IPTS
- kepujian dalam kertas karangan bahasa Melayu SPM
- memiliki skil interpersonal yang baik
- mahir menggunakan komputer dan internet
- boleh mengarang artikel dengan baik
Tempoh Kontrak:
- 3 bulan (bermula Nov. 2009 hingga Jan. 2010)
Hubungi:
- En. Nazrul Samsudin, Pen. Pengurus, Jab. Pemasaran PTS (.(JavaScript must be enabled to view this email address))
- sertakan resume, borang permohonan dan foto terkini
Mencari Editor Fiksyen
A. Kriteria
- Memahami apa itu fiksyen.
- Hidup, makan, mandi, tidur dan ghairah dengan fiksyen.
- Punyai daya imaginasi dan fantasi yang dinamik.
- Faham keperluan fiksyen dan perkembangan genre yang terkini.
- Boleh mengenalpasti kekuatan atau kelemahan sesuatu manuskrip.
- Cermat, teliti dan tegas dalam suntingan.
B. Kualiti
- Berdikari
- Berorentasikan keputusan
- Penguasaan dalam Bahasa Melayu Tinggi
- Boleh berorganisasi dalam kumpulan yang sering mencabar kesabaran
- Patuh dengan masa
C. Syarat Wajib Permohonan
- Sanggup bekerja di Batu Caves, sepenuh masa
- Kelulusan akademik yang cemerlang
- Terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum semasa di sekolah, kolej dan universiti
Editor PTS Millennia Sdn. Bhd.
Tugasan
-
Menguruskan buku bermula daripada suntingan, susun atur (layout) sehingga masuk stor.
-
Menguruskan editor dan penterjemah freelance.
-
Menghubungi pencetak bagi meminta sebut harga dan menanyakan status buku di pencetak.
-
Membuat pruf.
-
Menghubungi penulis mengenai hal-hal berkaitan dengan buku yang dikendalikan sekiranya terdapat masalah.
-
Menghadiri bengkel BMT yang dikendalikan oleh Pengerusi PTS sendiri.
-
Menghadiri program yang melibatkan penulis-penulis PTS Millennia.
Kelayakan
-
Memiliki minimum kelayakan Diploma dalam bidang yang berkaitan dan berpengetahuan terkini dalam bidang penerbitan.
-
Mahir menggunakan komputer dan pengetahuan dalam Indesign dan Microsoft Word.
-
Keutamaan diberi kepada calon wanita.
Tarikh tutup permohonan pada 15 Januari 2009