Perang-Perang Yang Benar

Harga: RM 55.00 / RM 58.00
ISBN-13: 978-967-408-020-4
Beli di pengedar terpilih atau Beli Online

Sinopsis

Novel ini menghimpunkan empat kisah perang yang besar dalam Islam. Membaca novel ini membawa kita ke medan jihad, seolah-olah kita menyaksikan sendiri peperangan ini di depan mata kita.

Catatan perang yang lengkap ini membawa kita mengenang kembali pengorbanan Rasulullah dan para sahabat. Suburkan semangat jihad dengan novel sejarah Islam ini.

Penulis

Abdul Latip Talib adalah penulis novel sejarah nombor satu di Malaysia. Olahan dan penulisan beliau berjaya mengubah gaya penceritaan sejarah yang membosankan menjadi cerita yang menyeronokkan. Beliau sudah menulis lebih 20 novel sejarah Islam dan karyanya dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Biografi Muhammad bin Abdullah

Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-366-067-4
Beli di pengedar terpilih atau Beli Online

Sinopsis

Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk kita mengenali Nabi Muhammad. Gaya bahasanya mudah dan indah.

Perjalanan hidup Rasulullah diceritakan dengan baik dan gaya penceritaannya menggugah emosi pembaca. Cinta dan rindu kita kepada Muhammad semakin menebal.

Penulis

Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusuf dan Noor Naemah Abd. Rahman bekerjasama menulis rakaman sirah Rasulullah yang mudah dan indah. Mereka membumikan kesarjanaan dan kepakaran mereka dalam bentuk buku sirah yang mesra pembaca tanpa mengurangkan nilai ilmiahnya. Biografi Muhammad Bin Abdullah sungguh indah dan menggugah emosi pembaca.

Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf

Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-369-131-9
Beli di pengedar terpilih atau Beli Online

Sinopsis

Buku ini membongkar rahsia bisnes dan kekayaan Abdul Rahman Bin Auf. Beliau adalah jutawan terkaya di Madinah pada zaman Nabi. Kekayaannya mencecah RM107 juta dan beliau berjaya memecahkan monopoli Yahudi.

Dengan buku ini, kita dapat belajar cara berbisnes daripada saudagar tuhan dan jutawan Madinah. Mencontohi gaya bisnes Abdul Rahman memberikan kita keuntungan di dunia dan di akhirat.

Penulis

Aizuddinur Zakaria adalah penulis buku bisnes bestseller Jejak Bisnes Rasul. Strategi bisnes Nabi dan bisnes para sahabat dihuraikan dalam kerangka bisnes moden. Pengalaman dan kelulusan dalam bidang kewangan Islam dan bisnes menjadi kelebihan kepada beliau untuk menulis buku bisnes Islami.

Pengedar Terpilih

Johor Darul Takzim

Kedah Darul Aman

Kelantan Darul Naim

Melaka

Pahang Darul Makmur

Perak Darul Ridzuan

Pulau Pinang

Sabah

Sarawak

Selangor Darul Ehsan

Terengganu Darul Iman

Wilayah Persekutuan