Sukacita dimaklumkan Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) Dewan Bahasa & Pustaka akan mengadakan majlis Diskusi Novel dan Kumpulan Puisi Mantan Minggu Penulis Remaja 2008. Butir-butir majlis adalah seperti berikut:
Tarikh: 2 Ogos 2008
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Buku yang akan dibicarakan:
Manikam Kalbu (Faisal Tehrani), akan dibicarakan oleh Encik Saleeh Rahamad
Puisi untuk Esdyzuar (Nisah Hj. Haron), akan dibicarakan oleh Prof. Madya Dr. Faridah Jalil, UKM
Salju Sakinah (Zaid Akhtar), akan dibicarakan oleh Dr. Rahmah Ahmad H. Osman, UIAM
Peminat novel tanah air dijemput hadir memeriahkan majlis. Tiada bayaran masuk dikenakan.
"Kerajaan akan mengeluarkan permit perniagaan kecil untuk golongan berpendapatan rendah sebagai satu lagi langkah proaktif meringkan beban mereka akibat kenaikan harga minyak dan barangan - PM" - Berita Harian (23 Jun 2008).
Sukacita dimaklumkan, PTS Professional bakal menerbitkan siri baru buku bisnes iaitu Siri Buat Duit ... Buku-buku di dalam siri ini diterbitkan sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin membantu rakyat Malaysia menambah pendapatan dengan menjalankan bisnes sampingan.
Jenis bisnes yang bakal diketengahkan di dalam buku siri ini ialah, bisnes yang Mudah, Murah dan Cepat
1. Mudah:
- Bisnes mudah dimulakan2. Murah
3. Cepat
Kami mensasarkan buku ini kepada dua golongan utama iaitu:
1. Pekerja yang hendak buat pendapatan sampingan
Tuan-tuan dan puan-puan dipelawa mencadangkan jenis bisnes sebagaimana kriteria di atas dan seterusnya menjadi penulis buku di dalam siri ini. Bagi yang berminat untuk menjadi penulis berdasarkan pengalaman sendiri ataupun melalui penyelidikan, hantar proposal tuan/puan kepada:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
9-1, Jalan Wangsa Setia 3, 53300, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, tuan/puan dijemput untuk menghadiri Bengkel Menulis Buku-buku Panduan Memulakan Pelbagai Jenis Bisnes Murah dan Mudah yang akan diadakan pada:
Tempat: Sekolah Al-Ikhlas, Taman Permata, Kuala Lumpur.
Waktu: 2 petang - 4.30 petang.
Bengkel ini adalah percuma dan tempat adalah terhad. Sila daftar melaui emel atau SMS dengan menyertakan nama, emel dan nombor HP tuan/puan kepada En. Aizat Abdul Razak seperti yang diatas.
Tarikh: 15 Disember 2007 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Kelas Masjid UIAM
Terbuka kepada semua bakal penulis muda yang berminat dalam menghasilkan karya bagi tahun 2008. Untuk mendaftar sila hubungi Nurul Hafizah M. Mokhtar 016-6611 764. Tempat adalah terhad.
Penulis PTS Fortuna, Abdul Latip, memenangi Hadiah Sastera Negeri Sembilan-Kategori Tokoh untuk kategori kanak-kanak/remaja. Beliau memenangi RM2,000 beserta sijil pada Majlis Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007.
Penulis PTS Fortuna, Abdul latib Talib terpilih memenuhi ruangan karyawan untuk Dewan Sastera bulan Disember terbitan Dewan Bahasa & Pustaka. Setakat ini, beliau sudah menghasilkan enam buah buku yang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Empat daripadanya adalah Siri Sejarah Islam iaitu Salahudin-Penakluk Jerusalem, Khalid-Memburu Syahid, Tariq-Menang ataupun Syahid & Ikramah-Penentang Jadi Pembela, serta dua buah buku sejarah bertajuk Setelah Roboh Kota Melaka & Si Bongkok Tanjung Puteri.
Penulis Travelog Haji, Professor Muhd Kamil Ibrahim akan keudara membicarakan buku beliau.... buku haji terlaris musim ini. IKIM.fm (91.5) jam 9.00-10mlm.
Jangan lupa tontoni Dr. Danial Zainal Abidin di Selamat Pagi Malaysia TV1, Sabtu, 23 Jun 2007.
Masa : 08:00 Pagi hingga 10:00 Pagi