A. Fuadi

Laman Web
www.negeri5menara.com
Tempat Lahir
Bayur
  1. Rindu Purnama

    RM 18 / RM 20 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-408-022-8
    Tarikh Terbit: 27 Feb 2012
  2. Ranah 3 Warna

    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5783-58-6
    Tarikh Terbit: 15 Apr 2011
  3. Negeri 5 Menara

    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3892-94-5
    Tarikh Terbit: 11 Aug 2010

A.Fuadi lahir di Bayur, kampung kecil di pinggir Danau Maninjau pada tahun 1972, tidak jauh dari kampung Buya Hamka. Fuadi merantau ke Jawa, memenuhi permintaan ibunya supaya masuk ke sekolah agama. Di Pondok Modern Gontor dia bertemu dengan kiai dan ustaz yang diberkahi keikhlasan mengajarkan ilmu kehidupan dan ilmu akhirat. Gontor pula yang membukakan hatinya kepada rumus sederhana tetapi kuat, ‘Man Jadda Wajada’, siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya.

Lulus kuliah Hubungan Internasional, UNPAD, dia menjadi wartawan di akhbar TEMPO. Pada tahun 1998, A. Fuadi mendapat biasiswa Fulbright bagi melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di School of Media and Public Affairs, George Washington University. Tahun 2004, jendela dunia lain terbuka lagi dan dia mendapat pula biasiswa Chevening bagi melanjutkan pelajarannya di Royal Holloway, University of London dalam bidang dokumentari filem. 

A.Fuadi bersama isterinya Yayi tinggal di Bintaro, Jakarta.