Amira Hariyati Ruzaidi

Gelaran
Cik
Laman Web
mirakimura.blogspot.com/
Tempat Lahir
Kuantan, Pahang
Tahun Lahir
1984
Pengalaman

2008: Montoque Sdn. Bhd.
2009 - sekarang: Politeknik Port Dickson

  1. Akrab dengan Tuhan

    RM 14.90 / RM 17.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-90-9
    ISBN-10: 983-3603-90-4
    Tarikh Terbit: 15 Feb 2007

Amira Hariyati binti Ruzaidi dilahirkan pada 28 September 1984 di Kuantan, Pahang. Beliau adalah pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), pengkhususan dalam Sains Komputer.

Bermula di Sekolah Kebangsaan Cenderawasih pada tahun 1991, beliau menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Bandar Indera Mahkota pada tahun 1997. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan PMR. Beliau dianugerahkan sebagai pelajar terbaik PMR pada tahun 1999.

Selepas itu, beliau menamatkan zaman persekolahannya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan (2000-2001) dengan keputusan yang baik dalam SPM. Beliau kemudian ditawarkan ke Pusat Matrikulasi UIAM sebelum ke Kampus Induk di Gombak pada tahun 2003.

Sepanjang pengajian di UIAM, beliau banyak melibatkan diri dalam program-program universiti. Antaranya termasuklah Taaruf Week, CONVEST, Kids of the World, dan Open Source Day. Beliau juga menjadi ahli dalam Biro Penerbitan dan Multimedia Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2004/2005.

Kini, beliau bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di salah sebuah jabatan kerajaan.

Buku ini adalah buku sulung tulisan beliau. Beliau bercadang meneruskan perjuangan mengajak pada kebenaran dalam bidang penulisan, media cetak dan media elektronik (internet).