Dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor, pada 8 Oktober
1953. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dari
Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun
1976. Berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka dari
tahun 1977 hingga 2005. Bersara pilihan dari DBP mulai
4 Januari 2005 sewaktu menjadi Pengarah DBP, Cawangan
Sabah. Terlibat aktif dalam PENA (1978 - 1982) dan
GAPENA (1980 hingga sekarang). Hasil karya dalam genre
puisi, cerpen, esei kritik, dan buku kanak-kanak. Buku
yang dihasilkan ialah Kumpulan Cerpen Pantai (1979),
Kesusasteraan Islam: Konsep, Prinsip dan
Pengembangannya (2003), Pertumbuhan dan
Perkembangan Sastera Melayu di Sarawak (2004), dan
banyak buku yang telah diselenggarakannya. Beliau
pernah mendapat Hadiah Penulis Esei Terbaik Dewan
Sastera 1978. Kini terlibat dalam pelbagai kegiatan
sastera sebagai panel hakim, editor dan membentangkan
kertas kerja dalam seminar-seminar dalam dan di
luar negara.