Mohd Fadzil Akhir

Tempat Lahir
Kuala Lumpur
Tahun Lahir
1981
  1. Ketika Alam Bertasbih

    RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-0142-65-4
    Tarikh Terbit: 15 Jul 2011

Mohd Fadzil bin Mohd Akhir, anak jati Kuala Lumpur ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Melawati dan Sekolah Teknik Kelang. Beliau menyambung pelajaran di peringkat diploma kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur dan kemudian menyambung pelajaran di peringkat ijazah di Herriot-Watt University, United Kingdom. Pada tahun 2009, beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang Oseanografi Fizik di University of Western Australia. Kini, penulis muda ini menetap di Kuala Terengganu dan berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Antara subjek yang dikendalikan beliau ialah Oseanografi Fizik, Meteorologi dan Sains Alam Sekitar. Gabungan kepakaran di dalam bidang lautan berserta minat di dalam bidang sains persekitaran telah memberi motivasi kepada beliau bagi menghasilkan buku bergenre sains popular bagi memberi kefahaman kepada umum berkenaan isu dan masalah alam sekitar yang kita hadapi sekarang ini.