Penulis

Faizal_Dzasrik_-_FD

Faizal Dzasrik

Faizal Dzasrik dilahirkan pada 11.14 malam, 3 Oktober 1982 di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Pendidikan

1989 – 1993 : SK Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur

1993 – 1994 : SK Panglima Adnan, Port Dickson, Negeri Sembilan

1995 – 1995 : SMK Si Rusa (kini dikenali sebagai SMK Bukit Saujana), Port Dickson, Negeri Sembilan

1996 – 1998 : SMK Abdul Jalil, Hulu Langat, Selangor

1998 – 1998 : SMK Dato’ Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah, Perak

1999 – 1999 : SMK Anderson, Ipoh, Perak

2000 – 2001 : Matrikulasi Perakaunan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas, Pulau Pinang

2001 – 2006 : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor

2006 – 2007 : English Language of Proficiency Certificate, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor (Pelajar Terbaik)

Sejak di bangku sekolah, Faizal Dzasrik berkecenderungan dalam bidang seni persembahan dan keusahawanan. Sekitar 1991-1993, Faizal Dzasrik dipilih menyertai band muzik, Gema Pertama 1 RAMD (Rejimen Askar Melayu Di Raja) sebagai penyanyi muda seawal usia 9 tahun. Berkat keyakinan itu, Faizal Dzasrik terus mengorak langkah dalam pelbagai lapangan seni persembahan termasuk nyanyian, lakonan, muzik, tarian dan pengucapan awam di sekitar Kuala Lumpur – Port Dickson – Hulu Langat – Kampung Gajah – Ipoh – Kepala Batas – Shah Alam.

Pencapaian terbaik adalah pada tahun 1998, Faizal Dzasrik telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Pro-Muda Sdn. Bhd. (sebuah syarikat perintis program usahawan muda) di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Faizal Dzasrik adalah salah seorang daripada 10 Pengarah Urusan (Ketua Kelab) dipilih mewakili projek perintis keusahawanan peringkat sekolah menengah di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

Faizal Dzasrik pernah berkhidmat sebagai Account & Finance Executive di Amanah Saham MARA Berhad (kini dikenali sebagai Pelaburan MARA Berhad), Kuala Lumpur. Terkini, Faizal Dzasrik meneruskan perjuangan sebagai penulis kreatif sepenuh masa dan melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik klasikal dan kontemporari di Yamaha Music School, Bandar Baru Klang, Selangor. Selain aktif sebagai blogger, Faizal Dzasrik telah menubuhkan sebuah agensi pengurusan professional dan penerbitan hiburan, Faizal Dzasrik Entertainment Enterprise (FDent) dan sebuah unit produksi seni kreatif, Faizal Dzasrik Studio yang beroperasi di SOHO Shah Alam, Selangor.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024