Tahniah kepada 3 Pemenang Hadiah Utama
Nazrul Samsudin | 19 January 2010 - 4:26 pm | Komen :0

Dengan rasminya PTS umumkan 3 pemenang hadiah utama peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009.


Pemenang-pemenang hadiah utama ini dipilih dikalangan 18 pemenang hadiah mingguan.

Pemilihan pemenang hadiah utama ini berdasarkan slogan paling kreatif dan menarik.

Tahniah PTS ucapkan kepada semua pemenang. Para pemenang hadiah utama akan dihubungi oleh PTS.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diatur dalam masa terdekat.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Pemenang Tempat Pertama Hadiah Utama
Nama: Farah Irdina bt. Mohd. Fuadi
No. K/P:960522-05-5198
Dari: Port Dickson, N.Sembilan
Kedai Buku: MPH Alamanda
Hadiah: TV Plasma LG 42" + Set Perpustakaan Mini Bernilai RM10,000
Slogan:
Minda Diperkaya, Bahasa Diperkasa, PTS Membina Tamadun Ilmu Bangsa.


Pemenang Tempat Kedua Hadiah Utama
Nama: Shahrul Nazrin b. Wahid
No. K/P: 901116-01-6089
Dari: Segamat, Johor
Kedai Buku: Bookcafe PTS
Hadiah: Kamera Video Canon + Set Perpustakaan Mini Bernilai RM8,000
Slogan:
Harga Terhebat, Kualiti Memikat,
Bahasa Mudah, Tidak Tersirat,
Kategori Pembaca Berperingkat,
Penulis Tersohor dan Berpangkat,
Mudah Didapati di Setiap Tempat.


Pemenang Tempat Ketiga Hadiah Utama
Nama: Izuana bt. Mahmad Sani
No. K/P: 730126-10-5778
Dari: Kapar, Selangor
Kedai Buku: Popular Bukit Raja
Hadiah: Laptop Acer Aspire Timeline + Set Perpustakaan Mini Bernilai RM5,000
Slogan:
Membongkar Ilmu Segenap Dimensi,
Sentuhan Kreatif Diwarnai Ilustrasi,
Pilihan Bervariasi Melengkapi Koleksi,
Memperkasa Minda Setiap Generasi.

Adik Wan Noorhani binti Wan Saris: Pemenang Tempat Ketiga bagi Minggu Keenam
Nazrul Samsudin | 15 January 2010 - 4:02 pm | Komen :0

Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada adik Wan Noorhani (kanan).


Tahniah PTS ucapkan kepada adik Wan Noorhani binti Wan Saris dari Bandar Tasik Puteri, Rawang yang berjaya menjadi pemenang tempat ketiga, minggu terakhir peraduan.

Anak keempat daripada enam orang adik beradik ini belajar di tahun 5, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Beliau seorang yang aktif dalam kelab rakan pembaca di sekolah.

Beliau mengetahui peraduan ini daripada kedai buku Pustaka Rawang dan menghantar sebanyak lapan keping borang peraduan kepada kami.

Pada petang Rabu, 13 Januari jam 3.45, adik Wan Noorhani datang ke ibu pejabat PTS ditemani ibu dan ayahnya. 

"Sepatutnya, adik Hani ada latihan merentas desa petang ini, tetapi kerana mahu ambil hadiah,
kami terus bawa dia ke sini selepas tamat waktu sekolah," kata ibunya.

Penyampaian hadiah disaksikan kedua ibu bapanya. Hadiah berupa Nintendo DS dan buku-buku PTS bernilai RM100 menjadi milik adik Wan Noorhani. Hadiah disampaikan oleh Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS.

En. Mohd Izzat bin Md Saaid: Pemenang Tempat Kedua bagi Minggu Keenam
Nazrul Samsudin | 12 January 2010 - 10:48 pm | Komen :0

Tuan Roslan, Eksekutif Perhubungan Media PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada En. Mohd Izzat (kanan).

 

Pelajar tahun dua, jurusan akaun di Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLiUC) iaitu Encik Mohd Izzat bin Md Saaid berjaya menjadi pemenang tempat kedua, minggu terakhir peraduan.

Nada suara Encik Mohd Izzat begitu riang di dalam telefon. Sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada pihak jabatan pemasaran. Tanpa berlengah beliau bergegas ke ibu pejabat PTS untuk mengambil hadiah.

Selepas penyampaian hadiah, beliau menuju ke kolej bagi menghadiri kuliah pada tengah hari tadi.

Hadiah disampaikan oleh Tuan Roslan Isa, Eksekutif Perhubungan Media PTS. Hadiah berupa telefon mudah alih model SonyEricsson W205 dan buku-buku PTS bernilai RM100 menjadi milik beliau.

Tahniah PTS ucapkan kepada beliau.

En. Muhammad Waseem bin Abdullah: Pemenang Tempat Ketiga bagi Minggu Kelima
Nazrul Samsudin | 12 January 2010 - 10:34 pm | Komen :0

 

Tuan Wahyudi Mohd Yatim , Eksekutif Jabatan Pemasaran PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada En. Muhammad Wassem (kanan).

Tahniah PTS ucapkan kepada Encik Muhammad Wassem bin Abdullah dari Besut, Terengganu yang berjaya menjadi pemenang tempat ketiga, minggu kelima peraduan.

Beliau merupakan pelajar aliran sains fizik yang cukup minat membaca novel dan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan pertengahan semester minggu lepas di Kolej Mara Kulim, Kedah. Sebaik selesai kertas akhir peperiksaan beliau terus datang ke Kuala Lumpur. Kelmarin, 11 Januari 2009 (isnin), beliau datang ke ibu pejabat PTS bagi menerima hadiah yang beliau menangi.

Hadiah berupa iPod Nano 8GB dan buku-buku PTS bernilai RM100 disampaikan oleh Tuan Wahyudi Mohd Yatim, Eksekutif di Jabatan Pemasaran PTS.

Tahniah kepada Pemenang-pemenang Minggu Keenam
Nazrul Samsudin | 09 January 2010 - 9:52 pm | Komen :0

Selepas jawatankuasa peraduan menyaring borang-borang yang diterima dari 1 hingga 7 Januari 2010, secara rasminya kami mengumumkan 3 pemenang bertuah bagi minggu keenam seperti di bawah:

Pemenang Pertama
Nama: Farah Irdina bt. Mohd Fuadi
Dari: Port Dickson, Negeri Sembilan
Kedai: MPH, Alamanda, Putrajaya
Hadiah: Kamera Digital Panasonic LUMIX + buku PTS bernilai RM100.00

Pemenang Kedua
Nama: Mohd Izzat bin Md Saaid
Dari: Subang Jaya, Selangor
Kedai: Bookcafe PTS
Hadiah: Sony Ericsson W205 + buku PTS bernilai RM100.00

Pemenang Ketiga
Nama: Wan Noorhani binti Wan Saris
Dari: Bandar Tasik Puteri, Rawang
Kedai: Pustaka Rawang
Hadiah: Nintendo DS + buku PTS bernilai RM100.00

Tahniah PTS ucapkan kepada para pemenang!

Adik Nurhanani Azwin bt Azahar: Pemenang Tempat Ketiga bagi Minggu Keempat
Nazrul Samsudin | 06 January 2010 - 4:05 pm | Komen :0


Adik Nurhanani bergambar bersama hadiah yang beliau menangi.


"Buku PTS memang Best!" Itulah kata-kata Adik Nurhanani di dalam e-mel yang dihantar kepada PTS. Beliau adalah peminat tegar novel remaja PTS. Setakat ini beliau sudah memiliki 28 buah buah novel remaja PTS dan beberapa buku motivasi terbitan PTS.

Anak tunggal dalam keluarga ini berumur 11 tahun dan belajar di tahun 5 di SMK Seri Pekan. Sekolah ini adalah Sekolah Bestari dan Model Khas yang menempatkan pelajar tahun 4 hingga ke tingkatan 5. 

Adik Nurhanani adalah seorang pelajar yang aktif di sekolah. Beliau pernah menyertai pertandingan bercerita Bahasa Melayu 3 tahun berturut-turut ke peringkat daerah Pekan dan pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris tahap 1 ke peringkat Daedar Pekan. 

Beliau juga pernah menjadi kondoktur bagi program Kalam Jama'i (Bahasa Arab) dan menjadi penyanyi solo bagi Pertandingan Nasyid. 

Beliau yang hanya menghantar satu borang penyertaan bagi menyertai peraduan ini tidak menyangka menang tempat ketiga bagi minggu keempat. 

Tahniah PTS ucapkan kepada adik Nurhanani! Hadiah dikurier terus kepada beliau yang tinggal di Pekan,  Pahang. Gambar di atas dikirim oleh adik Nurhanani kepada PTS melalui e-mel.

Noor Adzfar Aiman bin Ramle: Pemenang Tempat Kedua bagi Minggu Kelima
Nazrul Samsudin | 06 January 2010 - 3:05 pm | Komen :0

En. Nazrul Samsudin (kiri), Timbalan Pengurus Jabatan Pemasaran PTS menyampaikan hadiah kepada En. Noor Adzfar (kanan).

Tahniah PTS ucapkan kepada Encik Noor Adzfar Aiman bin Ramle dari Kampung Selamat, Sungai Buloh, yang berjaya menjadi pemenang tempat kedua, minggu kelima peraduan.

Beliau bertugas sebagai juruteknik di salah sebuah syarikat perisian komputer di Bukit Jelutong, Selangor. 

Peraduan ini mendapat perhatian dalam forum laman web www.emenang.com. 

En. Noor Adzfar Aiman mengambil peluang menyertai peraduan ini selepas mengetahuinya melalui website itu.

Hadiah disampaikan oleh Tuan Nazrul Samsudin, Timbalan Pengurus Pemasaran merangkap Pengarah Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang. 

Hadiah berupa PS2 dan buku-buku PTS bernilai RM100 menjadi milik beliau. Penyampaian hadiah turut disaksikan oleh abang ipar beliau.

Saffa Balqis Shahrizal: Pemenang Tempat Pertama bagi Minggu Kelima
Nazrul Samsudin | 06 January 2010 - 2:43 pm | Komen :0

Adik Saffa (berbaju merah jambu) bergambar bersama keluarga beliau selepas majlis penyampaian hadiah mingguan. Hadiah disampaikan oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (paling kanan), Penasihat Akademik PTS.  

Pelajar tahun dua, Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, Negeri Sembilan iaitu adik Saffa Balqis binti Shahrizal berjaya menjadi pemenang tempat pertama, minggu kelima. Tahniah PTS ucapkan.

Sebaik sahaja tamat waktu sekolah tengah hari tadi (Isnin - 5 Januari 2010), beliau bergegas dari Seremban terus ke ibu pejabat PTS di Batu Caves.

Adik Saffa Balqis datang ke PTS ditemani oleh ibu, ayah, kakak dan adiknya. Menurut ibunya, adik Saffa seorang yang sangat kuat membaca buku.

Novel-novel remaja yang baru sahaja dibeli akan terus dibaca oleh beliau, termasuklah novel-novel milik kakaknya.

Hadiah berupa Nokia 5880 ExpressMusic dan buku-buku PTS bernilai RM100 menjadi milik adik Saffa Balqis.

Hadiah disampaikan oleh Prof. Abdullah Hassan, Penasihat Akademik PTS. Ibu, ayah, kakak dan adik beliau turut menyaksikan penyampaian hadiah ini.

 

Tahniah kepada Pemenang-pemenang Minggu Kelima
Nazrul Samsudin | 01 January 2010 - 4:29 pm | Komen :0

Selepas jawatankuasa peraduan menyaring borang-borang yang diterima dari 25 hingga 31 Disember 2009, secara rasminya kami mengumumkan 3 pemenang bertuah bagi minggu kelima seperti di bawah:

Pemenang Pertama
Nama: Saffa Balqis Shahrizal (020920-05-0448)
Dari: Seremban, Negeri Sembilan
Kedai buku: Popular, Sunway Pyramid
Hadiah: Nokia 5880 ExpressMusic + buku PTS bernilai RM100.00

Pemenang Kedua
Nama: Noor Adzfar Aiman bin Ramle (880722-56-5109)
Dari: Sungai Buloh, Selangor
Kedai buku: MPH, One Utama, Petaling Jaya
Hadiah: PS2 + buku PTS bernilai RM100.00

Pemenang Ketiga
Nama: Muhammad Waseem bin Abdullah
Dari: Besut, Terengganu
Kedai buku: Galeri Hidayah, Jerteh
Hadiah: iPod Nano 8GB + buku PTS bernilai RM100.00

PTS ucapkan tahniah kepada semua pemenang. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

 

Adik Intan Liana bt. Yusuf: Pemenang Tempat Pertama bagi Minggu Keempat
Nazrul Samsudin | 31 December 2009 - 3:43 pm | Komen :0

Adik Intan bergambar bersama hadiah yang beliau menangi iaitu Nintendo Vii dan buku-buku PTS.


Pemenang tempat pertama bagi minggu keempat peraduan yang PTS anjurkan ini bukan calang-calang orangnya.

Meskipun adik Intan adalah anak tunggal dalam keluarga, tetapi beliau seorang yang aktif.

Semasa di sekolah rendah, beliau adalah murid yang aktif bersukan dan kerap mewakili sekolah di peringkat zon dan daerah.

Adik Intan turut berminat dalam bidang seni dan pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tarian zapin peringkat daerah. 

Beliau juga minat membaca dan pernah mendapat anugerah Perak dalam program NILAM di sekolah tahun 2006.

Semasa di sekolah menengah adik Intan turut aktif dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum. Beliau dilantik menjadi pengawas sejak dari sekolah rendah lagi.

Beliau kini bersekolah di SMK Tasek Utara, Johor Bahru. Sekolah ini berstatus premier yang menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa di Johor Bahru.

Tahniah buat adik Intan yang berjaya memenangi hadiah berupa Nintendo Vii dan buku PTS bernilai RM100. Hadiah dikurier terus kepada beliau di Johor Bahru.

Encik Zukarfli bin Mohamad: Pemenang Tempat Kedua bagi Minggu Keempat
Nazrul Samsudin | 28 December 2009 - 4:30 pm | Komen :0

En. Nazrul Samsudin, Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada En. Zukarfli (kanan).


Tahniah PTS ucapkan kepada Encik Zukarfli bin Mohamad dari Bandar Baru Sentul, yang berjaya menjadi pemenang tempat kedua bagi minggu keempat peraduan.

Beliau adalah seorang pegawai kerajaan yang baru sahaja ditugaskan di Kementerian Perlancongan Malaysia, PWTC.

Beliau mengetahui peraduan ini melalui akhbar. Kemudian beliau mengepos sendiri empat keping borang peraduan terus ke pejabat Jabatan Pemasaran PTS, selepas membeli buku-buku PTS di MPH, Mid Valley.

Hadiah berupa telefon bimbit model Nokia 5130 XpressMusic dan buku-buku PTS bernilai RM100.00 menjadi milik En. Zukarfli Mohamad.

Hadiah disampaikan oleh Tuan Nazrul Samsudin, Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran merangkap Pengarah Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang.

Sekali lagi, tahniah PTS ucapkan kepada beliau.

Tahniah kepada Pemenang-pemenang Minggu Keempat
Nazrul Samsudin | 25 December 2009 - 2:19 pm | Komen :0

Selepas jawatankuasa peraduan menyaring borang-borang peraduan yang diterima dari 18-24 Disember 2009, secara rasminya kami memutuskan 3 pemenang bertuah bagi minggu keempat seperti di bawah:

Pemenang Pertama
Nama: Intan Liana bt. Yusuf (951112-01-6570)
Dari: Johor Bahru, Johor
Kedai buku: Badan Cemerlang Sdn. Bhd.
Hadiah: Nintendo Wii + buku PTS bernilai RM100

Pemenang Kedua
Nama: Zukarfli b. Mohamad (620103-11-5167)
Dari: Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Kedai buku: MPH Mid Valley 
Hadiah: Nokia 5130 XpressMusic + buku PTS bernilai RM100

Pemenang Ketiga
Nama: Nurhanani Azwin bt. Azahar (AL 38969)
Dari: Pekan, Pahang
Kedai buku: Sharikat Sriwangi
Hadiah: Kamera Digital Panasonic LUMIX + buku PTS bernilai RM100

PTS ucapkan tahniah kepada semua pemenang. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Adik Siti Aisyah binti Abu Bakar: Pemenang Tempat Pertama bagi Minggu Ketiga
Nazrul Samsudin | 22 December 2009 - 5:43 pm | Komen :0

 

En. Fauzul Nai'm Ishak, Pengurus Besar Jabatan Editorial PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada adik Siti Aisyah (kanan).


Tahniah PTS ucapkan kepada adik Siti Aisyah binti Abu Bakar dari Marang, Terengganu yang telah berjaya menjadi pemenang pertama minggu ketiga peraduan.

Beliau adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik dan merupakan pelajar tingkatan dua Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri, Imtiaz, Kuala Terengganu.

Beliau mengetahui peraduan ini dari majalah Ana Muslim. "Saya tidak menjangka untuk menjadi pemenang tempat pertama. Saya menyertai peraduan ini sekadar untuk mencuba, syukur alhamdulillah," kata adik Siti Aisyah yang kini sudah menghafaz 17 juzuk Al-Quran.

Beliau dan keluarga memiliki perpustakaan mini sendiria di rumah. Mereka memperuntukan RM50.00 setiap bulan membeli buku-buku PTS.

Hadiah disampaikan oleh En.Fauzul Na'im Ishak, pengurus besar jabatan editorial PTS. Hadiah berupa Acer Netbook Aspire One D205 dan buku PTS bernilai RM100.00
Penyampaian hadiah ini disaksikan kedua ibu bapa dan keluarga adik Siti Aisyah.

Adik Siti Aisyah bergambar bersama keluarga beliau yang turut hadir semasa majlis penyampaian hadiah di pejabat PTS.

Adik Nurfarihah binti Jamil: Pemenang Tempat Kedua bagi Minggu Ketiga
Nazrul Samsudin | 22 December 2009 - 5:24 pm | Komen :0

En. Nazrul Samsudin, Pen. Pengurus Jabatan Pemasaran PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada adik Nurfarihah (kanan).

Pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa, Rawang iaitu adik Nurfarihah binti Jamil berjaya menjadi pemenang tempat kedua, minggu ketiga. Beliau yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini mendapat keputusan cemerlang iaitu 5A. Tahniah PTS ucapkan.

Adik Nurfarihah adalah seorang yang aktif di sekolah. Beliau pernah menjadi juara tokoh nilam negeri Selangor dan tempat ketiga tokoh nilam peringkat kebangsaan. Bakat yang ada dalam diri beliau menjadi perhatian media elektronik.

Beliau terlibat dalam beberapa siaran televisyen seperti Harta Mania, Suatu Hari Nanti, Siapa Pintar? dan beberapa lagi siaran di TV9.

Beliau hadir ke ibu pejabat PTS pagi ini bersama kedua ibu bapanya untuk menerima hadiah berupa iPod Nano 8BG dan buku PTS bernilai RM100.00.
Hadiah disampaikan oleh Tuan Nazrul Samsuddin, Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran merangkap Pengarah Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang.

Tahniah PTS ucapkan kepada adik Nurfarihah.

En. Shahrul Nazrin bin Wahid: Pemenang Tempat Ketiga bagi Minggu Ketiga
Nazrul Samsudin | 22 December 2009 - 5:04 pm | Komen :0

En. Shahrul Nazrin bergambar bersama hadiah yang dimenangi.

 

Inilah pemenang tempat ketiga peraduan bagi minggu ketiga. En. Shahrul Nazrin adalah pelajar tahun dua, Diploma Teknologi Mekanikal di Kolej Negeri, Kampus Bukit Chedang, Negeri Sembilan.

Beliau memenangi hadiah PS2 dan buku PTS bernilai RM100. Hadiah dihantar kepada beliau menggunakan khidmat kurier terus ke rumah beliau di Segamat, Johor. Gambar ini diambil menggunakan telefon bimbit dan diemel kepada pihak PTS.

 

Tahniah kepada Pemenang Minggu Ketiga Peraduan!
Nazrul Samsudin | 18 December 2009 - 12:00 pm | Komen :0
Selepas jawatankuasa peraduan menyaring borang-borang peraduan yang diterima dari 11-17 Disember 2009, secara rasminya kami memutuskan 3 pemenang bertuah bagi minggu ketiga seperti di bawah:

Pemenang Pertama
Nama: Siti Aisyah binti Abu Bakar (950217-11-5458)
Dari: Marang, Terengganu
Kedai buku: Kedai Buku Banggol
Hadiah: Netbook Acer Aspire One D250 + buku PTS bernilai RM100

Pemenang Kedua
Nama: Nurfarihah binti Jamil (970512-02-5496)
Dari: Rawang, Selangor
Kedai buku: Popular Rawang
Hadiah: iPod Nano 8GB + buku PTS bernilai RM100

Pemenang Ketiga
Nama: Shahrul Nazrin bin Wahid (901116-01-6089)
Dari: Segamat, Johor
Kedai buku: Bookcafe PTS
Hadiah: PS2 + buku PTS bernilai RM100

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
En. Anwar bin Abdul Aziz: Pemenang Tempat Pertama Minggu Pertama
Nazrul Samsudin | 17 December 2009 - 4:08 pm | Komen :0

En. Anwar bin Abdul Aziz bergambar bersama hadiah yang beliau menangi di rumah beliau di Bera, Pahang.

 

Inilah foto pemenang tempat ketiga bagi minggu pertama. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Anwar b. Abdul Aziz, seorang guru di SMK Bera, Pahang.

Oleh kerana beliau tinggal di Pahang dan tidak dapat datang ke pejabat PTS bagi menebus hadiah yang dimenangi, kami telah kurierkan hadiah itu.

Hari ini, kami di PTS menerima foto yang dikirimkan oleh beliau. Kelihatan di dalam foto itu En. Anwar bersama hadiah Nintendo DS dan buku PTS bernilai RM100.

Tahniah PTS ucapkan kepada beliau.

 

En. Mohd Adli b. Mohammed Zailani: Pemenang Tempat Pertama bagi Minggu Kedua
Nazrul Samsudin | 15 December 2009 - 4:30 pm | Komen :0

 

Puan Ainon Mohd, pengerusi PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada En. Mohd Adli (kanan) yang menang tempat pertama bagi minggu kedua peraduan.


Tahniah PTS ucapkan kepada En. Mohd Adli dari Sekinchan, Selangor yang berjaya menang tempat pertama bagi minggu kedua peraduan.

Beliau adalah guru bahasa Melayu di Sek. Keb. Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor. En. Adli berkata, setiap bulan beliau memperuntukkan RM100 buat keluarga membeli buku bacaan.

Kali ini beliau berasa bertuah kerana bukan sahaja ilmu yang mereka sekeluarga dapat apabila membeli buku PTS, bahkan dapat hadiah yang cukup bernilai.

Hadiah disampaikan oleh Puan Ainon Mohd, pengerusi PTS disaksikan oleh ahli keluarga En. Adli bertempat di pejabat PTS jam 3.30 petang ini.

"Hadiah PSP yang saya menang ini akan saya hadiahkan buat anak-anak saya yang begitu mengidamkannya sejak peraduan PTS ini diumumkan di media masa," kata En. Adli.

En. Noorhisham b. Haji Idris: Pemenang Tempat Kedua bagi Minggu Kedua
Nazrul Samsudin | 15 December 2009 - 11:15 am | Komen :0

 

En. Hisham Salmin, pengarah seni PTS (kanan) menyampaikan hadiah kepada En. Noorhisham Idris (kiri), pemenang tempat kedua bagi minggu kedua.

"Saya anggap hadiah yang saya menang dalam peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang bagi minggu kedua ini adalah tuah anak sulung saya, Muhammad Fitri yang baru sahaja lahir pada 5 Syawal lepas."

Itulah kata-kata yang lahir daripada En. Noorhisham b. Haji Idris, pemenang tempat kedua bagi minggu pertama peraduan.

Beliau hadir ke pejabat PTS petang kelmarin, 14 Disember 2009 bagi menuntut hadiah berupa telefon bimbit Sony Ericsson W205. Beliau yang bertugas sebagai jurutera perunding di salah sebuah syarikat di Putrajaya itu berkata, MPH Alamanda menjadi kedai buku pilihan bagi membeli buku-buku PTS.

En. Hisham Salmin, pengarah seni, jabatan pemasaran PTS berbesar hati menyampaikan hadiah kepada En. Noorhisham. Tahniah PTS ucapkan kepada beliau.

Adik Filzah Lina bt. Jasri: Pemenang Tempat Ketiga bagi Minggu Kedua
Nazrul Samsudin | 14 December 2009 - 11:45 am | Komen :0

 

En. Fauzul Na'im Ishak menyampaikan hadiah tempat ketiga (minggu kedua) peraduan kepada adik Filzah Lina. Di sebelah kiri adik Filzah ialah kakak dan ibu beliau.


Inilah pemenang tempat ketiga peraduan bagi minggu kedua. Beliau yang baru sahaja habis menduduki PMR adalah pelajar tingkatan 3, SMK Taman Hillcrest, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Beliau yang teruja untuk menyertai peraduan yang PTS anjurkan ini selepas membaca Majalah Ana Muslim, telah datang sendiri ke pejabat PTS pada 26 November 2009 lepas bagi membeli buku dan seterusnya mengisi dan menghantar borang peraduan.

Hari ini tepat jam 11 pagi, beliau bersama ibu dan kakak datang ke pejabat PTS bagi menuntut hadiah yang dimenangi.

Hadiah berupa kamera digital Panasonic Lumix dan buku PTS bernilai RM100 disampaikan oleh En. Fauzul Na'im Ishak, pengurus besar jabatan editorial PTS.
Tahniah PTS ucapkan untuk adik Filzah Lina binti Jasri.

Tahniah kepada Pemenang Minggu Kedua Peraduan
Nazrul Samsudin | 11 December 2009 - 2:23 pm | Komen :0

Selepas meneliti borang-borang peraduan yang dihantar kepada PTS bermula 5 hingga 10 Disember 2009, dengan ini jawatankuasa peraduan mengumumkan 3 pemenang hadiah mingguan bagi minggu kedua.

Berikut pemenang-pemenangnya:

Pemenang Tempat Pertama
Nama: Mohd Adli b. Mohammed Zailani (700821-10-5887)
Dari: Sekinchan, Selangor
Kedai buku: MPH Bukit Raja
Hadiah: PSP2000 + buku PTS bernilai RM100

Pemenang Tempat Kedua
Nama: Noorhisham b. Haji Idris (760320-01-6557)
Dari: Presint 9, Putrajaya
Kedai buku: MPH Alamanda
Hadiah: Sony Ericsson W205 + buku PTS bernilai RM100

Pemenang Tempat Ketiga
Nama: Filzah Lina bt. Jasri (940805-14-5144)
Dari: Batu Caves, Selangor
Kedai buku: Bookcafe PTS
Hadiah: Kamera Digital Panasonic LUMIX + buku PTS bernilai RM100

Kedai-kedai Buku di Pantai Timur & Peraduan PTS
Nazrul Samsudin | 09 December 2009 - 11:27 am | Komen :0

Tuan Azari Hashim adalah eksekutif jualan PTS bagi kawasan pantai timur semenanjung Malaysia. Antara tugas rutin beliau ialah melawat kedai-kedai buku di Pahang, Terengganu dan Kelantan yang ada akaun terus dengan PTS di Pahang.

Selepas pulang daripada lawatan ke pantai timur, beliau melaporkan kebanyakan kedai-kedai buku di sana memberi sokongan yang baik peraduan yang PTS anjurkan.

Di bawah adalah foto-foto kedai buku yang mengambil bahagian dalam peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang.

Kedai Buku Banggol, Kuala Terengganu

 

Popular Mesra Mall, Kerteh

 

Pustaka Dinamis, Bachok

 

Syarikat Muda Osman, Kota Bharu (Suria)

 

Sri Wangi, Pekan

 

Seri Intan, Dungun

 

Adik Syafiq Naufal bin Shahrul Izwan: Pemenang Tempat Kedua bagi Minggu Pertama
Nazrul Samsudin | 07 December 2009 - 11:49 am | Komen :0

 

Adik Syafiq tersenyum riang apabila menerima hadiah daripada En. Roslan Isa, wakil PTS yang menyampaikan hadiah itu di Melaka.

Siapa sangka, pelajar lelaki dari Sekolah Kebangsaan Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka ini berjaya memenangi hadiah tempat kedua bagi minggu pertama peraduan.

Beliau berusia 11 tahun belajar dalam tahun 5 di sekolah itu. Slogan yang beliau tulis begitu menarik perhatian jawatankuasa pemilihan pemenang peraduan.

Hadiah yang beliau menangi berupa telefon bimbit jenama Nokia 5800d Xpress Music. Hadiah ini disampaikan oleh En. Roslan Isa, Eksekutif Pemasaran PTS di Melaka pada Ahad lepas.

Tahniah PTS ucapkan kepada adik Syafiq!

Puan Izuana bt. Mahmad Sani: Pemenang Tempat Pertama bagi Minggu Pertama
Nazrul Samsudin | 04 December 2009 - 5:19 pm | Komen :0

Cik Shazarina (PTS) bertudung hijau menyampaikan hadiah iPod Touch kepada Puan Izuana (bertudung oren - kanan)

Wakil PTS, Cik Shazarina (bertudung hijau - kiri) menyampaikan hadiah iPod Touch kepada Puan Izuana (bertudung oren - kanan)

Tahniah PTS ucapkan kepada Puan Izuana bt. Mahmad Sani, yang terpilih sebagai pemenang tempat pertama bagi minggu pertama peraduan yang PTS anjurkan.

Beliau yang bertugas sebagai guru di Sek. Keb. Sungai Haji Dorani berjaya memenangi hadiah berupa iPod Touch 8GB.

Apabila dimaklumkan melalui telefon pagi tadi, beliau yang tidak sabar-sabar hendak menerima hadiah itu bersetuju hadir ke pejabat PTS.

Tepat jam 3.30 petang, Puan Izuana tiba di pejabat PTS bersama-sama suami, adik perempuan dan tiga anak beliau.

Majlis penyampaian hadiah serba ringkas ini disempurnakan oleh Cik Shazarina Azmi, Eksekutif Jabatan Sumber Manusia PTS.

Puan Izuana (dua dari kiri) bersama adik dan tiga orang anak beliau bergambar kenangan di pejabat PTS

Inilah Pemenang Peraduan Minggu Pertama
Nazrul Samsudin | 04 December 2009 - 4:45 pm | Komen :0

Selepas pihak ahli jawatankuasa peraduan menyaring beribu-ribu borang peraduan yang dihantar kepada PTS, sukacita dimaklumkan, 3 peserta seperti nama di bawah dipilih sebagai pemenang hadiah mingguan bagi minggu pertama.

Ketiga-tiga pemenang sudahpun dihubungi bagi menyampaikan berita gembira ini. PTS ucapkan tahniah kepada semua pemenang.

1. Izuana binti Mahmad Sani (730126-10-5778)
Kampung Bukit Kapar, Kapar, Selangor
Kedai Buku: Popular Bukit Raja
Hadiah: iPod Touch 8GB + buku PTS bernilai RM100

2. Syafiq Naufal bin Shahrul Izwan (AI64388)
Taman Seri Krubong, Melaka
Kedai Buku: Popular Tesco Melaka
Hadiah: Nokia 5130 XpressMusic + buku PTS bernilai RM100

3. Anwar bin Abdul Aziz (770419-07-5341)
Taman Jati, Bandar Bera, Pahang
Kedai Buku: Pustaka Saujana, Temerloh
Hadiah: Nintendo DS + buku PTS bernilai RM100

Terima kasih.

PTS Sedang Memproses Beribu Borang Penyertaan Minggu Pertama
Nazrul Samsudin | 03 December 2009 - 11:24 am | Komen :0

 

PTS mula menerima borang-borang penyertaan peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca dan Menang bagi minggu pertama bermula 30 November 2009. 

Kebanyakkan borang yang diterima ini datangnya dari kedai-kedai buku yang terlibat dalam peraduan. 

Borang-borang peserta ini adalah borang yang dikumpul oleh pihak kedai bermula 21 hingga 29 November 2009. 

Bagi memudahkan pihak kedai menghantar borang-borang itu, PTS menyediakan sampul pos ekspres bagi memuatkan borang-borang peserta ini.

Ada juga borang-borang yang PTS terima dihantar sendiri oleh peserta peraduan terus ke pejabat PTS dan juga borang yang dihantar secara online.

Hari ini, ahli jawatankuasa peraduan sibuk menyaring borang-borang peraduan yang dihantar dengan memilih borang dengan jawapan yang betul.

Kemudian, ahli jawatankuasa akan memilih pula borang peraduan yang memiliki slogan paling kreatif dan menarik. 

3 pemenang hadiah minggu pertama akan diumumkan pada 5 Disember 2009 (sabtu). PTS akan hubungi para pemenang melalui telefon dan juga emel. 

Jadi nantikan pengumumannya. Adakah anda salah seorang pemenangnya?

 

Promosi Peraduan di Kedai Buku Bookworm, Bukit Beruntung, Rawang
Nazrul Samsudin | 25 November 2009 - 4:06 pm | Komen :0

Terima kasih kepada Kedai Buku Bookworm kerana memberi kerjasama yang sangat baik dalam mempromosikan peraduan yang PTS anjurkan.

Pihak kedai membuat 'bulk display' buku-buku PTS betul-betul di pintu masuk kedai itu.

Kotak peraduan, poster dan flyer peraduan jelas kelihatan apabila para pengunjung memasuki kedai buku ini.

Bagi anda yang tinggal sekitar Bukit Beruntung, Rawang, bolehlah berkunjung ke kedai buku Bookworm bagi mendapatkan buku yang anda gemari dan sertai peraduan yang PTS anjurkan.

Foto-foto di bawah oleh Tuan Azari Hashim, Eksektuif Jualan PTS.

 

 

Hadiah Mingguan Sudah Dibeli
Nazrul Samsudin | 25 November 2009 - 3:28 pm | Komen :0

Kesemua 18 hadiah mingguan yang menanti para pemenang Peraduan Hadiah Saya Mahu Hadiah: Baca & Menang sudahpun dibeli pada 23 November 2009. 

Hadiah-hadiah ini berupa alat-alat elektronik yang menjadi buruan ramai peserta peraduan. Hadiah inilah yang bakal menanti pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga setiap minggu.  18 hadiah yang baru sahaja dibeli itu ialah:

  • iPod Touch 8GB - 1 unit
  • iPod Nano 8GB (model baru) - 2 unit
  • PSP2000 - 1 unit
  • PS2 - 2 unit
  • Nintendo Wii - 1 unit
  • Nintendo DS - 2 unit
  • Kamera kompak Panasonic Lumix FS6 - 2 unit
  • Kamera kompak Panasonic Lumix TZ11 - 1 unit
  • Telefon Nokia 5130c Xpress Music - 2 unit 
  • Telefon Nokia 5800d Xpress Music - 1 unit 
  • Telefon Sony Ericsson W205 - 2 unit
  • Acer Netbook Aspire One D250 - 1 unit

Pemenang hadiah bagi minggu pertama akan diumumkan minggu hadapan. Jadi, apa lagi? Jangan lepaskan peluang dengan menyertai peraduan yang PTS anjurkan ini.

Nantikan Kemunculan Dear Yayah 5: Sejuknya Eau Claire
Nazrul Samsudin | 20 November 2009 - 5:45 pm | Komen :0

 

Bagi adik-adik yang meminati siri Dear Yayah, nantikan kemunculan buku kelima dalam siri ini berjudul Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire.

Novel remaja karya Farihah Iskandar ini bakal menemui adik-adik pada musim cuti sekolah nanti.

Imej di atas adalah kulit buku Dear Yayah yang terbaru itu. Kulit ini belum 'final' lagi. Buku ini dijangka menjadi 'bestseller' sama seperti empat buku terdahulu iaitu Dear Yayah, Dear Yayah 2, 3 dan 4.

Cerita kali ini dengar khabarnya lagi 'best'. Jadi adik-adik, jangan lepaskan peluang menjadi antara peminat Kak Farihah Iskandar paling awal mendapatkan Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire.

Promosi Peraduan di Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bahru
Nazrul Samsudin | 20 November 2009 - 4:16 pm | Komen :0

Terima kasih PTS ucapkan kepada Kedai Buku Badan Cemerlang yang turut serta mempromosikan Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang.

Kedai buku yang terletak di Plaza Angsana, Johor Bahru ini bukan sahaja menyediakan satu kotak peraduan lutsinar yang cantik, menggantung 'bunting', bahkan turut mempromosikannya di laman web mereka di www.badanbookstore.com.

Apa yang menarik lagi ialah, Badang cemerlang memberi layanan istimewa dengan menyediakan rak buku khas untuk PTS. 

Siap ada label PTS lagi pada rak itu. Jarang-jarang kedai buku menyediakan label khas untuk penerbit seperti yang dibuat oleh badan cemerlang.

Jadi, apabila anda ke Badan Cemerlang, mudah untuk mencari buku PTS nanti. 

Bagi anda yang tinggal sekitar Johor Bahru, bolehlah ke Kedai Buku Badan Cemerlang bagi membeli buku-buku PTS.

Jangan lupa dapatkan borang peraduan yang disediakan, isi dan masukkan terus borang ke dalam kotak peraduan itu.

 

 

Foto-foto oleh Mohd Nor Ikhram Hanafiah, Eksekutif Jualan PTS.

 

Tarikh Umum Pemenang Hadiah Mingguan
Nazrul Samsudin | 19 November 2009 - 11:36 am | Komen :0

Bagi anda yang tidak sabar-sabar lagi hendak tahu bilakah tarikh pemenang hadiah mingguan akan diumumkan, di bawah ini kami berikan jadual tarikh-tarikh penting.

Tarikh-tarikh ini penting untuk para peserta merangka strategi bagi memenangi hadiah mingguan yang kami tawarkan.

Jika anda perhatikan jadual yang kami berikan di bawah, ada 4 kolum kesemuanya.

Kolum 1: Jumlah minggu peraduan 

Kolum 2: Tarikh borang peraduan yang dihantar kepada PTS (sama ada pos ataupun online) atau dimasukkan ke dalam kotak peraduan. Borang-borang yang dihantar dalam tempoh ini dianggap sebagai penyertaan minggu itu

Kolum 3: Tarikh di mana jawatankuasa peraduan memilih pemenang hadiah minggu itu

Kolum 4: Tarikh bila PTS akan umumkan pemenang bagi minggu itu

Semoga maklumat ini membantu anda memenangi pelbagai hadiah mingguan yang menarik yang PTS tawarkan.

Minggu

Tarikh borang penyertaan

Tarikh pilih pemenang

Tarikh umum pemenang

Minggu 1

21 - 29 Nov. 2009

4 Disember 2009

5 Disember 2009

Minggu 2

30 Nov. - 6 Dis. 2009

11 Disember 2009

12 Disember 2009

Minggu 3

7 - 13 Dis. 2009

18 Disember 2009

19 Disember 2009

Minggu 4

14 - 20 Dis. 2009

25 Disember 2009

26 Disember 2009

Minggu 5

21 - 27 Dis. 2009

1 Januari 2009

2 Januari 2010

Minggu 6

28 - 3 Jan. 2010

8 Januari 2010

9 Januari 2010

 

216 Blogger Bakal Menerima Hadiah Buku Percuma daripada PTS
Nazrul Samsudin | 19 November 2009 - 11:09 am | Komen :0

Setakat 19 November 2009, PTS menerima dan meluluskan 216 permohonan daripada blogger untuk menjadi affiliate atau pengiklan bagi peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang.

Kesemua blogger ini bakal menerima hadiah buku percuma PTS. Apa yang menarik, mereka semua boleh mencadangkan judul buku apa yang mereka hendak sebagai hadiah.

Permohonan menjadi pengiklan bagi peraduan PTS ini masih dibuka hingga 1 Disember 2009.

Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu salin kod yang kami sudah sediakan. Ada 4 kod yang berbeza mengikut saiz banner yang sesuai bagi ditampal pada blog dan laman web anda.

Jadi pilih sahaja kod mana yang sesuai dan tampal pada blog anda.

Bagi menebus hadiah, isi borang online yang kami sediakan. Kemudian, kami akan periksa blog anda sebelum memberi kelulusan.

Jadi, bagi anda yang berminat mengiklankan peraduan yang PTS sedang anjurkan ini di blog ataupun laman web anda, sila klik butang 'Buku Percuma' pada bahagian paling atas laman web ini.

Anda juga boleh klik banner di sebelah kanan laman ini. Maklumat lanjut anda boleh perolehi dengan membaca syarat-syarat yang disenaraikan.  

 

Nantikan Iklan Peraduan di Radio Hot FM
Nazrul Samsudin | 13 November 2009 - 12:09 pm | Komen :0

Bagi menarik perhatian lebih ramai rakyat Malaysia supaya menyertai peraduan yang PTS anjurkan ini, PTS berbelanja besar membeli iklan di Radio Hot FM.

Iklan ini akan ke udara di Hot FM sebanyak 5 kali sehari bermula 16 hingga 22 November dan 14 hingga 20 Disember 2009.

Kelmarin, 12 November 2009, berlangsung sesi rakaman suara iklan peraduan ini di Studio Hot FM, Sri Pentas, Bandar Utama.

Anda boleh mendengar iklan itu dengan klik butang 'play' pada banner yang kami letak sebelah kanan laman ini.

Terima kasih kepada individu seperti di bawah yang terlibat secara langsung dalam rakaman audio iklan peraduan ini.

Studio : Studio Hot FM, Sri Pentas Bandar Utama
Penerbit: Naga
Pembantu Penerbit: Amyrah
Talent: Daus, Nisa dan Bell
Skrip: Hisham Salmin (Pengarah Seni, Jabatan Pemasaran PTS)
PR: Roslan Isa (Eksekutif Perhubungan Awam, Jabatan Pemasaran PTS)

 

 

Apa Istimewanya Pemenang Hadiah Utama Peraduan
Nazrul Samsudin | 10 November 2009 - 2:40 pm | Komen :0

 

 


Salah satu hadiah yang menanti pemenang-pemenang hadiah utama ialah set perpustakaan mini. Set ini terdiri daripada buku-buku terbitan PTS dan juga rak buku.

Hendak tahu berapa nilai set perpustakaan ini?

Tempat Pertama: Set perpustakaan mini bernilai RM10,000
Tempat Kedua: Set perpustakaan mini bernilai RM8,000
Tempat Ketiga: Set perpustakaan mini bernilai RM5,000

Apa yang istimewanya bagi penerima hadiah set perpustakaan ini ialah, mereka berpeluang memilih sendiri judul buku apa yang mereka hendak sebagai hadiah.

Sehingga ke tarikh artikel ini disiarkan, PTS sudah menerbit 995 judul buku dalam pelbagai kategori dalam tempoh 9 tahun. Jadi pilih sahaja judul buku apa yang anda hendak sebagai hadiah jika anda menjadi pemenang.

Katakan anda menang tempat pertama hadiah utama, nilai buku PTS yang bakal menjadi hadiah buat anda ialah RM10,000. Wow! Banyaknya!

Bagaimana hendak pilih dan kira nilainya? Senang sahaja. Sebaik anda diumum sebagai pemenang, boleh sahaja datang ke pejabat PTS dan pilih sendiri daripada katalog buku PTS.

Setiap buku sudah tertera harganya. Jadi pilih sahaja buku PTS yang anda berkenan asalkan nilai keseluruhan buku yang dipilih tidak lebih RM10,000.

Nanti bolehlah pilih buku untuk bacaan sendiri, untuk anak-anak, untuk ibubapa dan sebagainya.

Pendek kata, apabila menang hadiah utama ini, anda sudah boleh bina satu perpustakaan mini sendiri di rumah anda.

Selain para pemenang hadiah utama menerima buku, mereka turut akan dihadiahkan rak buku bagi memuatkan buku-buku PTS yang mereka menangi. Selain itu, pemenang hadiah utama juga turut menerima hadiah barang elektrik seperti di bawah:

Tempat Pertama: TV LG Plasma 42"
Tempat Kedua: Kamera Video Sony
Tempat Ketiga: Laptop Acer Aspire Timeline

Apa lagi? Rebut peluang ini dengan menyertai peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang yang pastinya berbaloi untuk anda.

Trik untuk Peserta Peraduan Secara Online
Nazrul Samsudin | 06 November 2009 - 10:35 am | Komen :0

Kelmarin, 5 November 2009, kami menerima e-mel pertanyaan daripada salah seorang peserta awal peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang.

Beliau ialah Abdul Muiez b. Mohammad Ruslee. Beliau membeli buku PTS melalui www.bookcafe.com.my. Nilai bersih ialah RM50.06.

Ini bermakna beliau layak menghantar borang secara online sebanyak 2 kali. Ini kerana syarat untuk menghantar borang peraduan ialah mesti membeli buku PTS dengan jumlah minimum RM25 (nilai bersih).

En. Abdul Muiez sudahpun menghantar satu borang online kepada PTS (sila klik butang 'Borang Online' pada bahagian atas sebelah kanan laman web ini).

Soalan beliau ialah, sekiranya beliau tidak menang hadiah pada minggu pertama, bolehkan beliau hantar sekali lagi borang online menggunakan nombor pesanan/order yang sama?

Jawapannya, boleh. Ini kerana jumlah belian bersih beliau ialah RM50.06. Beliau baru hantar satu borang online. Jadi beliau ada satu lagi peluang untuk hantar borang online pada minggu kedua atau minggu-minggu seterusnya.

Mengapa En. Abdul Muiez tidak menang? Mungkin jawapannya salah. Mungkin juga jawapannya betul tetapi slogan beliau tidak cukup kreatif.

Oleh itu, bagi anda yang membeli lebih daripada RM25 nilai bersih, sebagai contoh RM100, ini bermakna anda berpeluang menghantar 4 borang peraduan secara online.

Jadi anda boleh hantar 4 borang online itu sekaligus pada minggu pertama tetapi hasilkan slogan yang berbeza.

Anda juga boleh hantar satu borang setiap minggu untuk 4 minggu berturut-turut dengan slogan yang berbeza-beza. Mengenai nombor pesanan/order, anda boleh gunakan nombor yang sama semasa mengisi borang peraduan.

Selamat mencuba!

Tip untuk Menang Hadiah Mingguan
Nazrul Samsudin | 04 November 2009 - 2:37 pm | Komen :0

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang ini menawarkan hadiah mingguan yang berbeza-beza setiap minggu.

Perhatikan senarai hadiah di bahagian kanan laman web peraduan ini. Hadiah manakah yang paling anda kehendaki? iPod, Acer Netbook, PS2, PSP, hp Nokia?

Pemenang hadiah mingguan akan dipilih secara mingguan berdasarkan borang penyertaan yang diterima setiap minggu. Di bawah ini ialah tarikh akhir serah borang setiap minggu.

  • Minggu 1 - 29 November 2009
  • Minggu 2 - 6 Disember 2009
  • Minggu 3 - 13 Disember 2009
  • Minggu 4 - 20 Disember 2009
  • Minggu 5 - 27 Disember 2009
  • Minggu 6 - 3 Januari 2010

Katakan anda hendak menang hadiah-hadiah yang ditawarkan bagi minggu pertama, anda perlu menghantar borang peraduan sebelum ataupun pada 29 November 2009.

Hanya borang yang diterima melalui kedai ataupun yang dihantar terus kepada PTS sebelum tarikh ini sahaja yang akan dipilih untuk menang hadiah minggu pertama.

Bagi borang yang dihantar selepas 29 November, akan dikira sebagai penyertaan untuk menang hadiah bagi minggu kedua pula.

Pemenang hadiah mingguan akan diumumkan terus setiap minggu. Jadi anda dapat tahu sama ada anda menang ataupun tidak.

Jadi, jika belum menang, anda boleh hantar lagi borang penyertaan untuk minggu berikutnya sampailah anda menang hadiah mingguan yang ditawarkan.

Sebaiknya, apabila anda membeli buku PTS di kedai buku, minta juruwang di kaunter buat beberapa resit yang bernilai minimum RM25 setiap resit.

Ini membolehkan anda hantar borang penyertaan setiap minggu jika anda dapati pada minggu-minggu awal anda masih tidak menang.

Ingat, resit yang bernilai RM25 melayakkan anda menghantar satu borang penyertaan.

Selamat mencuba!

Baju-T Peraduan Bertukar Warna kepada Merah
Nazrul Samsudin | 04 November 2009 - 12:04 pm | Komen :0

 

Asalnya, baju-t peraduan berwarna oren. Tetapi akhirnya ia bertukar warna menjadi merah yang nampak lebih garang, berani dan menyerlah. 

Baju ini nanti akan dipakai oleh petugas-petugas kedai buku yang turut serta dalam peraduan. 

Mereka akan memakai baju ini sepanjang peraduan berlangsung bermula 21 November 2009 hingga 3 Januari 2009.

Ini adalah salah satu strategi pemasaran PTS bagi menarik perhatian pengunjung-pengunjung kedai buku yang terlibat. 

Foto model di atas ialah En. Wahyudi b. Mohd Yatim, pelajar praktikal di Jabatan Pemasaran PTS.

Inilah Rupa Sebenar Kotak Peraduan
Nazrul Samsudin | 04 November 2009 - 11:35 am | Komen :0

 

Inilah rupa sebenar kotak peraduan yang bakal diletakkan di kedai-kedai buku terpilih yang turut serta dalam peraduan. 

Kotak ini akan mula dihantar ke kedai-kedai buku terlibat mulai hari ini. 

Bagi anda yang membeli buku, jangan lepaskan peluang menyertai peraduan dengan mengisi borang peraduan yang ada di kedai buku ataupun muat turun daripada laman web peraduan ini. 

Kemudian, masukkan borang peraduan itu ke dalam kotak peraduan yang tersedia di atas kaunter bayaran kedai buku terlibat. 

Desain kotak peraduan ini dihasilkan oleh Tuan Hisham Salmin, pengarah seni, Jabatan Pemasaran PTS.

 

 

Resit Beli Buku PTS Bermula 1 Nov. 2009 Sah untuk Peraduan
Nazrul Samsudin | 29 October 2009 - 12:59 pm | Komen :0

Jawatankuasa Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca dan Menang! bersetuju menerima resit bukti pembelian buku PTS yang dibuat bermula 1 November 2009.

Ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga 21 November 2009 bagi membeli buku PTS di kedai-kedai buku terlibat. 

Bagi anda yang membeli buku melalui kedai buku online PTS di www.bookcafe.com.my bermula 1 November 2009, anda juga boleh gunakan bukti pembelian iaitu nombor order/pesanan bagi menyertai peraduan ini. 

Jadi, apa lagi, ayuh cepat-cepat ke kedai-kedai buku berdekatan ataupun beli online bermula 1 November 2009 nanti. Namun begitu, ada kemungkinan kedai-kedai terlibat dalam peraduan ini belum dapat memberi kepada anda borang peraduan.

Jangan risau, anda boleh muat turun borang peraduan melalui laman web ini. Bagi yang membeli secara online, boleh terus isi borang peraduan yang disediakan dengan klik butang 'Borang Online' pada bahagian atas lama ini.

 

 

Anda Layak Sertai Peraduan Walaupun Beli Buku Secara Online
Nazrul Samsudin | 28 October 2009 - 4:46 pm | Komen :0

Bagi anda yang tidak sempat ke kedai buku bagi membeli buku PTS dan seterusnya sertai Peraduan Saya Mahu Hadiah: Baca & Menang!, anda masih boleh sertainya dengan membeli buku secara online melalui kedai buku online PTS di www.bookcafe.com.my.

Syaratnya tetap sama iaitu, anda perlu beli buku PTS dengan nilai bersih RM25. Nilai bersih di sini bermaksud nilai buku yang perlu anda bayar selepas ditolak diskaun dan kos penghantaran.

Apabila anda selesai buat pesanan melalui www.bookcafe.com.my, satu invois akan diemelkan kepada anda. Nilai bersih buku yang anda beli tertera pada bahagian bawah yang tertulis 'subtotal'.

Lihat pada imej contoh invois yang bertanda bulat di bawah. Itulah nilai bersih buku PTS yang anda beli. Jika nilai bersih itu bernilai RM25 dan ke atas, bermakna anda layak menghantar 1 borang peraduan.

Bagaimana langkah seterusnya? Menyertai peraduan ini bagi anda yang membeli buku secara online sangat mudah. Anda cuma perlu isi borang peraduan secara online. Jadi anda tidak perlu mengisi borang peraduan bercetak.

Sila klik butang 'Borang Online' pada bahagian atas paling atas laman ini.

Apa yang penting, anda perlu masukkan nombor pesanan/order (lihat contoh di bawah) sebagai bukti pembelian pada borang peraduan online itu. Ini akan memudahkan pihak kami menyemak bukti pembayaran. 

 

Beli Buku PTS RM25?
Nazrul Samsudin | 27 October 2009 - 10:46 am | Komen :0

Sejak laman khusus mengenai Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang! ini diwujudkan, pelbagai soalan kami terima. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menghantar soalan. Bagi anda yang juga ada sebarang soalan, sila klik butang 'Hubungi' pada bahagian paling atas laman ini.

Antara soalan yang banyak kami terima ialah, apakah yang dimaksudkan beli buku PTS bernilai RM25 baru layak sertai peraduan? Maksudnya mudah sahaja, anda dikehendaki membeli buku PTS dengan nilai minima RM25 dalam satu resit di mana-mana kedai buku yang menyertai peraduan ini ataupun secara online melalui www.bookcafe.com.my.

Nilai RM25 itu pula ialah nilai bersih selepas ditolak sebarang diskaun jika ada. Katakan anda beli 2 buah buku PTS setiap satunya bernilai RM20 dan RM15, ini bermakna nilai buku yang anda beli ialah RM35. Jadi anda sudah layak sertai peraduan ini.

Apa lagi, isi borang peraduan yang disediakan di kaunter bayaran kedai buku itu dengan menjawab soalan, menulis slogan dan mengisi maklumat peribadi yang diperlukan. Kemudian, masukkan borang ke dalam kotak peraduan yang disediakan di kedai buku itu. Jangan lupa kepilkan bersama resit asal bukti pembelian buku PTS bersama borang peraduan.

Jika anda hendak ambil masa memikir dan mencipta slogan, anda bolehlah bawa balik rumah dahulu borang peraduan. Apabila anda sudah siap mengisi jawapan dan slogan, bolehlah hantar terus kepada PTS melalui pos ataupun servis kurier.

Bagaimana pula jika kedai buku tempat anda beli buku PTS itu ada beri diskaun? Syaratnya tetap sama iaitu, nilai bersih buku PTS yang dibeli ialah RM25. Katakan anda beli 1 buku PTS yang berharga RM28 seperti tertera pada kulit belakang buku. Selepas diberi diskaun oleh kedai sebanyak 15 peratus, nilai bersih yang perlu anda bayar ialah RM23.80. Anda tidak layak menyertai peraduan ini kerana nilai buku PTS yang anda beli masih belum cukup RM25.  

Bagaimana pula jika buku PTS yang anda beli itu bercampur dengan buku terbitan penerbit lain? Syaratnya tetap sama iaitu nilai buku PTS dalam resit itu perlu sekurang-kurangnya RM25 baru anda layak sertai peraduan. Anda tidak boleh campur nilai RM25 itu antara buku PTS dan buku penerbit lain.

Ada yang keliru dan sangka mereka perlu mencari dan membeli buku PTS yang ada tanda harga RM25 baru boleh sertai peraduan ini. Anda tidak perlu cari dan beli buku PTS yang bertanda harga RM25. Jadi, kami harap anda semua jelas apa yang dimaksudkan dengan RM25 itu. 


 

 

Soalan Peraduan Sudah Bocor
Nazrul Samsudin | 23 October 2009 - 12:27 pm | Komen :0

Ini pula soalan peraduan yang sudah bocor. Peminat buku PTS di luar sana memang belum tahu lagi. Soalan ini hanya bocor di laman yang sedang anda baca sahaja ini.  Jadi kami harap anda semua gembira kerana dapat mencari jawapan itu awal-awal.

Hendak tahu jawapannya, carilah di laman web PTS di www.pts.com.my. Jika hendak sedikit cabaran, pergi ke kedai buku seperti MPH, Popular dan lain-lain. Lihat di rak buku remaja. Pasti judul-judul buku yang anda cari ada di situ.

Berikut soalan-soalannya:

1. Tulis tiga judul buku dalam siri Usahawan Cilik terbitan PTS.

2. Nyatakan tiga judul buku dalam siri Young Aishah terbitan PTS.

3. Tulis tiga judul buku dalam siri KOMIK-M terbitan PTS.

Selamat mencari jawapan!

 

Kotak Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS
Nazrul Samsudin | 23 October 2009 - 12:14 pm | Komen :0

Di bawah ini pula rupa kotak peraduan. Cantik bukan? Kotak ini akan diletakkan di atas kaunter bayaran setiap kedai buku yang menyertai peraduan ini. Imej di bawah ini cuma ilustrasi.

Kotak ini dalam proses cetakan dan hujung bulan Oktober ini, ianya dijangka akan berada di semua kedai buku terlibat. Sebaik kotaknya siap, kami akan paparkan imej sebenar kotak itu.

Apabila bermulanya peraduan ini pada 21 Oktober nanti, borang peraduan yang terkumpul setiap minggu di dalam kotak peraduan ini akan dihantar kepada PTS. Apabila tiba di PTS, kami akan saring setiap borang yang dihantar bagi memilih peserta yang menjawab dengan betul soalan dan seterusnya memilih slogan yang terbaik.

Jadi jangan lupa memasukkan borang peraduan di dalam kotak yang disediakan itu.


Inilah Rupa Borang Peraduan
Nazrul Samsudin | 23 October 2009 - 12:04 pm | Komen :0

Banyak soalan yang kami terima mengenai borang peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca dan Menang! Nampaknya, semua sudah tidak sabar hendak menyertai peraduan ini.

Hari ini kami paparkan rupa borang peraduan itu. Borang ini boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih yang menyertai peraduan ini. Selain itu, anda juga boleh muat turun borang ini melalui laman web ini.

Sekiranya anda hendak hantar banyak borang penyertaan, boleh fotostat sahaja borang ini. Borang peraduan yang sudah siap diisi, boleh dihantar melalui kedai buku dengan memasukkannya di dalam kotak yang disediakan.

Borang peraduan boleh juga dihantar terus kepada PTS secara pos ataupun servis kurier. Jadi bagi anda yang hendak menghasilkan slogan yang kreatif, boleh ambil masa memikirkannya di rumah terlebih dahulu.

Soalan-soalan yang ada para peraduan ini juga nampaknya sudah'bocor'. Oleh itu, anda bolehlah mencari jawapannya mulai hari ini dengan melihat sendiri di katalog PTS di www.pts.com.my. Anda juga sudah boleh mula mengarang slogan seperti yang dikehendaki.  

Majlis Beraya Bersama PTS
Nazrul Samsudin | 14 October 2009 - 2:34 pm | Komen :0

PTS akan mengadakan Majlis Beraya Bersama PTS 2009 pada 15 Okt. 2009 (Khamis) bermula jam 12 tengahari hingga 5 petang bertempat di gudang PTS di alamat No. 11, Jalan DBP 3, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. PTS berbesar hati menjemput para pengedar buku, pembekal, rakan niaga, dan penulis PTS. Tidak ketinggalan PTS turut menjemput pihak media tempatan yang banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam mempromosi buku PTS.

Kad-kad jemputan sudah dihantar sejak 8 Oktober lepas kepada tetamu terlibat. Para tetamu yang dijemput bolehlah mengesahkan kehadiran sama ada melalui faks kepada Jabatan Pemasaran PTS di no talian 03-6189 1316. Tuan-tuan dan puan-puan boleh juga terus membuat pengesahan secara online di http://www.pts.com.my/rayapts. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Khairul di talian 016-661 3381.

Pada majlis ini juga PTS akan mengumumkan secara rasmi mengenai Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang!

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS Baca & Menang
Azmi Mamat | 12 October 2009 - 2:06 pm | Komen :0

Bagi memeriahkan musim cuti sekolah bermula November hingga Disember 2009, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. bakal menganjurkan Peraduan Saya Mahu Hadiah: Baca & Menang! Pelbagai hadiah menarik bernilai lebih daripada RM70 ribu terdiri daripada barang elektronik dan set perpustakaan mini menanti para pemenang. Peraduan ini melibatkan lebih daripada 200 kedai buku seluruh Malaysia.

Sasaran utama peraduan ini adalah para pelajar sekolah dan ibubapa. Peraduan yang bakal berlangsung dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010 ini bertujuan menggalakkan kanak-kanak dan remaja menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti utama semasa musim cuti sekolah, meningkatkan jualan di kedai-kedai buku semasa musim cuti sekolah, dan sebagai cara menyokong kempen 'Membaca 1 Malaysia' yang dilancarkan oleh pihak kerajaan. Pengumuman rasmi mengenai peraduan ini akan diumumkan pada 15 Oktober nanti.

Baju-T Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang
Azmi Mamat | 12 October 2009 - 11:19 am | Komen :0

Inilah desain baju-T yang bakal dipakai oleh petugas-petugas kedai buku yang terlibat dalam peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca dan Menang yang akan berlangsung bermula 21 Nov. 2009 hingga 3 Jan. 2010. PTS memperuntukkan 3 helai baju-T bagi setiap kedai buku. Ada lebih kurang 200 kedai buku yang bakal terlibat dalam peraduan ini. Pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM70 ribu menanti para pemenang. Makluman rasmi mengenai peraduan akan diumumkan 15 Oktober 2009 nanti.

 

 

HADIAH UTAMA
Tempat Pertama
TV LG Plasma 42 + Set Perpustakaan Mini bernilai RM 10,000
Tempat Kedua
Kamera Video Canon (LEGRIA FS200)+ Set Perpustakaan Mini bernilai RM 8,000
Tempat Ketiga
Acer Aspire Timeline + Set Perpustakaan Mini bernilai RM 5,000
HADIAH MINGGUAN
Pemenang Minggu Pertama
Tempat Pertama
iPod Touch 8GB + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Kedua
Tempat Pertama
PSP + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Kamera Digital Panasonic LUMIX + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Ketiga
Tempat Pertama
Acer Netbook Aspire One D250 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
PS2 + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Keempat
Tempat Pertama
Nintendo Wii + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Kamera Digital Panasonic LUMIX + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Kelima
Tempat Pertama
Nokia 5880 ExpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
PS2 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Keenam
Tempat Pertama
Kamera Digital Panasonic LUMIX + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100