En. Fauzul Nai'm Ishak, Pengurus Besar Jabatan Editorial PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada adik Siti Aisyah (kanan).
Tahniah PTS ucapkan kepada adik Siti Aisyah binti Abu Bakar dari Marang, Terengganu yang telah berjaya menjadi pemenang pertama minggu ketiga peraduan.
Beliau adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik dan merupakan pelajar tingkatan dua Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri, Imtiaz, Kuala Terengganu.
Beliau mengetahui peraduan ini dari majalah Ana Muslim. "Saya tidak menjangka untuk menjadi pemenang tempat pertama. Saya menyertai peraduan ini sekadar untuk mencuba, syukur alhamdulillah," kata adik Siti Aisyah yang kini sudah menghafaz 17 juzuk Al-Quran.
Beliau dan keluarga memiliki perpustakaan mini sendiria di rumah. Mereka memperuntukan RM50.00 setiap bulan membeli buku-buku PTS.
Hadiah disampaikan oleh En.Fauzul Na'im Ishak, pengurus besar jabatan editorial PTS. Hadiah berupa Acer Netbook Aspire One D205 dan buku PTS bernilai RM100.00
Penyampaian hadiah ini disaksikan kedua ibu bapa dan keluarga adik Siti Aisyah.
Adik Siti Aisyah bergambar bersama keluarga beliau yang turut hadir semasa majlis penyampaian hadiah di pejabat PTS.




















