FAQ Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang!

Borang

  1. Di manakah saya boleh dapatkan borang peraduan?
    Anda boleh dapatkan borang peraduan di kedai-kedai buku terpilih yang menyertai peraduan ini. Anda juga boleh muat turun dari laman web pts di http://www.pts.com.my/peraduan. 


  2. Di manakah saya perlu hantar borang peraduan?
    Anda boleh hantar borang peraduan dengan memasukkan borang itu di dalam kotak peraduan khas yang disediakan di kedai-kedai buku terpilih. Selain itu anda juga boleh hantar terus kepada PTS ke alamat:

    Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca dan Menang!
    No. 12 & 12A, Jalan DBP,
    Dolomite Business Park,
    68100 Batu Caves, Selangor.
    Tel: 03-6188 0316  Faks: 03-6189 0316 
    E-mel: .(JavaScript must be enabled to view this email address)   

  3. Berapa banyak borang peraduan yang boleh saya hantar?
    Anda boleh hantar seberapa banyak borang peraduan yang anda mahu. Tetapi setiap borang perlulah disertakan resit asal pembelian.  

  4. Adakah borang peraduan yang saya fotostat diterima?
    Ya. Borang peraduan fotostat diterima.

Resit

  1. Bolehkah saya hantar borang peraduan tanpa sertakan resit asal?
    Tidak boleh. Anda perlu sertakan resit asal semasa menghantar borang peraduan.
     

  2. Bolehkah saya sertakan resit fotostat sahaja?
    Tidak boleh. Anda perlu sertakan resit asal sebagai bukti anda beli buku PTS.
     

  3. Adakah resit tulisan tangan oleh pihak kedai buku diterima?
    Ya. Resit tulisan tangan diterima tetapi perlulah ada cop kedai buku dan tandatangan.
     

  4. Saya perlukan resit asal untuk tolak cukai pendapatan. Apa saya perlu buat kerana saya hendak sertai peraduan ini dan resit yang diberikan oleh kedai buku hanya satu sahaja?
    Minta pihak kedai buku cetak 2 resit ataupun buat resit bertulisan tangan yang ditandatangani dan dicop oleh kedai. Satu anda simpan dan satu lagi anda gunakan untuk tuntut tolakan cukai pendapatan.
     

  5. Jika resit pembelian bercampur antara buku PTS dan buku penerbit lain, adakah resit sebegini diterima?
    Resit yang bercampur antara buku PTS dan penerbit lain diterima dengan syarat nilai bersih buku PTS ialah RM25 dan ke atas.
     

Pembelian RM25

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan membeli buku PTS bernilai RM25?
    Bagi melayakkan anda menyertai peraduan ini, anda perlu membeli buku PTS dengan nilai minima RM25 dalam satu resit. Ini melayakkan anda menghantar satu borang peraduan.  
     

  2. Harga asal buku PTS yang saya beli ialah RM25. Tetapi selepas diberi diskaun sebanyak 15%, harga pada resit ialah RM21.25. Adakah saya layak menyertai peraduan ini?
    Anda tidak layak sertai peraduan ini kerana nilai pembelian buku PTS tidak cukup RM25 (nilai selepas diskaun jika ada)
     

  3. Jika jumlah pembelian yang saya buat dalam satu resit ialah RM90 dan ke atas, bolehkah saya hantar 3 borang peraduan?
    Ya. Anda boleh hantar 3 borang peraduan. Ini kerana setiap pembelian bernilai RM25 melayakkan anda menghantar satu borang.

Peserta Peraduan

  1. Siapakah yang layak menyertai peraduan ini?
    Warganegara Malaysia yang berusia 7 tahun dan ke atas layak menyertai peraduan ini. Meskipun peraduan ini disasarkan kepada pelajar sekolah dan remaja, orang dewasa dan ibubapa juga boleh menyertai peraduan ini. 

     
  2. Siapakah yang tidak layak menyertai peraduan ini?
    Hanya kakitangan PTS dan saudara terdekat sahaja yang tidak layak sertai peraduan ini. Saudara terdekat bermaksud suami, isteri, dan anak-anak sahaja.  

  3. Bolehkah saya sertai peraduan ini jika saya adalah penulis dan pengedar buku PTS?
    Anda boleh sertai peraduan ini asalkan anda bukan kakitangan PTS dan saudara terdekat seperti pada no. 2.


Hadiah Barang Elektrik

  1. Jika saya menang, adakah hadiah itu dikirimkan kepada saya melalui pos ataupun saya perlu mengambilnya sendiri?
    Pemenang yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, anda dikehendaki datang sendiri ke pejabat PTS bagi menuntut hadiah. Bagi pemenang yang tinggal di negeri-negeri lain selain Kuala Lumpur dan Selangor, hadiah akan dihantar terus ke rumah anda menggunakan servis kurier.
     

  2. Bolehkah saya hendak tukar hadiah yang saya menang dengan wang tunai ataupun buku PTS?
    Anda tidak boleh tukar hadiah yang dimenangi dengan wang tunai ataupun buku PTS kecuali anda memenangi hadiah set perpustakaan mini.
      

  3. Jika hadiah yang saya terima rosak ataupun tidak berfungsi semasa saya terimanya, bolehkah saya tukar?
    Boleh. Anda boleh tukar hadiah yang rosak ataupun tidak berfungsi semasa menerimanya. Hadiah yang rosak hendaklah diserahkan kembali kepada PTS dalam tempoh seminggu dari tarikh anda menerimanya.
     

  4. Bolehkah saya hendak tukar hadiah yang dimenangi dengan model lain tetapi jenama yang sama?
    Anda tidak boleh tukar hadiah yang dimenangi dengan model lain walaupun jenama yang sama.

 

Hadiah Buku

  1. Bolehkah saya hendak pilih judul buku apa sebagai hadiah kepada saya jika saya menang?
    Boleh. Pemenang boleh memilih judul buku yang mereka inginkan. 

      
  2. Bolehkah saya hendak minta buku terbitan syarikat lain selain PTS sebagai hadiah?
    Tidak boleh. Hadiah buku hanya terbitan PTS sahaja.  

  3. Jika buku yang saya terima rosak, bolehkah saya tukar?
    Boleh. Anda boleh tukar buku yang rosak dengan buku yang baru.

 

Hadiah Set Perpustakaan Mini

  1. Apakah yang ada dalam hadiah set perpustakaan mini yang ditawarkan?
    Hadiah set perpustakaan mini terdiri daripada rak buku dan buku-buku PTS sahaja.  

  2. Bolehkah saya pilih buku apa yang saya hendak sebagai hadiah?
    Boleh. Pemenang boleh memilih judul buku yang mereka inginkan.   

  3. Bolehkah saya hendak memilih sendiri rak buku yang saya menangi?
    Tidak boleh. Rak buku akan ditentukan oleh PTS.


Pemenang

  1. Bagaimana saya hendak tahu siapakah pemenang hadiah mingguan dan hadiah utama?
    Pemenang hadiah mingguan dan utama akan diumumkan melalui laman web khas iaitu di http://www.pts.com.my/peraduan dan semua laman-laman web kendalian PTS. Para pemenang juga akan dihubungi terus melalui telefon dan juga emel.
     

  2. Jika saya sudah memenangi hadiah minggu pertama, adakah saya berpeluang menang hadiah minggu-minggu berikutnya?
    Tidak. Seorang peserta hanya layak menang satu hadiah mingguan sahaja walaupun menghantar banyak borang peraduan.
     

  3. Bagaimanakah saya hendak menang hadiah utama?
    Anda perlu menjadi pemenang hadiah mingguan dahulu bagi membuka peluang untuk anda menang hadiah utama.
     

  4. Bagaimana pemenang dipilih?
    Pemenang hadiah mingguan dan hadiah utama dipilih berdasarkan jawapan yang betul, slogan yang kreatif dan maklumat peribadi yang lengkap.

Pembelian Online di Bookcafe

  1. Bolehkah saya sertai peraduan jika saya membeli buku PTS secara online?
    Boleh.

  2. Adakah saya layak sertai peraduan jika saya beli buku PTS secara online daripada laman web selain daripada wwwbookcafe.com.my?
    Anda tidak layak sertai peraduan jika anda membeli buku PTS secara online daripada laman web lain. Anda hanya layak sertai peraduan jika membeli buku PTS melalui http://www.bookcafe.com.my.

  3. Apakah syarat bagi melayakkan saya sertai peraduan ini jika beli buku secara online?
    Syaratnya tetap sama iaitu anda perlu membeli buku PTS bernilai minima RM25 (bersih) dalam satu resit. Ini melayakkan anda mengisi satu borang peraduan secara online. Nilai minima RM25 ini tidak termasuk kos penghantaran, diskaun dan juga cukai. Nilai sebenar buku yang anda beli ialah nilai ‘subtotal’ pada invois yang anda terima.

  4. Bagaimanakah saya hendak mengisi borang peraduan secara online?
    Sila klik butang ‘Borang Online’ pada bahagian atas laman peraduan ini atau terus ke http://pts.com.my/index.php/peraduan/sendform/.

  5. Apakah yang diperlukan sebagai bukti pembelian buku PTS secara online?
    Anda hanya perlu memasukkan nombor pesanan/order di dalam borang online sebagai bukti pembelian. Nombor pesanan/order ini ada pada invois yang dihantar melalui emel kepada anda selepas anda selesai membuat pesanan melalui Bookcafe.

  6. Jika saya beli buku secara online sebanyak RM100 (nilai bersih), berapa kali borang penyertaan saya boleh hantar?
    Setiap RM25, anda layak hantar satu borang online. Jadi jika nilai buku PTS yang anda beli RM100, anda layak hantar 4 borang penyertaan.

  7. Bilakah tarikh pembelian buku PTS secara online diambil kira bagi melayakkan saya sertai peraduan?
    Buku yang anda beli mulai 1 November 2009 sudah melayakkan anda menyertai peraduan.

HADIAH UTAMA
Tempat Pertama
TV LG Plasma 42 + Set Perpustakaan Mini bernilai RM 10,000
Tempat Kedua
Kamera Video Canon (LEGRIA FS200)+ Set Perpustakaan Mini bernilai RM 8,000
Tempat Ketiga
Acer Aspire Timeline + Set Perpustakaan Mini bernilai RM 5,000
HADIAH MINGGUAN
Pemenang Minggu Pertama
Tempat Pertama
iPod Touch 8GB + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Kedua
Tempat Pertama
PSP + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Kamera Digital Panasonic LUMIX + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Ketiga
Tempat Pertama
Acer Netbook Aspire One D250 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
PS2 + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Keempat
Tempat Pertama
Nintendo Wii + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Kamera Digital Panasonic LUMIX + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Kelima
Tempat Pertama
Nokia 5880 ExpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
PS2 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Keenam
Tempat Pertama
Kamera Digital Panasonic LUMIX + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100
HADIAH UNTUK SEKOLAH
6 X Hadiah Mingguan untuk sekolah bagi penyertaan pelajar paling ramai set perpustakaan mini bernilai RM3000