Buku Promosi

Kuiz Terkumpul Baca@Ramadan

Duit Raya PTS!

Usah terkejut. Anda boleh sertai Kuiz Terkumpul Baca@Ramadan di Facebook PTS. Sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Jabatan Pemasaran PTS menganjurkan Kuiz Terkumpul Baca@Ramadan sepanjang 9 minggu. Kuiz ini bertujuan untuk memeriahkan lagi promosi Baca@Ramadan yang dilaksanakan oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Bagaimana mahu sertai kuiz ini?

Mudah sahaja. Anda perlu mengumpul 9 soalan kuiz selama 9 minggu berturut-turut, berserta jawapan dan slogan. Bermula 4 Jun ini, soalan kuiz akan dipaparkan pada setiap hari Jumaat di laman sosial Facebook Buku PTS. Layari http://www.facebook.com/bukupts

Sertai ahli Facebook Buku PTS untuk melihat soalan-soalan kuiz ini.

Selepas minggu ke-9, anda boleh menghantar 9 jawapan terkumpul dan slogan ke alamat emel: kuiz@pts.com.my

Apa hadiahnya?

Sudah pasti duit raya yang dijanjikan kepada pemenang yang berjaya mengumpul 9 soalan kuiz berserta jawapan dan slogan.

  • Hadiah tempat pertama: Duit Raya PTS bernilai RM200.00 dan sebuah buku.
  • Hadiah tempat kedua : Duit Raya PTS bernilai RM150.00 dan sebuah buku.
  • Hadiah tempat ketiga: Duit Raya PTS bernilai RM100.00 dan sebuah buku.
  • 20 hadiah saguhati, Duit Raya PTS bernilai RM30.00 setiap seorang.

Apa syarat-syaratnya?

  1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia kecuali kakitangan dan ahli keluarga PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd
  2. Peraduan kuiz berlangsung selama 9 minggu berturut-turut bermula 4 Jun hingga 30 Julai 2010.
  3. Kumpul soalan kuiz berserta jawapan dan slogan, kemudian hantar ke emel kuiz@pts.com.my
  4. Soalan kuiz akan dipaparkan setiap hari Jumaat.
  5. Semua pemenang akan diberitahu melalui emel ataupun panggilan telefon.
  6. Pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang tepat, slogan paling kreatif dan butiran diri yang lengkap.
  7. Hadiah kepada pemenang akan dipos ke alamat yang lengkap.
  8. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya sekira berlakunya liabiliti, kecemasan, kecederaan, kerosakan, tuntutan kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan mereka semasa menyertai kuiz ini.
  9. PTS berhak menggunakan nama, maklumat dan gambar pemenang bagi tujuan periklanan, perdagangan, dan/ataupun publisiti, tanpa perlu memberitahu terlebih dahulu kepada pemenang. Pemenang tidak layak menuntut pemilikan ataupun apa-apa pampasan penggunaan itu.
  10. Keputusan hakim adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan.
  11. Peserta bersetuju mematuhi syarat-syarat peraduan dan menerima keputusan hakim apabila menyertai kuiz terkumpul ini.
  12. Tarikh tutup kuiz adalah pada 31 Julai 2010.
  13. Hantar setiap jawapan,slogan yang kreatif dan butiran diri sebelum 1 Ogos 2010.
  14. Lengkapkan slogan:
    Saya seronok baca buku PTS pada bulan Ramadan kerana .... (tidak melebihi 15 patah perkataan)
Undian

Dari manakah anda tahu kempen Baca@Ramadan PTS ini?

Harakah

Harian Metro

Utusan Malaysia

Berita Harian

Sinar.fm

IKIM.fm

TV1

TV3

TV9

Laman web PTS

Facebook PTS

Jadual Buka Puasa PTS

Bookcafe.com.my

Kedai Buku

E-mel

Undian

Buku apa yang anda suka baca pada bulan Ramadan?

Agama

Motivasi

Resipi

Novel Sejarah Islam

Komik

Novel Cinta Islami

Keibubapaan

Bisnes & Pengurusan

Lain-lain