Penulis

482px-Hj-hadi39_11

Abdul Hadi Awang

Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah tokoh ulama, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan bekas Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999-2004. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Kampung Marang, Terengganu.

Beliau mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejak ke Sekolah Agama Marang. Selepas tamat pengajian di sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau juga mendapat pendidikan agama, Bahasa Arab dan politik daripada ayahnya sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila. Selepas tamat pengajian di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan memperolehi ijazah B.A Syariah seterusnya ijazah M.A di Universiti al-Azhar, Mesir.

Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi.

Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato’ Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024