Afyan Mat Rawi

Afyan Mat Rawi adalah fasilitstor di sebuah firma pembangunan insan, RK Training and Management. Berpengalaman sebagai Pengurus Pemasaran dan Pengurus Besar sebuah syarikat swasta. Beliau dilahirkan di Kajang, Selangor Darul Ehsan tetapi dibesarkan di Besut, Terengganu Darul Iman. Beliau memulakan alam persekolahan di Methodist Boys School, Kuala Lumpur, diikuti dengan Sekolah Rendah Kebang-saan Taman Sri Gombak, Gombak, Selangor. Kemudian beliau bersekolah di SRK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu apabila keluarganya berpindah ke Besut, Terengganu. Pendidikan peringkat menengah beliau bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut, Terengganu, dan kemudian di Sekolah Menengah Ke-bangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, Terengganu. Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang undang-undang. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda undang-undang di universiti yang sama. Semenjak peringkat sekolah lagi, beliau aktif bergiat dalam pelbagai persatuan dan kelab seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Kelab Reka Cipta, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Agama Islam dan Bahasa Arab dan Persatuan Falak Syar'ie. Di peringkat universiti pula, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Timbalan Presiden Hisbah Kolej Sheikh Daud al-Fatani, Exco Penerbitan dan Informasi Persatuan Bahasa Al-Qur'an, Exco Penerbitan kelab Ma'ruf dan Setiausaha Agung Kelab Ma'ruf. Minat dan bakat beliau dalam bidang penulisan bermula dari alam kampus terutama semasa menjadi Exco Penerbitan Kelab Ma'ruf, sebelum dilantik sebagai setiausaha agung kelab itu. Pernah menyumbangkan artikel ilmiah serta karya kreatif untuk bahan penerbitan di kampus.