Penulis

Aizin Zamila

Gadis berusia 22 tahun ini mula meminati dunia penulisan ketika di tingkatan tiga SMK Bukit Gading. Setelah menduduki peperiksaan SPM, beliau mula mencari pengalaman pekerjaan sehingga melupakan hasrat untuk cuba mencipta nama dengan hasil karyanya yang sendiri.

Tahun 2017 telah menemukannya dengan seorang penulis dan giat semula dalam mempelajari ilmu-ilmu penulisan melalui sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp bersama beberapa penulis amatur dan profesional yang lain.

Fixie Syaitan merupakan karya pertama yang diterbitkan, yang mendekatkan beliau dengan cita-citanya untuk menjadi seorang novelis.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024