Penulis

Ann Aishah

Novel Dendam Pencinta, karya Ann Aishah atau nama sebenar Angela Bte Engkuan adalah novel beliau yang kedua. Penulis yang dilahirkan dan dibesarkan di daerah Kuala Penyu, di Negeri Di Bawah Bayu ini mendapat pendidikan awal hingga menengah di daerah itu. Beliau sedang bertugas di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan kini sedang melanjutkan pengajian di OUM (Open University Malaysia).

Mula berminat menulis sejak di bangku sekolah lagi namun beliau hanya menceburi bidang penulisan ini secara serius pada tahun 2004. Novel Rindu Di Hati Ini yang diterbitkan oleh Ilmu Bacaria Publishing Sdn. Bhd adalah karya pertama beliau diterbitkan pada tahun 2006. Kini beliau giat mengikuti pelbagai kursus, bengkel dan juga seminar yang berkaitan dengan penulisan bagi memantapkan lagi hasil karya beliau yang akan datang. Beliau juga telah menghasilkan beberapa cerpen bagi majalah keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Berkat kesabaran dan galakan sepenuhnya dari keluarga, beliau mampu melahirkan idea dalam menghasilkan karya seterusnya meskipun sentiasa sibuk sebagai ibu, penjawat awam dan pelajar. Beliau bersyukur dan berterima kasih kerana karya beliau mendapat tempat di PTS Litera Utama Sdn. Bhd. untuk diterbitkan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024