Penulis

Ashadi Zain

Ashadi Zain adalah konsultan usahawan, dengan tumpuan pada pembangunan usahawan muda. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai jurujual dan pernah memimpin lebih daripada seribu ejen jualan di bawah kumpulannya. Selain itu, beliau pernah terlibat dalam beberapa rancangan radio, termasuk sebagai deklamator puisi.

Tulisan beliau juga pernah tersiar dalam media cetak. Antaranya adalah dalam majalah Milenia Muslim. Novel beliau, iaitu Dari Kepala Batas ke New Haven juga disirikan dalam Utusan Malaysia. Pada tahun 2004 pula, buku beliau yang ditulis secara bersama dengan Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, iaitu Cerita-cerita Motivasi Untuk Usahawan berjaya dinobatkan sebagai buku bisnes terbaik dalam majalah Maskulin. Sebuah lagi buku beliau, iaitu Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan turut tersenarai sebagai antara sepuluh buku bisnes terbaik.

Ashadi Zain sudah berjaya menghasilkan 14 buah buku, secara solo dan juga secara bersama dengan penulis-penulis lain. Antaranya Siri Adam Kecil

Siri Adam Kecil merupakan cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanak. Buku-buku yang telah diterbitkan di bawah siri ini adalah seperti yang berikut:

a. Debaran Buku Biru…

b. Lari Dari Rumah

c. Hampir Kena Tangkap

d. Bertarung Dengan Kerengga

e. Konspirasi Doktor

7. Siri Budak Psikik

Siri psychic fantasy yang sarat dengan misteri, aksi dan fantasi yang mendebarkan! Buku-buku yang telah diterbitkan di bawah siri ini adalah seperti yang berikut:

a. Ke Alam Supraconscious

b. Dendam Hevignas

8. Semulia Hati Guru

Antologi certot (cerita kontot) mengenai insan mulia yang bergelar guru(berdasarkan kisah benar).

9. Dari Kepala Batas ke New Haven

Novel yang mampu menjana motivasi sesiapa jua yang membacanya.

Ashadi Zain boleh dihubungi di [email protected] atau [email protected]

(blog: http://penulis-bestseller.blogspot.com/ )

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024