Penulis

chris

Chris Gardner

Chris Gardner atau Christopher Paul Gardner dilahirkan pada 9 Februari 1954 di Milwaukee, Wisconsin adalah seorang usahawan, stockbroker, pakar motivasi dan dermawan. Pada sekitar 1980-an, beliau jatuh miskin sehingga tergolong antara golongan homeless di Amerika Syarikat bersama anaknya yang bernama Christopher Jr. sambil bekerja sebagai broker saham. Memoir kehidupan Chris Gardner , The Pursuit of Happyness diterbitkan pada Mei 2006. Sehingga 2006 sahaja, beliau adalah CEO firma broker saham, Gardner Rich & Co, yang berpangkalan di Chicago, Illinois. Chris percaya kejayaan dan kecemerlangannya hasil daripada didikan ibunya sendiri, Bettye Jean Triplett yang membesarkannya tanpa individu bergelar bapa. Kesusahan danjalan hidup Chris yang berusaha untuk menjadi seorang broker saham sambil memelihara anaknya dijalanan difilemkan pada tahun 2006 bertajuk The Pursuit of Happyness.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024