Dale Carnegie

Dale Breckenridge Carnegie yang dilahirkan pada 24 November 1888 ialah seorang penulis dan pengajar dari Amerika Syarikat dan seorang pelatih serta pakar motivasi dalam pelbagai kursus pembangunan diri, penjualan, kewangan, dan keterampilan interpersonal. Dilahirkan daripada keluarga miskin di pertanian di Missour. Beliau adalah penulis dari buku How To Win Friendsand Influence People yang diterbitkan pada tahun 1936. Buku tersebut adalah buku terlaris di seluruh dunia sehingga kini.

Buku tersebut diterbitkan kembali oleh PTS Publishing House dalam edisi Bahasa Melayu pada 8 Mac 2010. Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku tersebut sudah berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia, terutama dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

Edisi How To Win Friends and Influence People yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku tersebut, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.

Beliau juga menulis biografi Abraham Lincoln, berjudul Lincoln the Unknown, serta beberapa buku yang lain.