Penulis

danial

Dr. Danial Zainal Abidin

Dr.Danial Zainal Abidin adalah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy Malaysia Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Pengurus dan Pengamal Perubatan di Klinik Syifa Glugor P. Pinang. Beliau sering dipanggilmenjayakan program di Penang.FM (sejak 10 tahun yang lalu) dan Perlis.FM (Mula Mac 2006). Sehingga ke hari ini beliau sudah menulis dan menerbitkan sebanyak 10 buah buku. Karya beliau 7 Formula Individu Cemerlang dan Tip-tip Cemerlang Daripada Quran pernah menjadi 10 terbaik di beberapa buah kedai buku besar ibu negara.

Beliau adalah kolumnis tetap ruangan Islam & Sains Majalah-i terbitan Kumpulan Karangkraf dan kolumnis jemputan ruangan Jendela Hikmat Berita Harian. Beliau dilantik sebagai Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa. Dr.Danial memperoleh ijazah M.B.Ch.B. tahun 1981 di Universiti Iskandariah bidang perubatan moden. Beliau mendalami agama dengan beberapa orang ulama di Mesir. Beliau telah berkeluarga dan kini dikurniakan dengan 8 orang anak.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024