NOTIS PENANGGUHAN OPERASI SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Adalah dimaklumkan bahawa operasi PTS Media Group Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikatnya termasuk PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., PTS Edar Sdn. Bhd., Kedai Buku PTS dan PTS Bookcafe Sdn. Bhd. akan ditangguhkan bermula dari 2 hingga 10 Julai 2016 sempena cuti Hari Raya Puasa.

Operasi kami akan bersambung semula pada 11 Julai 2016 (Isnin).

Selamat menyambut Hari Raya Puasa 2016 daripada kami di PTS.

Penulis

Dr. Danial Zainal Abidin

Dr.Danial Zainal Abidin adalah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy Malaysia Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Pengurus dan Pengamal Perubatan di Klinik Syifa Glugor P. Pinang. Beliau sering dipanggilmenjayakan program di Penang.FM (sejak 10 tahun yang lalu) dan Perlis.FM (Mula Mac 2006). Sehingga ke hari ini beliau sudah menulis dan menerbitkan sebanyak 10 buah buku. Karya beliau 7 Formula Individu Cemerlang dan Tip-tip Cemerlang Daripada Quran pernah menjadi 10 terbaik di beberapa buah kedai buku besar ibu negara.

Beliau adalah kolumnis tetap ruangan Islam & Sains Majalah-i terbitan Kumpulan Karangkraf dan kolumnis jemputan ruangan Jendela Hikmat Berita Harian. Beliau dilantik sebagai Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa. Dr.Danial memperoleh ijazah M.B.Ch.B. tahun 1981 di Universiti Iskandariah bidang perubatan moden. Beliau mendalami agama dengan beberapa orang ulama di Mesir. Beliau telah berkeluarga dan kini dikurniakan dengan 8 orang anak.