Penulis

Nazarudin Zainun

Dr. Nazarudin Zainun berasal dari Kuala Kangsar Perak. Beliau dilahirkan pada 6 Januari 1970, dan belajar di Sekolah Kebangsaan Chegar Galah, dan Sekolah Menengah Temenggong Kati, dan Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak. Beliau mendapat ijazah B.A. Hons daripada Universitas Indonesia, dan M.A. dan Ph.D. daripada Universiti Sains Malaysia. Bidang penyelidikan sejarah sosioekonomi Asia Tenggara (Indonesia) dan Sejarah Awal Asia Tenggara. Terkini, beliau membuat penyelidikan mengenai Kerajaan-kerajaan Melayu yang hilang dari kurun ke-3 hingga ke-13 Masehi dan Migrasi Melayu ke Australia. Sekarang beliau berkhidmat di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, Pulau Pinang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024