Penulis

Dr. Spencer Johnson

Dr. Spencer Johnson atau Patrick Spencer Johnson (24 November 1938 - 3 Julai 2017) adalah seorang pemikir yang dihormati dan juga seorang doktor perubatan. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang psikologi dari University of Southern California pada tahun 1963, dan ijazah perubatannya dari Royal College of Surgeons di Ireland.

Beliau juga penulis Amerika yang terkenal dengan siri buku kanak-kanak ValueTales, dan untuk buku motivasi 1998 yang bertajuk Who Moved My Cheese?Buku Who Moved My Cheese?pernah tersenarai dalam New York Bestseller dalam kategori non-fiction Hardcover Publishers Weekly. Buku ini menjadi fenomena penerbitan dan manual di tempat kerja. Lebih 50 juta salinan buku Spencer Johnson digunakan di seluruh dunia dalam 47 bahasa. Buku Who Moved My Cheese?Edisi Bahasa Melayu di bawah terbitan PTS Publishing House mula diterbitkan pada 11 Mac 2013.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024