Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Gelaran
Sahibus Samahah Datuk
Tempat Lahir
Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu
Tahun Lahir
1969
Pengalaman

Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Port Dickson: 1997–2006.
Pensyarah Kanan USIM 2006 – 2008
Pakar Rujuk Mustolah Hadith dan Hadith, (STAM): 2002.
Ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu, Tasawuf Islam Tingkatan Lima: 2003.
Pengerusi Panel Syariah, Bank Pertanian Malaysia: 2006- 2008.
Panel Penilai Jawatankuasa AD-HOC Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA Bagi Penilaian Pengiktirafan Program Ijazah Sarjana Muda Program Ijazah Sarjana Muda Syariah Dari Universiti Malaya (UM): 2007.
Anggota Lajnah Tashih Tafsir Pedoman Muttaqin: 2007.
Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency MQA) 2007.
Anggota Pasukan Penyemakan Tafsir Pedoman Muttaqin dan Majlis Perbincangan. (April 2008)
Pengerusi Penyediaan Modul Asas Pengurusan Fatwa, JAKIM 2008.
Penulis Karya Tokoh-tokoh Islam DBP, 2008.
Ahli Jawatankuasa Malaysian Finalcial Planning Council MFPC. 2008.
Penasihat Akademik dalam Bengkel Penyelarasan dan Pemurnian Program Sarjana Syariah (Pengurusan). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Oktober 2008.
Ahli Panel Forum Perdana. Konsep Ilmu Dalam Pembangunan Aqidah. Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar (KPLB) 2009.
Panel Penapis Filem dan Drama Berunsur Islam. Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM. 2008.
Panel Penerbitan Buku Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. 2009.
Panel Temuduga Guru Agama Ke Tanah Suci Musim Haji 1431 H.
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (2000-2010).
Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (April 2008 - April 2011)
Panel Penyelidik Pusat Zakat Negeri Sembilan. (April 2008).
Panel Penasihat Syariah Syembara Penulisan Kreatif
(Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435H (2014).
Panel Syariah WAKAF Selangor Muamalat Oktober 2012-Jun 2014.
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu: Sejak 2005-Ogos 2014.
Karyawan Tamu INFAD. USIM 2013 - Ogos 2014.

Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014. Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-'Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969. Beliau mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976 -1981). Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982 - 1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985 - 1988). Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda (B.A.) Syariah di Universiti Islam Madinah (1989 - 1993). Beliau seterusnya menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana (M.A.) Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994 - 1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002 - 2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa : Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan.

Antara guru-guru beliau adalah seperti berikut:

  • Syeikh Muhammad Ali al-Thani (Imam Masjid Nabawi)
  • Syeikh Abd al-Muhsin bin Hamad al-Abbad
  • Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam (Imam Masjid Abdullah Bin Rawahah, Damsyik, Syria)
  • Syeikh Dr. Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Al-Shanqiti, (Mantan Pensyarah Universiti Islam Madinah dan Lajnah Kibar Ulama’ Saudi)
  • Syeikh Sadiq Habannakah  
  • Syeikh Al-Muhaddith Abdul Qadir Al-Arnaut
  • Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Al-Farfour (Ahli Majlis Mujamma’ Al-Fiqh, Rabitah Al-`Alami Al-Islami)
  • Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin
  • Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouti
  • Syeikh Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhayli

Sebelum menjawat jawatan sebagai mufti, beliau diberi amanah dan kepercayaan bagi menerajui dan memikul tanggungjawab sebagai:

  • Pendakwah bebas
  • Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Port Dickson: 1997–2006.
  • Pensyarah Kanan USIM 2006 – 2008
  • Pakar Rujuk Mustolah Hadith dan Hadith, (STAM): 2002.
  • Ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu, Tasawuf Islam Tingkatan Lima: 2003.
  • Pengerusi Panel Syariah, Bank Pertanian Malaysia: 2006- 2008.
  • Panel Penilai Jawatankuasa AD-HOC Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA Bagi Penilaian Pengiktirafan Program Ijazah Sarjana Muda Program Ijazah Sarjana Muda Syariah Dari Universiti Malaya (UM): 2007.
  • Anggota Lajnah Tashih Tafsir Pedoman Muttaqin: 2007.
  • Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency MQA) 2007.
  • Anggota Pasukan Penyemakan Tafsir Pedoman Muttaqin dan Majlis Perbincangan. (April 2008)
  • Pengerusi Penyediaan Modul Asas Pengurusan Fatwa, JAKIM 2008.
  • Penulis Karya Tokoh-tokoh Islam DBP, 2008.
  • Ahli Jawatankuasa Malaysian Finalcial Planning Council MFPC. 2008.
  • Penasihat Akademik dalam Bengkel Penyelarasan dan Pemurnian Program Sarjana Syariah (Pengurusan). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Oktober 2008.
  • Ahli Panel Forum Perdana. Konsep Ilmu Dalam Pembangunan Aqidah. Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar (KPLB) 2009.
  • Panel Penapis Filem dan Drama Berunsur Islam. Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM. 2008.
  • Panel Penerbitan Buku Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. 2009.
  • Panel Temuduga Guru Agama Ke Tanah Suci Musim Haji 1431 H.
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (2000-2010).
  • Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (April 2008 - April 2011)
  • Panel Penyelidik Pusat Zakat Negeri Sembilan. (April 2008).
  • Panel Penasihat Syariah Syembara Penulisan Kreatif
  • (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435H (2014).
  • Panel Syariah WAKAF Selangor Muamalat Oktober 2012-Jun 2014.
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu: Sejak 2005-Ogos 2014.
  • Karyawan Tamu INFAD. USIM 2013 - Ogos 2014.

Beliau juga aktif menulis buku, sehingga kini beliau menulis lebih 142 buah buku dan karya terjemahan dalam bahasa Melayu.

Atas khidmat beliau yang cemerlang, beliau menerima banyak anugerah di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan, antaranya:

  • Anugerah Tokoh Penulis Islam: Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kelantan Kali Kedua. 2010.
  • Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/ 2012M.
  • Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri Selangor. 1433 H/2012M. Masjid Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
  • Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri Terengganu. Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu, November 2013.
  • Anugerah Pingat Mahkota Wilayah (PMW) pada 1 Februari 2015 sempena Hari Wilayah Persekutuan yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Selain itu, beliau banyak mengadakan pelbagai program mendekatkan institusi fatwa dengan masyarakat dengan memasuki pelbagai ruang dan peluang bagi mendekati masyarakat antaranya melalui Facebook Mufti Wilayah Persekutuan, Program Irsyad Fatwa di laman web Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (www.muftiwp.gov.my), program Cinta Ilmu di TV Al-Hijrah, program pengajian, ceramah dan banyak lagi.